Dasar Privasi

PENYATA KESELURUHAN

Penyata ini digunapakai untuk laman sesawang yang terdapat di eztakaful.com.my yang dimiliki dan dikendalikan oleh Antah Insurance Brokers Sdn Bhd.

Privasi anda penting bagi kami. Kami menghargai maklumat peribadi yang anda berikan dan akan mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk mencegah penggunaan maklumat tersebut tanpa kebenaran.

Kami tidak akan memberi maklumat peribadi anda kepada organisasai lain untuk tujuan pemasaran oleh mereka.

Kami memerlukan maklumat peribadi untuk membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan insurans atas talian kepada anda. Ia termasuk menggunakan maklumat tersebut untuk menyediakan sebut harga kepada anda, memproses permohonan dan mengumpul statistik untuk membolehkan kami memperbaiki produk dan perkhidmatan kami kepada anda.

MAKLUMAT PERIBADI

Maklumat peribadi yang dikumpul oleh kami termasuk nama, alamat, tarikh lahir, jantina, pekerjaan, No. KP, nombor telefon anda, alamat emel dan maklumat lain yang membantu kami menyediakan sebut harga peribadi yang tepat untuk anda. Kami juga mungkin mengumpul maklumat peribadi orang lain dari anda, sebagai contoh jika anda memohon untuk produk atau perkhidmatan bersama atau keluarga di mana anda menamakan orang lain atas Sijil anda. Jika anda menyediakan kepada kami maklumat peribadi orang lain, anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada orang tersebut bahawa anda telah menyediakan maklumat peribadi mereka kepada kami. Apabila anda mengakses dan melayari laman sesawang kami, kami mengumpul maklumat umum yang tidak mengenalpasti anda secara peribadi. Maklumat ini merangkumi alamat protokol internet (IP) anda yang dikutip oleh semua laman sesawang. Maklumat ini membolehkan kami mengekal, menilai dan memperbaiki prestasi laman kami.

Apabila anda menggunakan laman sesawang kami (sebagai contoh, untuk mendapatkan sebut harga atau membuat permohonan), kami merekod dan mengumpul maklumat peribadi agar kami boleh memberikan sebut harga peribadi yang tepat kepada anda, dan jika anda membuat keputusan untuk membeli Takaful, untuk menerbit dan menghantar Sijil Takaful ke alamat anda.

Kami juga mungkin menggunakan organisasi luaran sebagai hos laman sesawang, membantu kami mengekalkan laman sesawang kami, menyelesaikan masalah dan untuk mengumpul maklumat bukan-peribadi untuk menilai keberkesanan aktiviti pemasaran atas talian kami.

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEPADA PIHAK LAIN

Kami hanya mendedahkan maklumat peribadi anda atas dasar kerahsiaan kepada pihak lain yang membantu kami menyediakan produk dan perkhidmatan yang sesuai untuk anda. Ia mungkin pengendali Takaful  lain, pihak yang terlibat dalam sokongan proses tuntutan seperti penaksir kerugian, pengurus dan jurunilai, pembaikpulih dan pembekal, penyiasat dan ejen pemerolehan. Maklumat peribadi anda juga boleh didedahkan kepada polis, kumpulan penguatkuasa undang-undang dan kredit, penasihat undang-undang dan penyedia kesihatan, atau pihak-pihak yang membantu kami menyediakan perkhidmatan komunikasi (seperti penghantaran mel).

Syarikat luaran tersebut yang membantu kami sebagai hos laman sesawang, mengekalkan laman sesawang kami, menyelesaikan masalah dan untuk mengumpul maklumat bukan-peribadi untuk menilai keberkesanan aktiviti pemasaran atas talian kami, juga mungkin boleh mengakses maklumat peribadi anda.

Kami mengenakan keperluan keselamatan dan kerahsiaan yang ketat ke atas cara mereka mengendalikan maklumat peribadi anda, dan penggunaan terhad kepada tujuan spesifik semasa kami membekalkannya.

Jika, pada bila-bila masa anda percaya bahawa maklumat peribadi yang kami memiliki mengenai anda adalah tidak tepat, sila hubungi kami di [email protected] atau di (603) 2303 4800 dan kami akan membetulkannya.

