fbpx

Perkara Yang Dilakukan Sewaktu Hari Raya

Tarikh Hari Raya Puasa

Hari Raya Puasa bermaksud “Hari Sambutan”. Ia berupakan perayaan keagamaan yang penting yang diraikan oleh umat Islam. Perayaan ini menandakan berakhirnya Ramadan, bulan suci berpuasa.

Mengikut calendar Hijrah, Hari Raya Puasa jatuh pada hari pertama bulan ke-10 Syawal. Kalendar Hijrah merupakan kalendar lunar, oleh itu tarikh Hari Raya Puasa adalah berbeza pada setiap tahun. Pada tahun ini, di Malaysia, tarikhnya jatuh pada hari Jumaat, 17hb Julai 2015.

Kids-BM

 

Saat Mesra dan Paling Bermakna Bersama Mereka Yang Tersayang di Hari Raya Puasa

Hari ini disambut dengan penuh kegembiraan, melambangkan kesucian dan pembaharuan, dan menandakan kemenangan takwa.

  • Ramai umat Islam menghadiri solat berjemaah dan mendengar khutbah pada hari pertama bulan Syawal. Solat ini biasanya diadakan di luar atau di dalam tempat yang luas, contohnya gelanggang sukan.
  • Sekiranya seseorang umat Islam belum menunaikan Zakat Fitrah di bulan Ramadan, dia boleh berbuat sedemikian pada Aidilfitri. Zakat Fitrah merupakan sedekah berupa makanan seperti barli, kurma, kismis, atau tepung gandum, atau apa jua yang hampir sama nilai matawangnya yang diberikan kepada golongan fakir miskin.
  • Ramai umat Islam juga menyediakan juadah perayaan untuk dikongsi, memakai baju baru, melawat saudara mara dan memberi hadiah atau gula-gula kepada kanak-kanak. Kad-kad juga akan dihantar, selalunya tertera perkataan “Eid Mubarak.”
  • Pelita minyak tanah di pasang di rumah-rumah dan masjid-masjid bermula pada hari ke 20 di bulan Ramadan dan cahayanya akan terus menerangi sehingga akhir perayaan.

Daripada kami semua di EZTakaful, selamat menyambut Hari Raya Puasa!

Jumpa anda lagi di bulan Ramadan di tahun depan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.