Kak Long @ Batu Caves

Bila sampai sini baru Kak Long tau Batu Caves adalah bukit batu kapur yang dikatakan berusia 400 juta tahun, terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa gua kecil. Bertempat di daerah Gombak 13 kilometer dari utara Kuala Lumpur, ia mengambil nama sempena Sungai Batu atau Batu River, yang mengalir melepasi bukit.

Ia juga telah diperkenalkan sebagai tempat ibadat oleh K. Thamboosamy Pillai, seorang pedagang India.Beliau mendapat inspirasi daripada pintu masuk utama gua yang berbentuk ‘vel’ dan dan mendapat inspirasi untuk membina sebuah kuil untuk Dewa Murugan.

Collage1 Collage2 Collage3 Collage5Collage4

Ia bukan saja menjadi tumpuan penganut agama Hindu tempatan semasa perayaan Thaipusam di Malaysia, malahan popular dengan penganut agama Hindu dari seluruh negara.

Beberapa pintu masuk gua telah digunakan sebagai tempat perlindungan oleh orang asli Temuan yang turut mengaitkan Batu Caves dengan kisah Si Tenggang.

Banyak lagi sebenarnya gambar pemandangan yang sangat cantik kat Batu Caves ni, sempena cuti sekolah ni apa kata korang bawak ahli keluarga, anak-anak atau sedara yang datang melawat ke Batu Caves? Kak Long gerenti korang takkan menyesal (Cuma mungkin lepas tu kena urut kaki sebab urat kaki Kak Long tegang dah beberapa hari ni). Tempat parking pun banyak Cuma RM5 sekali masuk dan kedai makan pun memang berderet di sepanjang jalan.

Jangan lupa ikuti blog Kak Long esok, sebab Kak Long akan buat kupasan pasal topik best – makanan! Jangan lupa untuk terus mengikuti laman Facebook EZTakaful dan dan sambil tu korang boleh tengok pelan-pelan perlindungan diri menarik EZTakaful yang ditawarkan dan harus dimiliki!

Jumpa lagi! Salam Ceria!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *