fbpx

Pertembungan Platform Telefon Pintar

Pada bulan October, blog EZTakaful akan membincangkan topik-topik berkenaan dunia teknologi yang luas dan sentiasa berubah-ubah! Bermula dari topik gizmos, alatan, aplikasi, media sosial hinggalah telefon pintar, semuanya akan dikupas pada bulan ini.

Dalam bahagian pertama dalam siri baru ini, kami memfokuskan kepada pertempuran klasik yang menjadi perbalahan antara “geek” teknologi selama bertahun tahun… iOS melawan Android.

Apakah Yang Dimaksudkan dengan Telefon Pintar?

Telefon pintar merupakan salah satu teknologi yang mengumpul maklumat dari seluruh dunia di dalam peralatan bersaiz poket dan memancarkannya melalui perkataan, gambar dan bunyi. Pada asasnya, telefon pintar adalah komputer dalam poket anda yang boleh membuat panggilan!

Ciri-ciri utama Telefon Pintar biasanya merangkumi:

  • Akses internet, biasanya melalui sambungan 3G
  • Media sosial seperti Facebook dan Twitter di dalam genggaman tangan anda.
  • Aplikasi mobile sedia untuk dimuat turun
  • Akses ke aplikasi perkhidmatan mesej ringkas seperti WhatsApp
  • Papan kekunci Qwerty
  • Menyelaras akaun professional dan persendirian anda.
  • Komunikasi E-mel

 

Saham Pasaran Telefon Pintar:

Pasaran telefon pintar di seluruh dunia meningkat sebanyak 13.0% dari setahun ke setahun pada suku tahun kedua 2015, dengan 341.5 juta penghantaran, berdasarkan data yang diperolehi dari Persatuan Data Antarabangsa (IDC) Worldwide Quarterly Mobile Phone Tracker.

Pembeli telefon pintar kebiasaannya terbahagi kepada dua kem utama: iOS (dicipta oleh Apple) danAndroid (dicipta oleh Google) manakala telefon Windows dan Blackberry OS mempunyai hanya sedikit saham pasaran.

Jadi…. iOS atau Android: Mana Yang Lebih Baik?

Ia bergantung kepada orang yang anda tanya! Kedua-dua platform iOS dan Android sangat dikenali dengan penyokong fanatik mereka yang juga digelar sebagai ‘fanboys’. Fanboys cenderung memberi pandangan yang berat sebelah terhadap platform pilihan mereka dan selalunya akan mempertahankan pilihan mereka secara habis-habisan.

Mujurlah kami di EZTakaful telah menyediakan perbandingan yang tidak berat sebelah dan bersifat objektif ke atas beberapa ciri-ciri utama untuk mereka yang masih bergelut antara 2 gergasi teknologi ini!

Peranti:

Oleh kerana iOS merupakan perisian Apple, anda harus memilih Apple iPhone sekiranya iOS adalah pilihan anda. Bagaimanapun, Android mempunyai lebih banyak pilihan kerana beberapa pencipta telefon menggunakan Android untuk peranti mereka. Jenama-jenama seperti Samsung, LG, HTC dan OPPO adalah tersedia untuk pilihan pengguna Android.

Storan:

Sekiranya anda membeli iPhone, storan telah ditentukan oleh peranti yang anda pilih… dan mengikut kemampuan anda cthnya 32GB, 64GB. Sebaliknya, kebanyakan telefon Android mempunyai slot kad microSD agar anda boleh membeli ruang storan secara mudah dan murah.

Bateri:

Dalam kebanyakan peranti Android, anda boleh mengeluarkan bateri dan menukarkannya dengan bateri yang baru, dan dapat memanjangkan hayat telefon pintar anda. Anda tidak boleh berbuat demikian dengan iPhone. Walau bagaimanapun, terdapat banyak telefon Android seperti Samsung Galaxy Note 6, Galaxy Note 5, dan HTC One di reka menggunakan besi dan kaca supaya bahagian belakangnya tidak boleh di tanggalkan. Berkaitan dengan tetapan bateri, iOS dan Android akan menjadi semakin mirip  antara satu sama lain.

Blog-Facebook-Images-Smartphone2-1024x5361

 

Aplikasi Tersedia:

Aplikasi android boleh dimuat turun dari Stor Google Play, yang kini mempunyai 600, 000 aplikasi tersedia. Kebanyakan aplikasi yang pada asalnya hanya terdapat dalam iOS sahaja, kini boleh didapati di Android, termasuk instagram dan Pinterest, dan stor aplikasi Google yang lebih terbuka membuka ruang kepada aplikasi tersedia eksklusif lain seperti Adobe Flash Player dan BitTorrent. Stor aplikasi Apple pada ketika ini menawarkan 700,000 aplikasi. Kebanyakan pemaju  memilih untuk membangunkan permainan untuk iOS sebelum mereka membangunkannya untuk Adroid. Terdapat perbalahan yang mengatakan aplikasi dari stor aplikasi Apple adalah lebih berkualiti dari segi pengalaman pengguna dan pepijat, kerana Apple mewajibkan proses pemeriksaan yang ketat ke atas setiap aplikasi sebelum ia dibenarkan dijual ke pasaran umum. Android tidak mempunyai pemeriksaan tersebut.

