fbpx

Membuat kiraan ke Tahun Baru; Mulakan 2016 dengan penuh kehebatan.

2015 akan berakhir – tidak lama lagi kita akan menyambut ketibaan 2016 dengan sambutan yang meriah bersama keluarga dan rakan-rakan yang tersayang. Tahun ini mungkin merupakan tahun yang hebat, sama ada ia adalah kerana anda telah menamatkan pengajian, membeli rumah pertama anda, atau bertemu seseorang yang istimewa. Bagi sesetengah yang lain pula, ia mungkin tahun yang sukar yang penuh dengan cabaran di dalam kehidupan peribadi dan professional mereka. Namun begitu, tahun baru sentiasa menandakan permulaan yang baru; peluang baru. Apabila jam berdetik ke tengah malam pada 31hb Disember, ia adalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada perkara yang telah berlalu, dan masa untuk menerima perkara yang mendatang.

Tahun Baru boleh menjadi masa untuk mensasarkan perkara-perkara baru yang perlu dilakukan, belajar kemahiran baru, atau menyatukan perkara yang anda sedang lakukan dengan penuh semangat. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah melalui Azam Tahun Baru! Berikut merupakan azam Tahun Baru yang terbaik untuk memulakan 2016 dengan penuh kehebatan.

Luangkan lebih masa dengan keluarga dan rakan-rakan

Kerja tidak patut didahulukan! Buat rancangan untuk berjumpa dengan keluarga dan rakan-rakan dengan lebih kerap. Kehidupan adalah mengenai ikatan silaturahim dengan mereka yang tersayang dan mencipta memori yang boleh anda hargai di kemudian hari.

Blog-Facebook-Images_family

 

Menguruskan badan

Reka bentuk program senaman yang tetap untuk mengekalkan bentuk badan anda. Pilih rejim yang boleh anda patuhi. Aktiviti berkumpulan boleh menjadi cara yang seronok untuk bersenam dan boleh menolong mengekalkan motivasi anda untuk mencapai matlamat anda.

Hentikan ketagihan

Buang tabiat merokok anda untuk tahun 2016 yang lebih sihat. Walaupun anda telah mencuba dan gagal sebelumnya, jangan putus asa. Dapatkan bantuan professional atau kumpulan sokongan. Jika ada kemahuan, di situ ada jalan.

Pelajari sesuatu yang baru

Belajar tidak ada had usia. Mempelajari pengetahuan baru merupakan cara terbaik untuk kekal muda. Kebanyakan kolej dan universiti menawarkan program pelajaran dewasa dan jarak jauh, ketahui dengan lebih lanjut! Anda juga boleh mempelajari kemahiran baru seperti berenang, melukis malahan juga mempelajari bahasa asing.

Blog-Facebook-Images_paintings

 

Bertemu rakan-rakan baru

Bertemu dengan rakan-rakan baru mungkin menakutkan, tetapi ia amat berbaloi. Pertemuan dengan orang baru memberi manfaat kepada kesihatan minda anda dan kadang kala kepada karier anda, jadi jangan tinggal dalam zon selesa anda dan terlepas peluang rangkain yang menarik dan menyeronokkkan.

Memberi sumbangan

Menyumbang kepada masyarakat merupakan tanggungjawab kecil yang boleh kita pikul untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk didiami. Cari tujuan di mana anda boleh menjadi sukarelawan dalam waktu malam, atau jika anda benar-benar tidak mempunyai masa, membuat sumbangan tetap kepada pertubuhan kebajikan pilihan anda pada tahun 2016.

Manjakan diri anda sekali-sekala

Sama ada percutian luar negara yang telah lama anda nanti-nantikan atau impikan atau hanya spa yang menenangkan di salah satu daripada hotel mewah 5 bintang di bandar anda, anda layak mendapatkannya – lakukan apa saja yang anda ingini pada bila-bila masa.

Lebihkan senyuman

Perkara mudah seperti senyuman boleh menjadikan anda lebih gembira dan sihat. Secara saintifik, senyuman mengaktifkan pembebasan dopamine, endorphin dan serotonin, neurotransmitter yang menolong mengurangkan stress dan menggalakkan emosi positif. Secara sosiologi, apabila anda senyum, anda kelihatan lebih senang didekati, menarik, tenang dan ikhlas di hapadan orang ramai – jadi praktikkannya dengan lebih banyak di tahun 2016!

Blog-Facebook-Images_family-1

 

Daripada kami di EZTakaful, kami berharap anda memulakan 2016 dengan langkah kanan; dengan kegembiraan yang sukar ditandingi dan lebih penuh kasih sayang di sepanjang tempoh 366 hari tersebut (Ya, 2016 merupakan tahun lompat!)

Selamat Tahun Baru! Kami berharap kita boleh berjumpa lagi untuk Blog EZTakaful di tahun 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.