Di sini Kak Long kongsikan 5 cara untuk memanfatkaan media sosial bagi meningkatkan “engagement” dan membuatkan akaun online anda lebih menonjol berbanding peniaga-peniaga online yang lain.
1. Kemaskini yang kerap, tetapi tidak merimaskan
Kekerapan page anda dikemaskini mampu mempengaruhi orang ramai untuk membuktikan page anda aktif dan tidak hambar. Kalau posting terakhr anda merupakan posting beberapa bulan yang lepas, pelanggan pun akan berfikir dua tiga kali untuk membeli. Pelanggan akan fikir anda tidak serius berniaga di platform tersebut maka mereka kurang yakin untuk berurusan dengan anda.
Tetapi jangan pula anda kemaskini setiap minit atau setiap jam sampaikan ramai yang menyampah dan rimas sampai mereka tekan butang “unfollow!”
2. Post Gambar Yang Menonjol & Professional
Gambar yang ringkas tanpa latar belakang yang terlampau “semak” atau berwarna-warni dan jelas menonjolkan produk yang anda jual akan menarik minat bakal pelanggan untuk membeli. Perlu juga ada unsur kreatif dengan elemen lucu/ sedih yang mampu menarik emosi mereka untuk mengunjungi laman jualan anda.
Jangan lupa “caption” yang menarik dan tidak kaku tetapi kekal professional. Caption selalunya sedikit sebanyak menggambarkan peribadi anda, jadi cuba lah menulis dalam nada yang gembira, lucu, menarik dan sebagainya…dan bukannya hambar mendatar dan berunsur sindiran/ cacian.

3. Interaksi dengan pelanggan
Ramai peniaga beranggapan interaksi dengan pelanggan cukup sekadar post gambar dan balas komen-komen mereka di page anda. Kalau anda berfikir demikian maka anda harus bersaing dengan lebih ramai lagi peniaga lain yang melakukan cara yang sama.
Rajinkan diri membuat live video untuk berinteraksi dengan pelanggan di samping mempromosikan barang anda, pelnggan juga dapat “mengenali” anda dengan lebih rapat.
Sertai karnival/ festival untuk mempromosikan produk anda. Tahukah anda dalam zaman moden ini masih ramai yang mahu berjumpa sendiri secara bersemuka dengan pemilik produk kerana ia seakan menjadi “jaminan” bahawa mereka membeli barang yang sah dan “wujud”.

4. Masa posting yang sesuai
Aspek masa selalu dipandang ringan oleh kebanyakan peniaga online. Hakikatnya ia sangat penting kerana anda perlu tahu pada waktu bila paling ramai orang online supaya iklan yang anda buat dilihat oleh mereka. Lihat juga siapa pelanggan sasaran anda. Letakkan diri anda dalam rutin seharian pelanggan sasaran anda maka anda akan tahu bila waktunya mereka akan online. Ketika itulah anda memulakan serangan.

5. Kempen dan promosi
Sedangkan page yang viral pun masih menggunakan iklan berbayar. Oleh itu anda perlu sedar bahawa viral itu tidak kekal lama. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang viral. Jadi selama mana anda mampu percaya kuasa viral boleh kekalkan bisnes anda selamanya.
Maka itu jangan lokek untuk peruntukkan sebahagian dana untuk pemasaran iklan berbayar samada FB Ads, Google Ads, IG Ads dan platform-platform lain yang menawarkan pengiklanan secara meluas mengikut pelanggan sasaran anda. Berani untuk laburkan duit demi kelangsungan bisnes yang berterusan.
Macamana? Dah dapat ilham tak untuk meroketkan jualan anda selepas ini? Harap-harap perkongsian Kak Long ini sedikit sebanyak akan membantu anda untuk bergerak lebih maju di massa hadapan.