fbpx

Restoran Zk Kari Kepala Ikan, Kampung Attap

Bertempat di No. 76, Jalan Kampung Attap, Wilayah Persekutuan, restoran ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan ruang restoran terbuka tanpa penghawa dingin dan bahagian kedua mempunyai penghawa dingin dan tertutup.

Kak Long pilih ruang restoran dengan penghawa dingin. Bukan kekwat, tapi haritu cuaca memang sangat panas Kak Long dah pening-pening lalat. Orang pun ramai betul, sampai beratur hingga ke luar kedai menunggu giliran untuk mengambil makanan. Tak sanggup rasanya nak join barisan yang panjang tu dengan perut berbunyi kriok kriok minta diisi.

Rakan sekerja Kak Long yang memang kaki kari kepala ikan terus buat pesanan. Kari kepala ikan saiz sederhana, sotong goreng tepung, ayam goreng dan sayur kubis goreng. Yummm!

Meh zoom gambar makanan. Yang ini bawang mentah dan cili dengan kicap, Kak Long sorang je makan sebab yang lain tak reti. Selalunya Kak Long cicah dengan nasi.

Sotong goreng saiz kecil. Agak liat lagipun Kak Long bukan penggemar sotong.

Siapa tak suka ayam goreng? Ayam goreng memang sedap tak kira la restoran mana yang goreng betul tak?

Rakan-rakan sekerja Kak Long yang tengah khusyuk makan, langsung tak tengok kiri kanan dah. Haha. Kalau anda lihat belakang tu, restoran ni memang penuh dengan pengunjung walaupun di bahagian berpenghawa dingin.

Kak Long suka tempat ni sebab bukan sahaja makanan dia sedap, malah restorannya juga sangat bersih dan pekerjanya sungguh cekap. Layanan memang 5 bintang lah!

Waktu puncak perniagaan dari pukul 12.30 sehingga 2pm, dan restoran ini dibuka dari pukul 11 pagi hingga 3 petang sahaja. Jadi, bagi anda yang datang dalam kumpulan yang besar, sebelum pergi tu mungkin anda ingin buat tempahan dulu untuk mengelakkan dari beratur lama-lama?

Harga kesemua makanan? Hanya RM150 sahaja untuk 3 orang.

Seperti biasa, jangan lupa layari Facebook EZTakaful atau layari laman web EZTakaful kerana kami menawarkan manfaat-manfaat perlindungan sehingga RM1 juta, dari serendah RM10 sahaja sebulan! Anda juga mempunyai pilihan untuk menyesuaikan pelan anda dengan manfaat-manfaat tambahan yang mampu memenuhi cita rasa dan keperluan perlindungan anda.

Jumpa lagi minggu depan! Salam ceria!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.