Interface

Kedua-dua iOS dan Android menggunakan interface sesentuh yang kebanyakkannya sama – leretan, ketukan and picit-dan-zoom. Kedua dua system operasi boot untuk ke halaman utama, yang juga hanpir sama dengan komputer. Laman utama iOS hanya mempunyai barisan ikon aplikasi, manakala Android membenarkan penggunaan widget, di mana ia memaparkan informasi kemaskini-automatik seperti cuaca dan e-mel. Ciri ciri user interface iOS mempunyai dok di mana pengguna boleh mempinkan aplikasi yang kerap digunakan. Secara keseluruhannya, iOS dikatakan lebih intuitif, manakala Android pula adalah lebih mudah disesuaikan.

Kestabilan Aplikasi dan Sistem Operasi:

Laporan Pengalaman Mobile The Crittercism yang diterbitkan pada bulan Mac 2014 meletakkan kedudukan Android KitKat sebagai lebih stabil berbanding iOS 7.1. Lain-lain penemuan yang terdapat di dalam laporan tersebut adalah:

  • Android 2.3 Gingerbread mempunyai kadar jumlah crash yang tertinggi pada 1.7%. Versi Android yang lain — Ice Cream Sandwich, Jelly Bean dan KitKat — mempunyai kadar crash sebanyak 0.7%.
  • iOS 7.1 mempunyai kadar crash sebanyak 1.6%, dan kadar untuk iOS 7.0 dan iOS 5 masing-masingnya adalah pada 2.1% and 2.5%.
  • Versi telefon untuk kedua-dua Android dan iOS adalah lebih stabil daripada versi tablet.
  • Kadar crash untuk aplikasi berbeza mengikut kategori – permainan akan selalunya crash (kadar crash adalah pada 4.4%) dan aplikasi e-commerce mempunyai kadar crash terendah pada 0.4%.

 

Keselamatan:

Aplikasi android diasingkan daripada sumber-sumber system yang lain, kecuali pengguna memberikan kebenaran khusus kepada aplikasi tersebut untuk mengakses ciri-ciri yang lain. Ini membuatkan sistem ini kurang terdedah kepada pepijat. Sebaliknya, penulis malware kurang cenderung menulis aplikasi untuk iOS, kerana Apple menyemak semula semua aplikasi dan memerlukan pengesahan identiti penerbit aplikasi. Namun begitu, kedua-dua system adalah selamat.

Privasi:

Apabila memuat turun aplikasi di Android, pengguna akan dipaparkan dengan kesemua kebenaran yang diminta oleh aplikasi tersebut. Kebenaran harus diberi sama ada kepada kesemuanya atau tidak sama sekali. Untuk iOS, setelah aplikasi dimuat turun dan dibuka oleh pengguna, aplikasi iOS tersebut mungkin akan meminta kebenaran tambahan seperti lokasi dan akses ke senarai orang yang dihubungi. Tetapi pengguna boleh menolak permintaan kebenaran tersebut. Walaupun kebenaran telah diberi sebelumnya, pengguna iOS boleh menyemak semula senarai aplikasi yang mempunyai akses ke senarai orang yang dihubungi dan lokasi data, dan mematikan akses untuk mana-mana aplikasi yang mereka tidak mahu lagi berkongsi data ini.

Kesimpulannya, adalah adil untuk mengatakan bahawa kedua-dua sistem tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Berdasarkan pengalaman kami, pemenang dalam pertempuran besar ini akhirnya jatuh kepada pilihan masing-masing – ia amat bergantung kepada penggunaan dan pilihan anda. Sesetengah pengguna suka kebolehan untuk menyesuaikan peranti mereka dengan Android, manakala sesetengah pengguna yang lain memerlukan aplikasi berkualiti dari stor aplikasi Apple.

Untuk para pengguna iOS dan Android, berita baiknya adalah aplikasi terbaru EZTakaful sekarang adalah tersedia – memudahkan pengurusan perlindungan mampu milik untuk anda dan keluarga.

App_Promo_Image4-1024x818

 

Muat turun aplikasi percuma ini sekarang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai EZTakaful dan lindungi mereka yang tersayang.

Nantikan bahagian kedua siri Teknologi kami di minggu hadapan kerana kami akan membincangkan senarai teratas Aplikasi untuk Telefon Pintar atau Tablet yang ‘Harus Dimiliki.’

Selamat Membaca!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.