Jurulatih Malique – The man motivating the Super 6!

Tidak sukar untuk mengenali yang mana satu jurulatih muda berusia 26 tahun ini, orangnya berbadan tinggi dan tegap dipenuhi otot-otot sasa. Jurulatih Malique atau nama sebenarnya Abdul Malik bin Mohamed Shafi merupakan anak bongsu dari 5 beradik dan berdarah kacukan Melayu – Filipina, mempunyai pengalaman selama 5 tahun di gim terkemuka Celebrity Fitness; 3 tahun sebagai jurulatih peribadi sebelum dinaikkan pangkat ke Pengurus Daerah selama 2 tahun sebelum dia meletakkan jawatan pada akhir tahun 2015.

Apabila ditanya bagaimana dia mula berminat dalam bidang membina badan, dia tergelak kecil menampakkan lesung pipit di pipinya sebelum menjawab “Semuanya bermula sewaktu berusia 15 tahun. Saya amat minat kepada seorang perempuan yang belajar dalam sekolah yang sama dan cuba mengajaknya keluar. Tetapi dia menolak. Saya dapat tahu dari kawan saya bahawa perempuan itu menolak pelawaan saya kerana saya gemuk! Sedih, dan mungkin kedengaran bodoh – te tapi ia menyebabkan saya menanam azam untuk menjadi kurus!” Dia meneruskan lagi ceritanya di mana setelah melihat hasil yang memberangsangkan dari pengamalan senaman dan penjagaan berat badan, dia berminat pula untuk mencuba bidang membina badan dan mula serius membina otot bermula dari umur 18 tahun sehingga kini.

Terkini, dia bakal membuka perniagaan sendiri yang berasaskan kepada penjualan makanan diet yang dijangka dilancarkan pada akhir bulan Mac 2016. Bagi sesetengah daripada anda, mungkin anda pernah melihat wajahnya muncul di kaca TV dan majalah kerana selain melakukan kerja jurulatih, dia juga terlibat dalam bidang peragaan pentas, bidang pengiklanan TV untuk jenama telefon Nokia dan pernah menjadi wajah ikon perbankan untuk HSBC dan CIMB. Jangan terkejut sekiranya anda mengetahui dia juga pernah muncul sebagai pelakon lagak ngeri untuk filem aksi Tyickoouns di samping pelakon terkenal Aaron Aziz dan Remy Ishak pada tahun 2012!

Menarik kan? Jangan lupa saksikan Jurulatih Malique melatih 6 peserta Projek Evolusi dalam kembara 6-minggu mereka untuk menurunkan berat badan di www.eztakaful.com.my dan anda juga berpeluang menonton aksi khas bina badan dari Jurulatih Malique yang pasti membuatkan anda ternganga! Jangan lupa juga untuk mengundi peserta kegemaran anda bagi peluang untuk memenangi hadiah-hadiah tunai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *