fbpx

Kak Long│Travel Bubble : 5 Tempat Wajib Anda Lawati Di Langkawi!

1. Kereta Kabel Langkawi (SkyCab Langkawi)

Menaiki kereta kabel atau SkyCab di Langkawi sedikit berbeza dengan kereta kabel di tempat lain kerana gondola-gondola kereta kabel didatangkan dengan 3 pilihan yang berbeza. Salah satu gondola yang paling membuatkan jantung berdebar adalah Bottom Glass Gondola yang berlantaikan kaca & anda boleh melihat dengan jelas hutan-hutan di kaki yang pasti akan menguji tahap kegayatan anda. Tapi percayalah, pemandangan sewaktu anda menaiki kereta kabel tersebut teramat cantik anda akan lupa pasal gayat!

Foto Ihsan: Panorama Langkawi

2. SkyBridge Langkawi

Sebuah jambatan melengkung pejalan kaki yang terpanjang di dunia. Fakta ini sudah cukup membuatkan pelancong yang bercuti ke Pulau Langkawi tidak mahu lepaskan peluang melihat sendiri satu mercu tanda di Langkawi yang sangat popular iaitu Sky Bridge. Kehebatan jurutera yang membina jambatan sepanjang 125 meter ini dengan hanya menggunakan satu tiang besi sokongan memang sangat mengagumkan.

Lokasi jambatan ini yang terletak di atas puncak Bukit Machinchang iaitu titik kedua tertinggi di Pulau Langkawi, membolehkan anda melihat panorama sekeliling secara 360 darjah. Untuk ke sini, pelancong perlu menaiki SkyCab atau kereta kabel menuju ke Top Station yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari stesen bawah.

Tetapi Kak Long nak pesan awal-awal ya, anda perlu berjalan mendaki dan menuruni tangga yang agak jauh sebelum anda sampai ke jambatan ini, bagi mereka yang sakit lutut fikir dulu sebelum pergi ke sini!

Foto Ihsan: Panorama Langkawi

3. Air Terjun Temurun

Air Terjun Temurun merupakan air terjun di Langkawi yang paling tinggi & mempunyai suasana sekeliling yang sangat mendamaikan seperti berada di kawasan pedalaman. Akses dari parkir kereta menuju ke kawasan utama Air Terjun Temurun juga boleh dikatakan agak mencabar kerana perlu berjalan agak jauh melalui laluan pejalan kaki yang agak curam, dan jaga-jaga juga dengan kehadiran monyet-monyet yang berkeliaran dan jangan diberikan makanan kerana khuatir mereka mungkin boleh bertindak agresif.

Laluannya juga berkonkrit & tidak perlu melalui laluan denai hutan untuk sampai ke sini. Di sepanjang perjalanan ke puncak, anda sebenarnya sudah boleh melihat beberapa kawasan kolam air terjun yang kecil. Airnya jernih & tidak berkeladak seperti sesetengah destinasi lain. Di kawasan tadahan utamaair terjunnya yang berada di puncak juga tidaklah terlalu besar tetapi sesuai untuk orang dewasa berendam atau berenang secara santai-santai.

Kebiasaannya, waktu terbaik untuk ke Air Terjun Temurun adalah antara Ogos-Januari kerana lebih banyak air & Febuari-Julai pula merupakan musim taburan hujan yang rendah.

This image has an empty alt attribute; its file name is Picture-3.jpg

4. Tasik Dayang Bunting

Tasik ini terletak di Pulau Dayang Bunting kira-kira 4 km dari pulau besar Langkawi dan untuk tiba ke sini, anda perlu menaiki bot & majoriti operator “island hopping” di sekitar Pekan Kuah atau di Pantai Cenang, akan singgah di Tasik Dayang Bunting ini.

Tasik Dayang Bunting ini hanya 100 meter sahaja dari kawasan air laut. Sebaik sahaja bot berlabuh di Pulau Dayang Bunting, anda hanya perlu berjalan kaki & mendaki anak tangga sedikit untuk sampai ke tasik ini. Di sini anda boleh melakukan banyak aktiviti seperti mandi manda, paddle boat dan berkayak.

Walaupun air tasik ini kelihatan dalam, anda jangan risau kerana terdapat kawasan berkolam khas yang dibina untuk pengunjung & kanak-kanak bersuka ria. Malah, jaket keselamatan juga akan diberikan.

5. Kota Mahsuri

Kita selalu disajikan dengan kisah lagenda Mahsuri sewaktu bangku sekolah kan? Jika ini adalah kali pertama anda bercuti di Langkawi, Makam Mahsuri sudah tentu menjadi antara tempat menarik untuk anda lawati kerana sering mendengar kisah lagenda ini dari kecil!

Kota Mahsuri merupakan destinasi pelancongan dalam kategori tempat bersejarah kerana di sini terletaknya Makam Mahsuri, replika rumah tradisional, pameran visual seperti muzium, melihat diorama silam & juga Telaga Mahsuri. Galeri-galeri pameran visual banyak mengetengahkan barangan lama & klasik seperti senjata, barangan perhiasan serta juga informasi berkenaan dengan Mahsuri. Kalau nak tahu, anda juga boleh melihat gambar waris keturunan Mahsuri yang masih hidup sehingga kini.

Namun, bagi mereka yang tidak berminat dengan aktiviti bersejarah, Kak Long pesan destinasi ini mungkin tidak sesuai untuk anda tau!

Foto Ihsan: Naturally Langkawi

Macamana? Rasa tertarik tak untuk datang mengunjungi Langkawi sementelah lagi kita sudah pun lama berkurung di rumah, mungkin ini tempat dan masanya untuk anda menenangkan fikiran di samping mereka yang tersayang? Jangan lupa juga, jika anda melakukan perjalanan jauh ke Langkawi pastikan diri anda dan keluarga dilindungi sepenuhnya. Di EZTakaful, kami menyediakan perlindungan kemalangan diri komprehensif yang dapat membantu melindungi anda dan keluarga dari sebarang perkara yang tidak dijangka sewaktu anda bercuti! Sampai sini saja topik cuti-cuti Malaysia Kak Long, kita jumpa lagi di minggu hadapan. Jaga diri, jaga SOP!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.