fbpx

Pengalaman Kak Long Si Penakut “Booster”

Secara jujurnya, Kak Long menolak temujanji dos penggalak sampai 5 kali, gara-gara terpengaruh dengan cerita kawan-kawan yang mengalami gejala teruk selepas menyuntik vaksin dos penggalak, dan dakyah mengenai AEFI (Adverse Event Following Immunisation) vaksin dos penggalak yang lalu lalang di media sosial menambah ketakutan Kak Long.

Antara cerita-cerita yang banyak Kak Long dengar dari kawan-kawan adalah demam berminggu-minggu, lenguh tangan yang teruk dan sakit kepala yang melampau. Bila baca media sosial seperti Facebook dan Twitter pula, ada kanak-kanak yang sihat tiba-tiba meninggal dunia setelah menerima dua dos vaksin, tidak kurang juga cerita di mana ada di antara mereka yang menjadi buta setelah di vaksin dos penggalak, dan yang rasanya paling kelakar Kak Long pernah baca adalah mereka yang mengatakan, vaksin sebenarnya merupakan agenda iluminati untuk menyuntik sel-sel HIV di dalam badan dan kesemua mereka yang disuntik vaksin akan mendapat AIDS tidak lama lagi!

Dahsyat kan?!

Kak Long sedar sebagai orang yang berpendidikan, Kak Long sepatutnya menyelidik dengan lebih lanjut dan jangan baca berita-berita palsu, dan memang salah Kak Long membiarkan diri terpengaruh (kebelakangan ini, berita sebegini memang sangat banyak berbanding vaksin pertama dan kedua dulu)

Macamana Kak Long berubah fikiran…?

Sebab Kak Long ni kan suka berjalan, dan kerajaan mengumumkan kemungkinan, di masa terdekat akan menggunakan dos penggalak sebagai status lengkap vaksin dan bukan lagi vaksin kedua seperti sebelum ini. Bila Kak Long dengar je berita ni, eh tak boleh jadi ni, rugi la kalau tak dapat bercuti-cuti hatta sekitar Malaysia je pun kan. Terus Kak Long ambil keputusan untuk walk in ke PPV untuk temujanji segera vaksin dos penggalak! 27 Februari, awal pagi Ahad Kak Long dah terpacak di PPV Axiata Arena. Boleh dikatakan, PPV sangat lengang walaupun di hujung minggu. Banyak yang takut dos penggalak macam Kak Long le tu kan? Kenapa Axiata Arena? Sebab PPV ini menawarkan pilihan 3 jenama vaksin, dan salah satunya AstraZeneca yang menjadi pilihan Kak Long sebab vaksin pertama dan kedua juga dari jenama yang sama.

Sumber foto: Google

Dari saat beratur, mendaftar dan mendapatkan vaksin, cuma setengah jam saja! Mudah sungguh! Jadi soalan favourite: okay ke lepas suntik dos penggalak ni? Kak Long ceritakan sikit:

Hari Pertama: Lenguh sekejap di bahagian lengan yang disuntik. Tak lama pun, dalam beberapa jam, tapi tak la teruk sampai tak boleh angkat tangan atau buat kerja. Kak Long siap boleh memandu kereta untuk balik tau!

Hari Kedua Sampai Hari Kelima: Kak Long tiba-tiba jadi sangat hyper, bangun pagi tak boleh duduk diam, terasa nak buat kerja dan resah kalau duduk saja. Hasilnya, dalam beberapa hari tu, semua kerja pejabat siap, stor di rumah Kak Long sangat kemas, semua sampah di rumah dah dibuang dan semua lantai bilik mandi bersinar-sinar diberus. Tapi menjelang pukul 2, Kak Long menjadi sangat mengantuk dan tertidur juga la sejam dua.

Hari-hari seterusnya, berlanjutan sehingga seminggu kemudian, Kak Long jadi kuat tidur, pantang duduk Kak Long akan terlelap dan malamnya pukul 10 dah dibuai mimpi, berbanding sebelum ni pukul 12 ke pukul 2 pagi baru dapat tidur. Jadi sebab tidur cukup, Kak Long memang cergas keesokan harinya dan idea-idea baru pun mula muncul. Jadi semangat nak start the day kata Mat Salleh!

Yang paling memberi kesan sangat bila baru-baru ni, saudara mara yang Kak Long jumpa dan siap salam peluk cium baru-baru ni semua positif Covid-19, tapi Kak Long dan orang rumah yang dah dapat dos penggalak ni cuma selesema, setelah buat beberapa ujian pun masih negative. Syukur sangat!

Sakit kepala, demam-demam, sakit badan tu memang tak ada, jadi bila fikir balik betapa takutnya Kak Long sebelum tu, Kak Long jadi malu dengan diri sendiri!

Sebenarnya, tak sakit pun dos penggalak ni. Semua yang kita baca di media sosial atau dengar pengalaman orang tu sangat bergantung kepada daya tahan badan kita dan kesannya tidak sama ke atas semua, jadi jangan jadi Kak Long. Jangan takut dan segera lah dapatkan suntikan dos penggalak anda sebab tak lama lagi kita nak beralih ke Fasa Endemik dah, rugi lah kalau kita tak dapat hidup seperti sebelum zaman Covid-19, betul tak?

Dan jangan lupa, sambil menjaga SOP dan menjaga diri dan tersayang dari musibah Covid-19, anda juga boleh mendapatkan perlindungan tambahan dengan pelan-pelan perlindungan dari EZTakaful yang menawarkan had perlindungan yang tinggi pada harga yang sangat mampu milik! Cuma layari www.EZTakaful.com.my untuk mendaftar secara atas talian dan penerimaan adalah dijamin!

Jumpa lagi di minggu depan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.