fbpx

Kak Long│Tak Perlu Rentas Negeri, KL Pun ada Tempat Lepak Best!

1. Sekeping Serendah, Kuala Lumpur

Terletak di Serendah dan hanya 1 jam kalau memandu dari Kuala Lumpur, tempat ini merupakan tempat yang terbaik untuk peminat nature. Persekitaran yang tenang dengan hanya dikelilingi pokok-pokok, kicauan burung dan unggas persis berada di kampung halaman, sesuai untuk percutian dengan rakan-rakan atau keluarga.

Alamat : No. 48, Off Kuala Lumpur, Jalan Tenggiri, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 017-207 5977

Web : www.Sekeping.com

Nak melepak saja dan taknak bermalam, tapi nak pemandangan yang best  untuk muat turun ke Instagram atau Facebook? Kawasan yang dulunya lesu, sekarang dah segar sikit. Dan ada pilihan latarbelakang nak bergambar cantik-cantik. Ada masjid, ada bangunan mural kat atas tu dan juga ada kawasan di jambatan sungai bila malam. Pemandangan waktu malam di River of Life ni sangat cantik dihiasi simbahan cahaya lampu! Tapi hati-hati ya, di sini berdekatan dengan Masjid Jamek/ Pasar Seni yang ramai dihuni oleh golongan gelandangan, jadi pastikan anda tidak berseorangan ya.

2. River of Life

Nak melepak saja dan taknak bermalam, tapi nak pemandangan yang best  untuk muat turun ke Instagram atau Facebook ? Kawasan yang dulunya lesu, sekarang dah segar sikit. Dan ada pilihan latarbelakang nak bergambar cantik-cantik. Ada masjid, ada bangunan mural kat atas tu dan juga ada kawasan di jambatan sungai bila malam. Pemandangan waktu malam di River of Life ni sangat cantik dihiasi simbahan cahaya lampu ! Tapi hati-hati ya, di sini berdekatan dengan Masjid Jamek/ Pasar Seni yang ramai dihuni oleh golongan gelandangan, jadi pastikan anda tidak berseorangan ya.

2 minit saja berjalan kaki dari Sultan Abdul Samad Building

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Foto ihsan Google

3. Kafe Kleptokrat

Apa lagi yang paling best nak buat dengan kawan-kawan kalau bukan melepak dan makan, kan? Kafe ni bukan sahaja cantik, tapi juga menyajikan hidangan fusión yang lazat! Bila duduk sini, rasanya macam ala-ala makan kat kafe di tepi pantai di luar negara.

Alamat: 18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tutup Setiap Hari Isnin

Telefon: 012-876 0262

4. Saloma Bridge / Jambatan Saloma

Jambatan Saloma merupakan jambatan sepanjang 69 meter yang menggabungkan laluan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal, di bina melangkaui sungai Klang yang menghubungkan KLCC dan Kampung Baru. Dia punya binaan yang cantik, Masya Allah, terasa macam supermodel pula bila bergambar kat sini.

Alamat : Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

5. Rumah Penghulu Abu Seman

Rindu kampung ? Pergi saja ke sini. umah ini merupakan rumah tradisional melayu yang dibina antara tahun 1910 ke awal 1930-an. Pemilik asalnya adalah ketua kampung Mukim Bagan Samak yang terletak di Kedah dan lokasi asal rumah ini adalah di Kampung Sungai Kechil.

Pada tahun 1996 Badan Warisan Malaysia telah menyelamatkan rumah ini daripada kerosakan dan dialihkan ke lokasinya sekarang di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur untuk dijadikan contoh rumah melayu lama kepada generasi moden. Rumah ini dikelilingi oleh taman yang ditumbuhi pokok-pokok herba tradisonal.

Alamat: Badan Warisan Malaysia, 2, Jalan Stonor, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon03-2144 9273

Foto ihsan Google

Kak Long harap semua masih mengamalkan SOP yang disarankan oleh kerajaan dan sentiasa berjaga-jaga di mana juga korang semua berada. Jangan lupa juga mendaftar untuk mendapatkan vaksin supaya kita dapat dihindari dari Covid-19 #kitajagakita

Semoga kita berjumpa lagi di minggu hadapan dengan topik menarik yang lain!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.