“Sauna” Percuma di Selayang Hot Spring

Kak Long baru-baru ini mengalami gatal-gatal kulit yang semakin teruk sehingga menjadi kudis kerana tangan gatal sangat menggaru. Atas saranan kawan yang prihatin tengok keadaan kulit Kak Long, maka Kak Long google untuk mencari kolam air panas. Dengar khabar nya air panas tu mampu meredakan kegatalan dan menyembuhkan bekas-bekas luka akibat digaru.

Di sini terdapat 4 kolam utama dan 3 kolam kecil. Anda cuma perlu membawa peralatan seperti baldi dan gayung untuk mandi, tetapi kalau terlupa pun tak apa kerana terdapat baldi dan gayung tersedia untuk dipinjamkan.

Kolam Pertama

 

Kolam kedua yang terletak bersebelahan kolam pertama
Kolam ketiga dan 4 kolam kecil untuk merendam kaki
Kolam keempat yang terletak di bahagian atas.

Peraturan-peraturan (Mengikut Notis Pengurusan)

  • Jangan meletakkan kaki anda di dalam kolam.
  • Jangan membasuh baju anda di dalam kolam.
  • Jangan mandi dengan hanya berseluar dalam.
  • Dilarang membawa masuk binatang peliharaan.
  • Di larang menyelam.
  • Kanak-kanak tidak dibenarkan di dalam kolam.
  • Dilarang membuang sampah merata-rata

Beberapa peraturan tu macam tak diguna pakai dah sebab kebanyakan pengunjung merendam terus kaki ke dalam kolam. Bukan sahaja merendam kaki malahan ada yang menyelam dan “bertapa” – katanya untuk kesan yang lebih baik ke atas kulit.

Ada juga Kak Long terfikir berapa ramai yang mungkin ada kudis di kaki, atau penyakit-penyakit kulit yang lain dah berendam dalam tu dan adakah air panas tu cukup panas untuk membunuh bakteria-bakteria atau kuman kaki tersebut?

Masa ni tengah fikir nak rendam ke tak sebab air dia panas ya amat, masuk 2 saat pun dah rasa terbakar kulit.

Tapi ramai pengunjung terutamanya warga emas datang hampir setiap hari ke kolam air panas ini dan mendakwa mereka bukan sahaja sembuh dari penyakit kulit, malahan darah tinggi, penyakit gout, penyakit jantung dan strok. Sorang pakcik cina tu mendakwa sebelum ini dia tidak dapat berjalan langsung akibat strok tetapi setelah berendam di kolam air panas ini, dia boleh bergerak secara normal!

Dan terdapat alga atau lumut hijau yang didakwa dapat mencantikkan kulit dan ramai perempuan memakai nya ala masker untuk mendapat kulit yang lembut dan licin. Kak Long tak pasti sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut tapi Kak Long “tapau” juga bawak balik untuk di pakai nanti hehe.

Ini rupanya alga atau lumut tersebut yang akan timbul sekiranya berlaku gelembung air dari dasar kolam. Kak Long ambil yang hijau je sebab Nampak macam geli juga yang kuning-kuning tu.

Ada 2 tempat istirehat yang selesa dan tandas disediakan. Terdapat juga warung tapi masa Kak Long pergi semua warung tersebut tutup. Tak pasti pula kalau ia hanya dibuka di hujung minggu. Kak Long nampak ada rancangan membaik pulih kawasan kolam air panas ini oleh kontraktor swasta, jadi mungkin tak lama lagi Kawasan ini tidak lagi percuma. Kalau anda merancang untuk melawat Selayang Hot Spring ni baik pergi sekarang.

Salah satu tempat istirehat

Kita jumpa lagi di blog Kak Long seterusnya di minggu hadapan tetapi sementara tu jangan lupa layari Facebook EZTakaful atau layari laman web EZTakaful kerana kami menawarkan manfaat-manfaat perlindungan sehingga  RM1 juta, dari serendah RM10 sahaja sebulan di mana anda juga boleh membuat pendaftaran serta merta secara atas talian!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

WhatsApp +6017 3526122

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.