Kak Long & Huda Takes Japan – Bahagian 1

Destinasi pertama yang kami lawati adalah kafe Harry yang terletak di Roponggi. Cuma 1 minit jika berjalan kaki dari stesen keretapi Roponggi (Hibiya Line, Exit 3).

Kafe Harry terkenal dengan koleksi landak kecil atau Hedgehog dan arnab-arnab yang gebu, di mana anda boleh meluangkan masa bermain-main dan memegang hedgehog dan arnab dengan bayaran tertentu. Jom kita cuci mata sikit dengan gambar-gambar yang Kak Long dan Huda sempat ambil.

Harga untuk ½ jam bermain-main bersama Hedgehog dan ½ jam lagi untuk arnab, termasuk snek mereka. ¥3,030 seorang bersamaan dengan lebih kurang RM108.

Sarung tangan getah disediakan sebab durinya agak tajam.

Hedgehog putih yang montel. Kak Long mula-mula excited nak pegang tapi lepas kena cucuk dengan duri kat jari sampai berdarah terus Kak Long berhenti. Lagi satu Kak Long kena ingatkan, hedgehog ni sebenarnya agak busuk walaupun comel. Bukan sebab tak mandi tapi memang baunya begitu.

Huda, satu-satunya manusia yang gembira sangat bila pegang hedgehog. Haha!

Snek makanan hedghehog yang terdiri daripada ulat. Caranya, kepit ulat menggunakan alat penyepit, dekatkan dengan hidung hedgehog dan anda boleh tengok betapa rakusnya hedgehog makan ulat ni.

Hedgehog yang tergolek selepas bergaduh makanan. Anda perlu tolong dia terbalikkan badan dia, kalau tak sampai ke sudah dia akan mengangkang begitu. Kesian betul tengok!

Sekarang ke bahagian arnab pula…

Banyak jenis dan rupa arnab terletak di ruang tengah berkaca. Semua sangat aktif dan bersih terjaga. Pemilik dan pekerja kafe Harry juga memang nampak penyayang dan sentiasa bercakap dengan arnab yang terdapat di sini.

Dalam banyak-banyak arnab yang kami pegang, Kak Long paling suka arnab besar ni sebab manja dan tak hiper aktif macam arnab lain. Pandai pula tu bergambar selfie!

 Gambar kenangan bersama pemilik dan pekerja kafe Harry

Arnab-arnab di dalam kedai ini adalah juga untuk dijual, dan kafe ini juga menjual tanda kenang-kenangan yang boleh dibeli dengan harga yang sangat berpatutan, kebanyakannya berupa patung hedgehog dan poskad.

Bagi anda yang bercadang untuk melawat Jepun dalam masa terdekat (dan kebetulan mungkin peminat-peminat hedgehog dan arnab), boleh lah singgah ke sini sebentar sambil menenangkan fikiran.

Jangan lupa juga tenangkan fikiran anda dengan persediaan pelan perlindungan sepenuhnya sewaktu bercuti. Caranya? Mudah saja. Layari Facebook EZTakaful atau layari laman web EZTakaful kerana kami menawarkan manfaat-manfaat perlindungan sehingga RM1 juta, dari serendah RM10 sahaja sebulan di mana anda juga boleh membuat pendaftaran serta merta secara atas talian!

Jumpa lagi di blog Kak Long di minggu hadapan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

WhatsApp +6017 3526122

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.