fbpx

Persediaan Untuk Perjalanan Balik Kampung

Aspek-Aspek Komunal Balik Kampung

Hari Raya Aidilfitri, merupakan cuti perayaan yang disambut oleh umat Islam yang menandakan berakhirnya puasa dan berakhirnya bulan Ramadan.

Ramai warga kota pulang ke kampung halaman untuk meraikan perayaan ini bersama keluarga dan mereka yang tersayang.


Senarai 10 Tips Teratas Untuk Perjalanan Balik Kampung Yang Lancar

1. Pengguna jalan raya yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) adalah dinasihatkan untuk mengikuti Maklumat Waktu Perjalanan. Umumnya, mereka yang menuju ke selatan dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya seawal 6 pagi hingga 1 tengahari manakala mereka yang menuju ke utara adalah dinasihatkan untuk bertolak daripada 1 tengahari dan ke atas.

2. PLUS akan menawarkan rebat tol untuk mereka dengan perjalanan melebihi 100 kilometer di lebuh raya PLUS dan membayar tol secara elektronik melalui PLUSMiles dan kad Touch n Go atau SmartTAGs. Rebat tol ini akan diberikan kepada pengguna Kenderaan Kelas 1 pada waktu luar waktu puncak bersempena dengan Hari Raya.

  • 50% rebat tol pada 13 dan 23 Julai
  • 40% rebat tol pada 14 dan 22 Julai
  • 30% rebat tol pada 15 dan 21 Julai

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di talian 1800 88 0000.

3. Muat turun aplikasi mobile Plus Expressway yang akan memberikan anda info langsung trafik, isyarat-isyarat dan amaran, saluran video lebuh raya dan maklumat hentian R&R.

4. Muat turun aplikasi Waze untuk maklumat trafik dan isyarat-isyarat berkenaan apa jua yang berlaku di jalan raya yang dijana oleh pengguna-pengguna lain. Ia boleh didapati di platform telefon Android, iOS dan Windows. Untuk pengguna Hotlink tanpa data, terdapat pelan tambahan Waze dengan bayaran harian yang kecil sahaja.

5. Selenggara kenderaan anda sekurang-kurangnya seminggu sebelum perjalanan untuk memastikan ia berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk perjalanan balik kampung anda!

6. Bawa bekalan makanan dan minuman untuk secukupnya memastikan tiada sesiapa mengalami rasa lapar dan dahaga sewaktu perjalanan pulang yang panjang, terutamanya sewaktu kesesakan lalu lintas!

7. Ambil rehat yang secukupnya dan tukar pemandu setiap jam atau setiap dua jam jika boleh. Ia dapat mengelakkan pemandu dari mengalami keletihan dan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

8. Layani karenah anak-anak! Pastikan semua peralatan elektronik dicaj penuh dan bawa hadiah kecil seperti patung aksi, patung boneka, krayon dan kertas sebagai ganjaran kerana berkelakuan baik.

9. Kekal berhubung. Pastikan anda memberi maklumat terkini mengenai perjalanan anda dari masa ke semasa kepada ahli keluarga di kampung supaya mereka tahu anda selamat di sepanjang perjalanan dan dapat menjangka waktu ketibaan anda.

10. Akhir sekali, kekal dilindungi! Pastikan anda mempunyai insurans kenderaan dan perjalanan yang mencukupi. Jika anda mempunyai barang berharga di rumah, pastikan anda membeli insurans isi rumah!

Daripada kami semua di EZTakaful, kami mendoakan perjalanan anda selamat sewaktu Balik Kampung!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.