fbpx

Kak Long: 5 Tips Penjimatan Air Di Rumah

Gangguan bekalan air yang tidak berskala ini disebabkan oleh kerja pembaikpulihan yang dilakukan akibat pencemaran diesel di sumber air mentah di Selangor. Bila dah terkena sebegini, baru lah sedar betapa besar kehilangan nikmat yang selama ini kita mungkin pandang remeh.

Tergerak hati Kak Long untuk berkongsi tips penjimatan air pada entri kali ini supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan gangguan bekalan air di masa hadapan.

Tips Jimat Air 1

Semasa anda menggunakan sinki untuk mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur, jangan biarkan air paip mengalir. Ini adalah kerana walaupun anda hanya membiarkan air mengalir beberapa minit, air yang terbuang mungkin mencapai hingga beberapa liter air. Itu jika anda seorang. Jika semua ahli keluarga anda perangai sama macam tu, harapannya hujung bulan duit habis bayar bil air sahaja. Nasihat juga ahli keluarga untuk sama-sama menjimatkan air.

Tips Jimat Air 2

Gunakan pancuran air semasa mandi. Menggunakan pancuran air akan memudahkan air diratakan keseluruhan badan berbanding menggunakan pencedok atau gayung. Selain itu anda juga dinasihatkan untuk mematikan pancuran air semasa bersabun atau bersyampu untuk mengelakkan berlaku pembaziran pengaliran air yang tidak digunakan.

Tips Jimat Air 3

Sekiranya air paip anda mengalir tidak sekuat biasa, pastikan anda membuat sedikit pemeriksaan ke atas sistem perpaipan di rumah anda. Ini adalah untuk memastikan tiada kebocoran air berlaku. Tahukah anda bahawa jika kebocoran berlaku pada paip selepas meter air, ianya adalah tanggungan tuan rumah sendiri. Pihak syarikat air tidak akan bertanggungjawab ke atas kelalaian anda tidak memeriksa sistem perpaipan rumah anda.

 

Tips Jimat Air 4

Apabila menggunakan mesin basuh, pastikan kapasiti baju adalah berada pada tahap maksimum berat yang mampu diisi. Jika hanya terdapat baju kotor yang sedikit, lebih baik basuh menggunakan tangan. Cara ini bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan air, malah ia juga mampu menjimatkan bil elektrik rumah anda.

Tips Jimat Air 5

Gunakan besen berisi air atau takungkan air di dalam sinki semasa anda nak mencuci buah buahan atau sayur-sayuran. Matikan air paip untuk mengelakkan pengaliran air tanpa penggunaan yang menyebabkan pembaziran.

Semoga tips tips berikut dapat membantu kita menjimatkan air dan dalam masa yang sama mengurangkan bil air dari melambung di hujung bulan ya.

Jumpa lagi di minggu hadapan dengan entri dan topik yang lain. Assalamualaikum.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.