fbpx

Kak Long│Tips Berguna Buat Wanita Apabila Menghadapi 5 Situasi Cemas

Paling baik adalah belajar seni mempertahankan diri, namun dalam situasi-situasi yang tidak terduga dan dalam keadaan kita masih belum khatam ilmu seni mempertahankan diri, tips ini sedikit sebanyak mungkin dapat membantu kita menyelamatkan nyawa (dan maruah!) walaupun diserang oleh lelaki yang umum mengetahui mempunyai fizikal dan tenaga yang lebih kuat daripada wanita!

Situasi 1: Didatangi lelaki yang mencurigakan apabila berada di dalam lif

Setelah berada di dalam lif, katakan anda sebenarnya menuju ke tingkat 10, pastikan anda menekan butang lif setiap tingkat daripada tingkat 1 ke tingkat 10 (destinasi sebenar anda). Ini kerana tiada siapa berani menyerang anda sekiranya pintu lif berhenti dan terbuka di setiap tingkat.

Situasi 2: Rumah dipecah masuk sewaktu anda berseorangan

Lari ke dapur! Ini kerana anda seorang saja yang berkemungkinan tahu di mana letaknya serbuk cili dan kunyit disimpan, atau kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh menjadi senjata maut untuk mempertahankan diri anda.

Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada sambil menjerit. Ingat, BUNYI KUAT DAN BISING adalah musuh utama penjenayah, biarkan alatan dapur rosak asalkan nyawa anda selamat.

Situasi 3: Diekori oleh lelaki yang mencurigakan sewaktu berjalan seorang diri

Ubah laluan anda secara tiba-tiba, menyeberang jalan, mempercepatkan Langkah atau pergi ke Kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda ke arus bertentangan.

Ini akan melengahkan masa mereka untuk berpatah balik dan memungkinkan mereka berputus asa dan mencari mangsa yang lain.Namun jika mereka tetap mengekori anda, pusing dan jerit “Apa yang kau nak?!” sekuat-kuatnya dan segarang yang mungkin kerana ia berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebilangan besar penyerang. Bersedia untuk menggunakan “self-alarm” atau penyembur lada sekiranya situasi melarat.

Situasi 4: Terpaksa menaiki pengangkutan awam bersendirian

Terutamanya ramai yang terpaksa menggunakan perkhidmatan e-hailing, apabila anda memasuki kereta, hubungi keluarga atau rakan-rakan dengan menyebut nama pemandu dan nombor pendaftaran kereta e-hailing dalam Bahasa yang difahami oleh pemandu. Walaupun tiada yang mengangkat panggilan telefon anda, berpura-pura saja seolah-olah anda memberitahu maklumat tersebut melalui telefon.

Hal ini membuatkan pemandu sedar ada orang lain yang mengetahui maklumat kenderaan yang anda naiki dan sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini, dia pasti akan menghadapi masalah yang besar!

Situasi 5: Pemandu e-hailing masih mengubah hala pemanduan

Anda sudah memberi maklumat pemandu dan nombor pendaftaran kenderaan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan namun dia masih mengubah hala pemanduan ke tempat lain, dan anda panik apabila ia mula menuju ke Kawasan sunyi atau hutan?

Gunakan tali beg anda untuk menjerut leher pemandu sekuat-kuatnya dari belakang , namun jika tali beg anda pendek, Tarik kolar baju pemandu sekuat hati, dalam masa beberapa saat dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Ini juga peluang anda untuk lari dari kenderaan!

Pastikan juga anda dilindungi setiap masa, mana tahu kan anda mungkin mengalami kemalangan atau cedera akibat bergelut dengan penyerang anda! Di EZTakaful anda boleh memilih pelbagai jenis pelan perlindungan untuk diri anda dengan harga yang amat berpatutan, pendaftaran juga cukup mudah tanpa perlu pemeriksaan perubatan. Dengan hanya satu klik di www.EZTakaful.com.my anda boleh mulakan perlindungan anda dengan pantas dan mudah!

Itu saja coretan Kak Long hari ini, kita berjumpa lagi di minggu depan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.