Pembahagian Harta Pusaka Menurut Hukum Faraid

Tahukah anda, menurut rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) melalui Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP) di bawah kementerian Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitarm terdapat kira-kira RM60 bilion jumlah harta tidak dituntut waris si mati sejak Malaysia merdeka hingga hari ini?

Kurang kesedaran dan sikap ambil mudah menangguh permohonan pembahagian harta pusaka dikesan menjadi faktor penyebab utama, di samping tanggapan sesetengah waris yang menganggap proses untuk memohon pembahagian harta ini adalah lambat, mahal dan menyusahkan. Oleh itu, pada hari ini EZTakaful ingin membantu anda mengetahui sedikit sebanyak perkara asas berkenaan Hukum Faraid agar anda dapat menghadapi isu pembahagian harta dengan mudah dan tepat di masa hadapan.

Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak.

1. Waris Yang Sah Dan Layak:

Menurut istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti
•  Anak
•  Isteri
•  Suami
•  Ibu, Bapa dan Lain-lain

2. Kadar Asas Pembahagian:

Merujuk kepada Surah An-Nisa ayat 11 hingga 12, kadar asas pembahagian adalah seperti berikut:

3. Hilang Hak Mewarisi:

BERLAINAN AGAMA. Menurut Syariah orang bukan Islam tidak boleh mewarisi daripada orang Islam.
• Sekiranya seseorang itu MENYEBABKAN KEMATIAN SI MATI samada secara sengaja atau tidak sengaja. Dia juga tidak boleh mewarisi harta si mati.

4. Bahagian Harta Yang Boleh Dibahagikan:

Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak

• segala pembiayaan pengurusan jenazah
• hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll)
• atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang di benarkan syarak.

5. Bentuk Harta Yang Boleh Dibahagikan:

• Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll);
• Barang kemas (emas, perak dll);
• Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak);
• Tanah, kebun, ladang dll;
• Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

6. Hukum Yang Wajib Anda Tahu:

Pembahagian harta pusaka menurut Islam selepas berlakunya kematian seseorang Islam maka wujudlah hak-hak tertentu terhadap harta yang ditinggalkan. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh Allah secara khusus di bawah hukum Faraid. Pembahagian Faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan dan FARDU KIFAYAH kepada umat islam (Khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.

7. Kesan Jika Tidak Melaksanakan Faraid:

Sekiranya umat Islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem Faraid ini dikhuatiri akan berlakunya

  • Memakan harta anak yatim
  • Memakan harta saudara-mara
  • Memakan harta Baitulmal

8. Contoh Pengiraan Mudah:

Terdapat sebuah keluarga yang terdiri daripada suami, seorang isteri, dan 5 orang anak (2 orang lelaki, 3 orang perempuan) dan ibu bapa si suami. Pada suatu hari, si suami terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Andaikan harta arwah suami berbaki RM3 juta setelah ditolak kos:

  • pengurusan jenazah,
  • selesaikan segala hutang piutang yang ada,
  • wasiat (tak lebih 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta pusaka

Melihat kepada jadual kadar asas tadi, pembahagian harta pusaka bagi waris arwah mengikut sistem Faraid adalah seperti berikut:

  • Bahagian si ayah 1/6,
  • Bahagian si ibu: 1/6,
  • Bahagian si isteri: 1/8,
  • Anak-anak pula akan dapat lebihan baki harta pusaka. Anak lelaki akan terima 2 bahagian, dan anak perempuan pula akan terima 1 bahagian.

Jadi jumlah yang akan diterima oleh setiap waris adalah:

*RM1,625,000 adalah jumlah baki setelah ditolak pembayaran kepada ayah, ibu, isteri. Oleh kerana arwah mempunyai 2 anak lelaki dan 3 anak perempuan, maka jumlah pembawah bagi pecahan adalah seperti rajah di bawah:

Di atas merupakan pengiraan Faraid secara manual dilakukan. Harus diingatkan, apa yang dikongsikan di sini hanyalah salah satu keadaan sebuah keluarga yang biasa. Situasi ini boleh berubah mengikut kepada ahli waris si arwah.

Lain-lain perkara yang anda perlu tahu mengenai Faraid:

Faraid adalah cara agihan harta pusaka pilihan terakhir dalam sistem agihan harta pusaka Islam sekiranya cara pembahagian berasaskan persetujuan semua ahli waris yang dilakukan sebelumnya gagal. Dan apa yang PALING PENTING ialah pembahagian harta pusaka ini tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak ada perlantikan pentadbir harta pusaka.

Perkara yang anda perlu ketahui juga, sebarang pembayaran tuntutan insurans jika sepenuhnya pemberian dari pihak syarikat Insurans, ia tidaklah termasuk dalam harta pusaka. Oleh itu, ia diberikan kepada orang yang ditentukan oleh si mati (semasa hayatnya) atau orang yang ditentukan oleh pihak yang menaja Insuran itu (majikan, persatuan khairat dan sebagainya). Jika si mati tidak menentukannya atau pihak yang menajanya juga tidak menentukannya, barulah ketika itu diserahkan kepada ahli-ahli waris untuk dibahagikan mengikut bahagian perwarisan. Oleh itu, penamaan waris adalah amat penting apabila membeli sebarang perlindungan insurans untuk mengelakkan sebarang perbalahan di kemudian hari.

Pemilihan pelan perlindungan yang terbaik dan dapat melindungi kewangan anda dan keluarga anda juga sangat penting. Di EZTakaful, anda akan dapat melihat pelbagai jenis pelan perlindungan komprehensif mampu milik yang menyediakan pembayaran tunai sekaligus sehingga RM1,000,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan dengan sumbangan bulanan serendah RM10 sahaja! Bukan itu sahaja, ia juga 100% patuh Syariah jadi anda tidak perlu ragu-ragu apabila membeli perlindungan kemalangan diri dari kami.

Layari laman EZTakaful untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

3 responses to “Pembahagian Harta Pusaka Menurut Hukum Faraid

  1. Rumah arwah bapa masih belum ditukarkan kepada nama ibu… Ank2 arwah smua perempuan. Apakak procedure utk tukar nama rmh kepada nama ibu

  2. saya hendak tanya apa hukum jika pembahagian harta tidak di bagi ikut faraid sebelum meniggal.
    Ia itu bagi kepada anak kesayangan dia saja walau pun ada 8 adik beradik

    bolih kah perkara ini dibawa kemahkamah syariah atas dasar hukum islam kerana sebelum meniinggal se aruah tak tahun hukum islam harta.

    Sekian

  3. assalamualaikum
    mohon bantuan pengiraan faraid jika
    – simati (ayah) tiada ibubapa (mati lebih awal)
    – seorang isteri
    – 4 orang anak lelaki
    – 1 orang anak perempuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

WhatsApp +6017 3526122

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.