Rahsia Mendapatkan RM2,000 Tanpa Mengeluarkan Modal!

Apa yang dapat anda lakukan sekiranya anda diberi wang tunai RM2,000?

Jawapannya: Banyak!

Salah satunya, anda boleh menyimpan dalam akaun bank yang menawarkan pulangan yang tinggi. Siapakah di antara anda merupakan pemegang Amanah Saham Bumiputera (ASB)? Kalau anda merupakan salah seorang daripada mereka, tahniah! Ini kerana ASB menawarkan pulangan yang tinggi dengan dividen tahunan sebanyak 8% secara puratanya. Jika anda menyimpan RM2,000 bermula dari awal tahun, jumlah simpanan terkumpul anda pada tahun berikutnya akan meningkat ke RM2,160. Jika disimpan jumlah tersebut untuk 5 tahun lagi, dengan anggaran dividen tahunan yang sama, di akhir tahun ke-5 anda sudah mempunyai simpanan berganda sebanyak RM3,173, anda sudah untung RM1,173!

Sudah lama berhasrat untuk bercuti ke luar negara? Dengan lambakan tawaran pakej perlancongan dan tambang murah yang tumbuh seperti cendawan di pasaran, anda kini mampu untuk melancong ke pulau-pulau indah di luar negara yang indah seperti Bali, Lombok (Indonesia) atau Krabi  dan Phuket (Thailand). Kebiasaannya, pakej hotel + penerbangan ke pulau-pulau ini bermula dari serendah RM500 sehingga RM1,500 seorang. Ini bermakna, dengan RM2,000 anda juga boleh membawa bersama rakan-rakan atau ahli keluarga tersayang untuk menemani anda! Jika pulau-pulau tidak menarik minat anda, anda boleh memilih untuk bercuti ke negara 4 musim seperti Australia atau Jepun dengan hanya RM169 seorang*. Ini juga bermakna dengan RM2,000 anda boleh melancong bersama 10 orang kawan atau ahli kelurga tersayang! Seronok kan?

Atau, adakah anda peminat gajet? Jika sebelum ini anda hanya mampu melihat kawan-kawan anda menayang telefon mudah alih terbaru mereka, apa kata anda gunakan RM2,000 tersebut untuk dapatkan telefon mudah alih idaman sebagai hadiah untuk diri anda sendiri? Contohnya, jika anda peminat iPhone 6S Plus, harga pasaran untuk spesifikasi terendah (16GB) adalah berharga RM3,699. Anda mungkin mengeluh sekarang dan berkata “Mana cukup, saya cuma ada RM2,000 dalam tangan?” Anda tak perlu risau! Terdapat banyak syarikat pembekal perkhidmatan telefon mudah alih yang menyediakan pakej talian beserta telefon dengan harga yang amat rendah, di mana anda boleh memilih pakej kontrak yang menepati citarasa dan “poket” anda – dan kebiasaanya, jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar adalah kurang daripada RM2,000!

Ya, kalau diikutkan banyak lagi yang anda boleh lakukan dengan RM2,000 selain 3 perkara di atas. Namun, persoalannya “Bagaimana saya boleh mendapatkan RM2,000 tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal?!”

Amat mudah! Lawati Laman Facebook EZTakaful di http://45.127.5.80:8181/competition-bm/ SEKARANG dan sertai Projek Evolusi, program transformasi terbaru kami di mana anda boleh menyertai keseronokan cabaran kecergasan selama 6 minggu di samping menurunkan berat badan DAN di akhir program 2 Juara – 1 Lelaki & 1 Perempuan – akan dipilih untuk memenangi RM2,000 tunai setiap seorang! Penyertaan adalah percuma dan amat mudah, anda cuma perlu mengisi borang permohonan secara atas talian dan hantar kepada kami.

Dan, bayangkan berapa banyak pakaian bersaiz kecil yang boleh dibeli dan digayakan sekiranya anda memenangi hadiah tunai RM2,000 tersebut! Apa tunggu lagi, sertai SEKARANG!

*Sumber – Promosi Air Asia: penginapan 2H1M+ tambang penerbangan pergi balik untuk seorang. Tarikh Tempahan: 18 Jan 2016 – 24 Jan 2016 | Tempoh Perbangan: 25 Jan 2016 – 31 Mac 2016

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *