fbpx

Kak Long │ Perlu Percutian Yang Mendamaikan Tanpa Perlu Travel Jauh? Cuba 5 Villa Ini!

1. Villa Samadhi

Seperti tidak percaya terdapat tempat yang cantik dan indah seperti ini di tengah kota yang sibuk dan dikelilingi oleh Kedutaan-Kedutaan di Jalan Madge. Setiap bilik mempunyai reka bentuk yang berbeza dengan keunikan yang tersendiri dan sudah tentunya menjamin kepuasan kepada sesiapa yang menginap di sini. Suasananya amat romantik dan amat sesuai untuk pasangan yang mahu berbulan madu atau sesiapa sahaja yang mahukan ketenangan dari hiruk pikuk kota, tambahan pula kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk kerana ingin mengekalkan suasana yang damai.

Terdapat 5 jenis bilik yang anda boleh pilih, Crib, Luxe Crib, Sarang, Luxe Sarang dan The Loft yang pastinya dapat memenuhi citarasa percutian anda.

Alamat: Persiaran Madge, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Laman Web: www.villasamadhi.com.my

r

2. Rumah Kebun, Hulu Langat

Lokasi tempat percutian pertama adalah di Rumah Kebun, Hulu Langat. Rumah Kebun adalah tempat percutian persendirian yang terletak di tanah seluas 2 1/2 ekar di lembah Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor, hanya 28 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur. Perjalanan dari Kuala Lumpur hanyalah sekitar 30 minit sahaja.

Dikelilingi oleh bukit bukau dan tanaman hijau yang subur, Rumah Kebun adalah tempat percutian yang ideal untuk keluarga dan rakan-rakan terdekat. Vila ini mempunyai reka bentuk desa dan minimalis dan mampu menampung hingga 16 orang tamu dalam satu masa.

Terdapat kolam renang yang menyegarkan yang disalurkan dari mata air semula jadi atau berenang di perairan murni Sungai Semungkis yang berada di kawasan ini.

Alamat: Kg Sg Semungkis, Batu 14 1/2 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan

Laman Web: www.rumahkebun.net

r

3. Sri Damai Resort, Kalumpang, Hulu Selangor

Sri Damai Resort merupakan antara tempat penginapan yang terbaik dan patut untuk anda cuba sekiranya anda bercuti di kawasan Kalumpang. Homestay ini mempunyai konsep alam semula jadi dan direka dengan reka bentuk ala-ala rumah kampung. Di sini mempunyai 3 buah bilik tidur yang dilengkapi dengan penghawa dingin, 2 bilik mandi, ruang tamu dan dapur. Di sini terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak dan kolam pancing bagi mereka yang merupakan kaki pancing.

Antara aktivti menyeronokkan yang boleh dilakukan di sini ialah anda boleh berbasikal, melawat dusun buah-buahan tempatan, melihat haiwan-haiwan ternakan, melawat ladang rusa dan mandi air terjun sekiranya anda tidak ingin mandi di kolam yang disediakan. Harga bagi menginap semalaman di homestay ini sangat murah dan berbaloi iaitu bermula RM 990.

Alamat: 640, Kampung Pasir Putih, Kalumpang, 44100 Kerling, Selangor

Laman Web: www.facebook.com/sridamairesort/

4. The Kabin, Kuala Selangor

Unit penginapan jenis kontena yang unik dengan konsep modular pintar yang dapat memenuhi pengalaman percutian anda dengan baik. Terletak di lokasi yang strategik kerana ia berdekatan dengan Pantai Remis dan bandar kecil bersejarah yang indah di Kuala Selangor. Pelbagai fasiliti menarik yang disediakan di sini antaranya terdapat pusat karaoke, kolam renang, tempat barbeku, taman permainan untuk kanak-kanak, basikal dan kayak untuk aktiviti riadah.

Selain itu, di kabin ini juga sesuai untuk anda yang ingin mengadakan sebarang majlis seperti majlis keramaian, teambuilding, hari keluarga, perkahwinan dan lain-lain kerana di sini terdapat dewan yang boleh memuatkan ramai orang. Yang istimewanya di sini ialah mereka sering memberikan baucar yang hebat sehingga mampu menjimatkan duit anda.

Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor.

Laman Web: www.thekabin.com.my/

5. Kampung Kuang Retreat, Sungai Buloh

Kampung Kuang Retreat merupakan homestay yang mempunyai reka bentuk yang mewah dan cantik. Homestay mereka juga mempunyai tema ala-ala kampung dan sangat sesuai bagi anda yang ingin mendapatkan ketenangan. Rumah percutian ini dibina oleh ahli kraftangan daripada Kelantan dengan menggunakan perincian daripada kayu kempas, balau dan batu. Selain itu, bilik air homestay ini pula dihiasi dengan jubin.

Harga untuk menyewa keseluruhan rumah di sini ialah bermula dari RM 1000 semalaman. Ia sangat berbaloi untuk anda sekeluarga. Di dalam rumah yang disewa ini juga mempunyai kolam peribadi dan ruang di dalam rumah ini juga sangat luas. Dijamin anda akan berpuas hati sekiranya memilih tempat ini sebagai tempat penginapan anda.

Alamat: Lorong Orkid, Kuang, 47100 Sungai Buloh, Selangor

Laman Web: www.kuang-kampung-retreat-sungai-buloh-kuala-lumpur-holiday.selangorhotels.com/en/

Dan untuk tidak menambahkan stress tu, apa kata anda pastikan anda juga dilindungi setiap masa dengan perlindungan dari EZTakaful supaya percutian anda lebih tenang. Senang je, kunjungi laman web www.EZTakaful.com.my dan pembelian pelan perlindungan yang tinggi nilainya dengan harga mampu milik amat mudah, hanya dengan 1 klik! Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan dan pendaftaran anda adalah dijamin.

Jumpa lagi di minggu depan macam biasa untuk baca coretan Kak Long pasal blog lain pula!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.