fbpx

Kak Long│Pulau Crete & Misteri Bilik 105

Kami memilih penginapan di salah sebuah hotel 5 Bintang yang sangat cantik dengan pemandangan pantai Knossos dinamakan Knossos Beach Bungalows and Suites.

Pondok rehat yang dikhaskan untuk tetamu di Knossos Beach Bungalows and Suite, selesa sangat bersantai di atas tempat duduk yang empuk. Mata pun sah-sah cepat layu bila letak je kepala kat bantal dengan cuaca sejuk dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.

Terdapat beberapa jenis bilik di sini antaranya Standard Room, Superior Bungalow with Waterfront View dan Sea View Spa Suite with Private Pool. Klik laman web rasmi mereka di sini kalau nak tengok dengan lebih lanjut sebab Kak Long malas nak taip satu-satu. Hehe…

Kak Long punya bilik standard je TETAPI awesome sangat sebab betul-betul mengadap laut. Ini pemandangan yang Kak Long dapat tengok dari balkoni bilik.

Bila perhati betul-betul, pinggir pantainya terdiri daripada pasir yang berwarna hitam!

Cuaca pada masa ni sangat sejuk, dalam 17 darjah celcius tapi ada juga orang yang berendam, Kak Long tak faham macamana dia boleh tahan sedangkan Kak Long dah pakai baju sampai 3 lapis!

Belanja lagi gambar pemandangan pantai dari balkoni kasi korang jeles sikit!

Gambar wajib. Selfieeee! Nanti orang tak percaya pulak Kak Long datang sini.

Hotel ini mempunyai kemudahan asas seperti restoran, gym dan spa urutan termasuk kelas yoga dan pilates. Yang musykil sikit tu, Kak Long baru tau, ramai juga yang mendapatkan rawatan akupunktur di sini dan pembedahan plastik!

Tapi mengikut pengamatan Kak Long, rata-rata yang datang ke sini merupakan warga emas yang berumur 50 tahun ke atas. Sampai sekarang Kak Long masih musykil dan tertanya-tanya kenapa . Mungkin tempat percutian ini popular di kalangan mereka yang sudah bersara kot? Kalau betul, memang benar apa yang Kak Long dengar selama ni iaitu warga emas Barat kebiasaannya memilih untuk menggunakan wang persaraan mereka untuk bercuti dan menenangkan fikiran.

Dan kenapa Kak Long cakap tempat ni misteri?

Bilik Kak Long bernombor 105……. Bilik memang cantik dan bersih walaupun kecil sikit tetapi…

Hari pertama je, Kak Long berhempas pulas nak keluarkan diri dari bilik sebab pintu sliding tersekat sedangkan baru sebentar tadi orang hotel tunjukkan cara buka tak nampak langsung susahnya.  Tu belum kira bila masuk saja bilik mandi boleh rasa bulu tengkuk meremang sebab macam ada orang perhatikan dari belakang. Tapi Kak Long ingat mungkin sebab cuaca sejuk sangat.

Malam kedua masih perasaan yang sama tapi tak ada apa-apa yang ganjil berlaku.

Paginya bila bangun Kak Long kemaskan kertas-kertas check in dan kertas dari bagasi, boleh tahan banyak sampai penuh tong sampah. Tambahan pula keesokannya nak check out dah, jadi kemaskan la sikit sebanyak dan malam tu lepas balik dari berjalan, Kak Long tido awal sebab memang penat sangat.

Pukul 3.30 pagi. Kak Long terdengar bunyi kertas berserakan yang membuatkan Kak Long terjaga. Kak Long duduk di atas katil dan mata terpisat-pisat cari arah bunyi kertas tadi. Nak tau apa jadi? Kertas yang Kak Long buang dalam tong sampah semuanya terletak di atas meja! Dan kipas yang tak pernah dipasang sebelum ini, elok je berputar laju! Sambil Kak Long taip ni, Kak Long masih ingat rasa seram Kak Long bila nampak kejadian tu. Kak Long melompat bangun untuk memeriksa bilik kot-kot ada orang ceroboh masuk tapi tak ada pula tanda-tanda pintu dibuka. Siapa pula rajin sangat angkut kertas dari tong sampah dan pasangkan kipas??!!!!

Sudahnya, Kak Long bungkus diri dalam selimut sampai tutup muka sebab takut, dalam hati berdoa banyak-banyak supaya cepat siang! Fuh!!! Korang pernah tak mengalami pengalaman yang pelik macam ni bila pergi bercuti?

Lepas habis baca blog ni, jangan lupa pula  layari Facebook EZTakaful atau layari laman web EZTakaful kerana kami menawarkan manfaat-manfaat perlindungan sehingga  RM1 juta, dari serendah RM10 sahaja sebulan! Anda juga mempunyai pilihan untuk menyesuaikan pelan anda dengan manfaat-manfaat tambahan yang mampu memenuhi cita rasa dan keperluan perlindungan anda.

Penting tau ada perlindungan kemalangan diri ni terutama bila kembara ke luar negeri, banyak duit dah dilabur untuk percutian tak nak la pula nanti terpaksa berkorban lebih wang ringgit jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kan. EZTakaful menyediakan perlindungan 24 jam di dalam dan luar negara!

Kita berjumpa lagi minggu depan! Salam ceria!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.