Lensa Film Sdn Bhd – The Guys Behind The Camera

Tahukah anda syarikat produksi yang terlibat dalam pemfileman Projek Evolusi merupakan syarikat yang telah memenangi pelbagai anugerah berprestij tempatan dan antarabangsa?
Hasil kerja Lensa Film Sdn Bhd yang bertempat di WISMA LENSA, No. 1. Jalan Kasah, Medan Damansara, 50490 Kuala Lumpur telah diiktiraf untuk menerima anugerah antarabangsa, yang antara lainnya, Malaysia Meetings Industry Marketing Awards (MIMA) (2008), US International Film And Video Festival (1998, 2000), PYONGYANG Film Festival (1998), Telly Awards (1996, 2002), US Creativity Award (1997, 1999), PATA Award (2002), ACC International Awards (1982).

Lensa Film Sdn Bhd terkenal melalui penglibatan melalui projek filem dan video, TVC, program TV dan program animasi. Selain itu, mereka juga terlibat dalam pengurusan acara di mana selain melakukan kerja pengurusan, mereka juga terlibat dalam liputan video untuk persidangan, siaran langsung dan program sosial. Antara acara-acara mega terkini yang telah dilaksanakan oleh Lensa Film Sdn Bhd adalah 6th World Chambers Congress (Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC, June 2009) yang dihadiri oleh pasangan Diraja HRH Raja of Perlis and HRH Raja Perempuan of Perlis dan Ulangtahun ke 50 Bank Negara bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, Shangrila Hotel, Hilton Hotel.

Pasti anda pernah melihat rancangan animasi “Kacang” yang disiarkan melalui saluran TV tempatan RTM? Ya, ia merupakan pencapaian animasi tertinggi Lensa Film Sdn Bhd yang telah disiarkan semenjak 2004 dengan 200 episod menerusi lebih 15 siri, ianya amat popular dan ditonton oleh segenap lapisan masyarakat tempatan. Setelah “Kacang”, mereka juga mengeluarkan satu lagi rancangan animasi tanah liat yang tidak kurang popularnya iaitu “Ranggi” menerusi 26 episod dari 2006 – 2007.

Syarikat produksi yang telah ditubuhkan sejak 1977 dan mempunyai pengalaman melebihi 35 tahun dalam dunia pemfileman dan video juga menyediakan sewaan studio. Mereka boleh dihubungi melalui:

LENSA FILM SDN.BHD. (co.no.35460-P)

WISMA LENSA, No. 1. Jalan Kasah, Medan Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia.

GPS: Latitude: 3°8.610’N / Longitude: 101° 39.703’E

Tel: +603 2092 1488

Fax: +603 2094 5188

Email: [email protected]

Hasil kerja mereka amat mengagumkan. Tak percaya? Apa kata anda saksikan hasil kerja hebat Lensa Film Sdn Bhd menerusi Projek Evolusi di dalam kembara 6-minggu peserta-persertanya untuk menurunkan berat badan di www.eztakaful.com.my. Anda mungkin dapat melihat babak di belakang tabir yang amat lucu sewaktu pembikinan filem Projek Evolusi, jadi jangan tertinggal mengikuti siaran seterusnya! Jangan lupa juga untuk mengundi peserta-peserta pilihan anda dan berpeluang memenangi hadiah hadiah tunai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *