fbpx

Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membina / Membeli Rumah – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Masa Kak Long baru bekerja di usia 20-an dulu, gaji baru je RM1,200 belum tolak KWSP dan SOCSO. Masa tu naik bas je dan sewa bilik murah RM350.

Selepas 3 atau 4 tahun penat naik turun bas dan LRT, baru lah Kak Long mampu beli kereta dengan bayaran bulanan 600 (Kereta Kelisa je). Di usia lewat 20an apabila kawan masing-masing dah mula kahwin dan mula mengumpul aset hartanah bersama suami/isteri, Kak Long masih terkial-kial ikat perut cuba menyimpan duit untuk membeli rumah.

“Kak Long nak susah apa. Duit Akaun 2 KWSP kan boleh keluar untuk settle deposit rumah?” Kata kawan apabila Kak Long buka topik beli rumah. Dari situ lah Kak Long tahu bahawa pengeluaran wang KWSP dari Akaun 2 adalah dibenarkan untuk tujuan:

  • Membeli rumah. Baca lebih lanjut di sini.
  • Membina rumah. Baca lebih lanjut di sini.

Dan atas nasihat kawan, Kak Long semak dengan KWSP dan dapat tahu boleh buat pengeluaran sehingga RM15k untuk deposit 10% rumah. Wow! RM15k tu dah cukup besar bagi Kak Long tau, RM5 ribu pun punya susah nak simpan! Mula la survey-survey rumah idaman dan dapat yang murah dan cantik sesuai dengan bajet deposti RM15k. Ansuran pinjaman rumah sebulan adalah RM850.

Pembinaan rumah mengambil masa selama 2 tahun. Jadi, Kak Long hanya mula bayar ansuran bulanan penuh selepas rumah siap. Gaji masa ni dah RM3,500. Jadi Kak Long yakin sangat tak ada masalah nak bayar rumah, siap tukar kereta lagi.

Kak Long silap…

Hutang kad kredit mula menimbun sebab tak reti atur kewangan. Terikut-ikut dengan gaya hidup mewah di KL. Kos servis dan minyak kereta lebih mahal. Kena bayar cukai rumah lagi dan sewa rumah tetap kena bayar sebab rumah baru jauh dari tempat kerja.

Kesudahannya..?

Dengan hutang kad kredit yang sentiasa bertambah sebab duit lebih tak ada untuk isi minyak kereta, ansuran kereta ditambah dengan ansuran pinjaman rumah, hujung bulan je Kak Long tinggal beberapa puluh ringgit untuk survive. Tiap hari catu makan, sampai pernah Kak Long nangis tak mampu bayar bil air RM20!

3,4 tahun juga la Kak Long rasa menyesal sangat beli rumah. Ya daif sangat pemikiran waktu muda! Sampai lah seorang kawan Kak Long bercerita pasal dia keluarkan duit dari Akaun 2 KWSP untuk ansuran bulanan rumah.

Akaun 2 KWSP untuk bayar ansuran bulanan pinjaman rumah?

Ye memang boleh asalkan ada baki mencukupi dalam tu. Baca kat sini.

Kak Long tak ada la menggalakkan anda semua menghabiskan duit KWSP lagipun duit KWSP penting untuk simpanan di hari tua kelak, cuma nak berkongsi cara-cara yang dapat meringankan beban pembayaran ansuran rumah anda sekiranya anda betul-betul terdesak macam kes Kak Long. Lagi sayang kalau anda jual rumah tu hanya kerana anda tak mampu bayar ansuran.

Nilai rumah akan sentiasa naik dan ia merupakan aset yang paling berharga, berbanding kereta atau simpanan tunai! Lagipun kalau jual rumah dalam tempoh kurang dari 5 tahun, anda akan dicukai lebih kurang 30% tau dari keuntungan jualan. Entah-entah tak balik modal deposit atau lebih teruk lagi, anda kena keluar duit pula untuk bayar bank!

Harap anda dapat mengambil iktibar dari kesilapan Kak Long dan lebih cermat dalam menguruskan kewangan apatah lagi dalam era kos sara hidup yang tinggi ni. Dan satu perkara lagi yang penting, sudah tentunya perlindungan takaful untuk diri dan keluarga sekiranya berlaku sesuatu musibah yang tidak dijangka. Komitmen bulanan kita sudah pun di tahap kritikal, perlukah kita membebankan keluarga dengan menambah hutang untuk membayar kos rawatan hospital? Tak, kan?

Jadi apa kata anda layari layari Facebook EZTakaful atau layari laman web EZTakaful untuk keterangan lebih lanjut atau permohonan secara atas talian, kerana di EZTakaful kami menawarkan manfaat-manfaat perlindungan sehingga RM1 juta, dari serendah RM10 sahaja sebulan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.