Dari Pena Puan Direktor Azila Hashim

Minggu lepas kita telah mendengar pendapat Jurulatih Malique mengenai peserta-peserta Projek Evolusi dan kembara 6 minggu untuk menurunkan berat badan. Minggu ini, kita berpeluang menemubual Direktor Video untuk siri Projek Evolusi – Puan Azila Hashim – yang juga mesra di kenali sebagai Kak Ila atau Puan Direktor di kalangan peserta-peserta dan boleh dikatakan amat rapat kerana dia meluangkan masa paling lama bersama mereka sepanjang tempoh penggambaran Projek Evolusi yang memasuki Minggu ke 4 ini. Mari kita lihat apa pendapat Puan Direktor kita.

Peserta- Peserta Perempuan

Ain Sebli

“Kaki kacau. Suka mengusik Wan. Geng gaduh dengan Hairi. Sangat vokal dan kelakar, tetapi dialah Penyeri grup ini. Proses kehilangan berat badan Ain juga agak konsisten. Tak mustahil jika dia muncul juara.”

Nicolle Sabastian

“Bak kata pepatah Melayu, diam-diam ubi berisi, itu lah Nicolle. Seorang pemerhati dansenang bergaul dengan rakan-rakan. Antara ketiga-tiga peserta wanita, Nicolle lebih cergas dan bertenaga.”

Wan Masyitah

“Pada mulanya, dia nampak seperti seorang yang pemalu dan pendiam malahan tidak yakin dapat menurunkan berat badan. Tetapi dia seorang yg bersemangat tinggi dan saya percaya, dengan kerja keras, impiannya pasti jadi kenyataan. Suami dan anaknya adalah pendorong semangat Wan.”

Peserta-Peserta Lelaki

Areed Razman

“Comel. Peramah. Penuh semangat untuk menurunkan berat badan. Saya harap impiannya untuk menyertai “full marathon” akan tercapai.”

Hairi Abu Kassim

“Taktikal. Dia sering menggambarkan seolah-olah tidak mengikut pelan diet yang disediakan sama ada melalui percakapannya ataupun gambar makanan yang di hantar dalam grup WhatsApp Projek Evolusi, membuatkan rakan-rakan terpengaruh, tetapi mungkin juga ini taktik yg digunakan untuk menang.”

Jeffri Jaba

“Mempunyai hati yang lembut, cepat tersentuh dan seperti seorang abang kepada para peserta Projek Evolusi.  Sehingga minggu ke 4, Jefrri mungkin kekal sebagai juara, tetapi dia harus bekerja keras untuk mengekalkan kedudukannya sebab tak mustahil peserta lain akan mengalahkannya.”

“Secara keseluruhan, selama 4 minggu ini,  saya lihat hubungan antara para peserta semakin erat dan mereka saling membantu dan berkongsi semangat untuk kurus” Sambungnya lagi.

Jadi, pada pendapat Puan Direktor kita, siapa yang bakal muncul sebagai pemenang “Untuk kategori lelaki, saya rasa pemenang utama mungkin Jeff kerana penurunan berat badan dia konsisten setiap minggu dan pada penilaian saya dia adalah seorang yg sgt komited, berusaha dan berdisplin dalam proses penurunan berat badannya. Bagi pemenang perempuan pula, persaingan amat sengit jadi apa kata kita tunggu dan lihat.”

Kita telah mendengar pendapat Puan Direktor kita. Anda pula bagaimana? Apa kata anda tonton aksi peserta kegemaran di www.eztakaful.com.my dan jangan lupa mengundi mereka sebagai Pemenang Cabaran Mingguan atau Juara Keseluruhan di samping peluang untuk anda memenangi hadiah-hadiah tunai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *