Kitaran Hidup Rama-Rama

Tahukah anda rama-rama yang cantik dan berwarna-warni ini melalui kehidupan awal yang agak menyedihkan.

Bermula dari telur yang menetas menjadi ulat beluncas yang hodoh dengan bulu yang berduri dan berbisa, ia seringkali dianggap perosak tumbuhan dan oleh kerana itu ia tidak disukai dan sentiasa menghadapi ancaman dibunuh.

Seterusnya, ulat beluncas akan berubah kepada Pupa atau kepompong di mana tisu–tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Sewaktu menjadi kepompong, ia tinggal bersendirian tanpa makan atau minum, hanya mengharap bekalan yang tersimpan didalam badan. Ia juga tidak dapat bergerak ke mana-mana ataupun mempertahankan diri sekiranya berlaku ancaman. Sedih kan?

Daripada seekor ulat yang hodoh dan menggelikan, ia berubah bentuk menjadi serangga yang sungguh memikat dan menawan hati sesiapa saja yang memandang. Dan fakta ini juga berkait rapat dengan nama yang anda perlu teka di Facebook EZTakaful! Apa tunggu lagi, sertai sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *