fbpx

Lima Pulau Tercantik di Malaysia

Malaysia dikenali di seluruh dunia dengan pulau-pulau eksotik beserta pantai yang indah, hutan hujan tropika dan kepelbagaian budaya. Malaysia mempunyai sejumlah 878 pulau, terdiri daripada daya tarikan kosmopolitan Pulau Pinang,sehinggalah ke destinasi hebat untuk selam skuba dan snorkeling di pantai timur, seperti Redang atau Lang Tengah. Memang terdapat pelbagai pulau yang menawarkan pilihan menarik untuk masyarakat tempatan.

Mujur, kebanyakan pulau-pulau tersebut amat mudah dikunjungi dan juga murah sekiranya ditempah pada masa yang tepat. Pada bahagian ketiga ‘Bulan Percutian’, EZTakaful telah memilih lima pulau kegemaran daripada 878 pulau di seluruh negara, yang amat sempurna untuk percutian anda dan mereka yang tersayang.

Langkawi – Menuju ke Utara

Destinasi pulau terkenal Malaysia, Langkawi merupakan gugusan 99 buah pulau di Laut Andaman, di mana 478.5 km2 dikuasai oleh Pulau Langkawi. Cara terbaik untuk melihat pulau tersebut dari bahagian atas adalah daripada kereta kabel sepanjang 2,200 meter, yang meningkat sehingga 710 meter dari atas paras laut. Pusat jeti merupakan satu lagi tarikan di Langkawi yang mesti dilawati; di sini terdapat patung legenda burung helang yang terbang tinggi; dan begitulah pulau ini mendapat namanya. Lawatan ke pulau ini tidak lengkap tanpa mengambil gambar dengan burung gergasi! Untuk sumber semulajadi bagi keseronokan air, lawati Air Terjun Durian Perangin yang terletak di utara cerun Gunung Raya, gunung yang tertinggi di Langkawi. Air yang mengalir sejuk melata dari puncak yang tinggi adalah cara terbaik untuk berehat selepas sehari-hari meneroka di bawah panas matahari.

Blog-Facebook-Images_cablecar-768x402

 

Tioman – Menuju ke Selatan

Walaupun secara rasminya ia merupakan sebahagian daripada Pahang, adalah lebih senang menuju ke Tioman melalui bandar Johor, Mersing. Dikenali ramai sebagai salah satu pulau tercantik di dunia, Tioman pernah dijadikan latar belakang indah untuk filem Hollywood pada tahun 1958, “South Pacific”. Walaupun ia merupakan salah satu daripada pulau-pulau komersil yang membangun, Tioman masih mengekalkan banyak keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian hidupan liar. Dikelilingi oleh terumbu karang, pulau ini adalah kawasan utama untuk aktiviti menyelam dan snorkeling.Pelancong-pelancong di sini juga boleh melakukan aktiviti rentas hutan, berenang di bawah air terjun, melawat ladang penyu dan merasai budaya tempatan di kampung tradisi di Pantai Juara.

Layang-Layang: Syurga Penyelam

Satu masa dulu merupakan pusat marin dan sedikit terumbu karang dengan landasan, pulau kecil Layang-Layang terletak lebih kurang 300 kilometer ke barat laut Kota Kinabalu, ibu kota Sabah. Juga dikenali sebagai ‘The Jewels of the Borneo Banks’ permata kecil ini berkilau di dalam laut biru yang dalam dikelilingi oleh terumbu karang. Digabungkan dengan keadaan untuk menyelam yang indah, pulau ini ternyata merupakan syurga untuk penyelam-penyelam. Penyelam skuba dan snorkel melawat pulau ini kerana ianya ainya yang tenang dan cantik dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut.

Blog-Facebook-Images-snorkeling-768x402

 

Pulau Perhentian – Untuk Pengembara Bajet

Terletak di luar pantai timur Malaysia, Pulau Perhentian merupakan tempat yang harus dilawati di Malaysia untuk pengembara bajet. Dua pulau yang membentuk Pulau Perhentian, Perhentian Besar yang paling besar di antara dua pulau tersebut dan popular di kalangan pasangan dan keluarga anak-anak, dan Perhentian Kecil; pulau yang lebih kecil dan lebih popular di kalangan pengembara bajet. Airnya sangat jernih anda dapat snorkel terus daripada pantai dan masih boleh melihat pelbagai hidupan akuatik.

Pulau Pinang – Tarikan Kosmopolitan Untuk Berubah Angin

Juga dikenali sebagai Mutiara Timur, Pulau Pinang adalah sebuah pulau yang besar dan berwarna-warni dibentuk oleh pelbagai budaya, warisan dan masakan yang terkenal di seluruh dunia. Perkara yang harus dilakukan di sini adalah berjalan kaki atau menaiki beca di sekitar Georgetown bersejarah untuk melihat bangunan-bangunan kolonial, rumah-rumah besar, kuil dan seni jalanan yang indah. Naik kereta kabel untuk perjalanan selama 30 minit sehingga Bukit Bendera pada 821m di atas paras laut untuk melawat beberapa rumah-rumah kolonial terhebat sambil menikmati udara sejuk yang menyamankan dan pemandangan pulau yang indah.

Blog-Facebook-Images_penang-768x402

Untuk sentuhan keagamaan, lawati pelbagai gereja besar, kuil Buddha dan Hindu dan masjid indah di pulau tersebut; Gereja St George’s , Masjid Kapitan Keling, Kuil Kek Lok Si, Kuil Snake,  Kuil Sri Mahamariamman; hanya untuk menamakan beberapa daripadanya. Saat malam melabuhkan tirai, cuba rasai makanan jalanan yang terkenal untuk pengalaman kulinari yang menyeronokkan– dari laksa Pulau Pinang bertentangan dengan Jalan Macalister,  ke nasi daun pisang di Little India sehingga lah ke makanan laut di Gurney Drive – anda boleh menemui segalanya di sini.

Kami berharap destinasi-destinasi ini memberikan anda sedikit inspirasi untuk percutian anda yang seterusnya. Ingat, di mana jua anda berada, pastikan anda dan keluarga di lindungi sepenuhnya daripada kemalangan.

Rancang perlindungan mampu milik di sini untuk perjalanan percutian akan datang di Malaysia dengan EZTakaful.

Di dalam blog terakhir 2015, EZTakaful akan memastikan anda memulakan 1hb Januari anda dengan penuh tenaga dan permulaan terbaik untuk tahun 2016.

Selamat Membaca!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.