
Melindungi anda sewaktu musim percutian
- Penerimaan dijamin
- Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan
- Manfaat dibayar terus kepada anda atau keluarga anda, cukai dikecualikan
- Manfaat dibayar sebagai tambahan kepada apa jua insurans yang dimiliki
- Caruman bulanan tidak meningkat dengan usia
- Anda boleh mendaftar sekiranya berumur 18 -60
What’s inside this holiday protection plan?
Core Benefits | Basic | Supreme |
---|---|---|
Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan | 100,000 | 200,000 |
Kematian Akibat Kemalangan | 10,000 | 20,000 |
Elaun Bulanan Keluarga untuk Kematian dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan | 1,000 | 2,000 |
Manfaat Isi Kandungan Rumah | 15,000 | 30,000 |
All amounts are in Ringgit Malaysia (RM)
Mari kita lihat pembayaran yang tersedia dengan EZHoliday
Manfaat Hilang Upaya Keseluruhan Kekal Akibat Kemalangan
Sehingga RM200,000 tunai sekaligus sekiranya mana-mana yang berikut berlaku dalam tempoh 12 bulan dalam tempoh musim percutian yang dilindungi:
- Anda menjadi hilang upaya secara keseluruhan dan kekal dan tidak dapat menjana pendapatan atau bekerja untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Anda kehilangan keseluruhan penglihatan kedua-dua belah mata
- Anda kehilangan dua anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali
- Anda kehilangan keseluruhan penglihatan pada sebelah mata dan kehilangan satu satu anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
Sehingga RM20,000 tunai sekaligus sekiranya dalam tempoh 12 bulan sewaktu tempoh musim percutian yang dilindungi:
- Anda meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami kemalangan tersebut
Elaun Bulanan Keluarga untuk Kematian Akibat Kemalangan dan Hilang Upaya Keseluruhan Kekal
Sehingga RM2,000 sebulan untuk 12 bulan sekiranya dalam tempoh 12 bulan sewaktu tempoh musim percutian yang dilindungi:
- Anda meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami kemalangan tersebut
Manfaat Isi Kandungan Rumah
Sehingga RM30,000 untuk kehilangan atau kerosakan ke atas isi kandungan rumah akibat kemalangan, jenayah atau bencana alam sekiranya :
- Kejadian berlaku sewaktu tempoh musim percutian yang dilindungi
- Anda melaporkan kejadian kepada pihak polis dengan segera
- Anda menyertakan bukti nilai harta yang hilang atau rosak
EZHoliday melindungi anda sewaktu tempoh percutian berikut:

Semua Cuti Umum Malaysia Yang Diisytiharkan, termasuk 5 hari sebelum DAN 5 hari selepas cuti

SEMUA Cuti Sekolah Rendah dan Menengah Kerajaan
Lain-lain perkara penting yang harus diketahui mengenai EZHoliday
- Anda layak mendaftar sekiranya berumur 18-60.
- Sekiranya anda mendaftar untuk EZHoliday, anda boleh membuat pembatalan dengan mengembalikan Sijil kepada EZTakaful dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dan sebarang caruman yang telah anda bayar akan dikembalikan. Sekiranya anda memilih untuk membatalkan selepas 14 hari penerimaan Sijil Takaful, sebarang caruman yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.
- Pembaharuan EZHoliday adalah dijamin, selagi caruman dibayar, sehingga umur 70. Pelan ini tamat pada umur 70.
- EZHoliday ditamatkan sebaik sahaja Manfaat Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan Kekal dibayar.
- Zurich General Takaful Malaysia Berhad merupakan pengendali Takaful EZHoliday.
Seperti pelan lain, terdapat beberapa perkara yang tidak dilindungi
EZHoliday mempunyai pengecualian-pengecualian yang termasuk aktiviti terlarang, keadaan fizikal, tingkahlaku cuai, keadaan perubatan sedia ada dan beberapa pekerjaan.