EMEL ANDA

Kami menyimpan kandungan sebarang komunikasi emel antara anda dan kami untuk memastikan standard khidmat pelanggan yang tinggi. Ia membantu kami memahami keperluan anda dan untuk menyediakan bantuan yang paling efektif.

PAUTAN KE LAMAN LAIN

Kami mungkin menyediakan pautan ke laman sesawang lain yang mungkin menarik minat anda. Laman sesawang lain ini adalah tidak tertakluk kepada Penyata Privasi dan Keselamatan Atas Talian ini. Anda seharusnya membaca Penyata privasi dan keselamatan di laman sesawang tersebut untuk butiran bagaimana meraka menjaga maklumat peribadi anda.

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh anda akibat penggunaan dan/atau tindakan anda melayari laman sesawang lain tersebut.

BAHAN PENGIKLANAN DAN PEMASARAN

Kami mahu menyediakan produk dan perkhidmatan yang releven (dan maklumat berkaitan) kepada anda, dan kami mungkin berkomunikasi dengan anda mengenainya. Jika anda tidak mahu menerima maklumat ini, anda boleh menghubungi kami melalui telefon atau emel untuk “memilih-keluar” dari komunikasi dengan kami yang tidak berkaitan dengan Takaful anda. Kami tidak menghantar emel pukal yang tidak diminta.

KESELAMATAN ATAS TALIAN

Perlindungan maklumat peribadi anda amat penting buat kami. Kami mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk melindungi maklumat peribadi anda dari hilang, disalah guna dan sebarang akses, pengubahsuaian atau pendedahan tanpa kebenaran.

Maklumat yang anda sediakan kepada kami melalui laman sesawang kami dienkripsi dengan selamat dan dihantar melalui protokol lapisan soket selamat (SSL), menjadikannya sukar untuk pihak lain mengakses maklumat anda. Terdapat 2 cara untuk mengetahui bahawa anda menggunakan bahagian selamat di laman sesawang kami : cari simbol mangga kunci kecil di sudut kanan bawah pelayar anda; dan semak alamat sesawang di tetingkap pelayar anda bermula dengan “https” dan bukannya “http”.

Maklumat peribadi anda disimpan dalam sistem komputer kami yang dilindungi daripada akses tanpa kebenaran menggunakan gabungan teknologi (tembok api, proses log masuk selamat, enkripsi dan teknologi pemantauan pencerobohan).

Kami menggunakan kuki untuk komunikasi di antara laman sesawang kami dengan pelayar internet anda. Kuki membolehkan proses sebut harga dan pembelian Takaful atas talian kami, dan membantu kami menyediakan perkhidmatan peribadi kepada anda. Kuki juga mungkin merekod maklumat bukan-peribadi seperti tarikh, masa dan tempoh akses anda atau laman yang dilayari, untuk tujuan pentadbiran, analisa dan penyelenggaraan laman sesawang. Bagaimanapun, maklumat tersebut diasingkan dan tidak ditetapkan kepada pengguna individu.

PENGESAHAN ANDA

Anda mengesahkan dan menerima bahawa penggunaan laman sesawang kami oleh anda menyatakan penerimaan terma penggunaan laman sesawang kami dan Penyata privasi dan keselamatan ini oleh anda.

Ini adalah Penyata privasi dan keselamatan semasa kami. Ia menggantikan mana-mana Penyata privasi dan keselamatan terdahulu yang dipaparkan di laman sesawang kami. Kami tidak bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada anda secara spesifik mengenai sebarang vasriasi kepadanya atau mana-mana Penyata privasi dan keselamatan lain.

ANDA BERSETUJU DAN MENERIMA, MELALUI PENGGUNAAN LAMAN SESAWANG KAMI OLEH ANDA, PENYATA PRIVASI DAN KESELAMATAN INI.

Begitu juga, selepas sebarang variasi kepada Penyata ini, anda bersetuju dan menerima bahawa kami telah memberikan notis yang mencukupi kepada anda mengenai variasi tersebut dan anda dianggap telah menerima setiap Penyata privasi dan keselamatan baharu tersebut.