fbpx

Kak Long│Pilihanraya 2022: Tak Dapat Balik? Tiket Kapalterbang Mahal? Undi Pos Je!

Tarikh Permohonan Undi Pos PRU-15

1. Kategori 1A

(Petugas Pilihan Raya, ahli / pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera, dan petugas media)

Tarikh tutup bagi kategori ini adalah pada 2 November 2022.

Permohonan undi pos boleh dipohon secara manual menggunakan Borang 1A. Borang boleh dimuat turun dari portal rasmi SPR dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan.

2. Kategori 1B

(Warganegara Malaysia yang berada di luar negara)

Tarikh tutup bagi kategori ini adalah pada 23 Oktober 2022.

3. Kategori 1C

(Agensi/Organisasi)

Tarikh tutup bagi kategori ini adalah pada 26 Oktober 2022.

Bagi kedua-dua kategori 1B dan 1C, permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui portal MySPR.

Alamat dan maklumat Pejabat Pegawai Pengurus boleh dirujuk di portal rasmi SPR.

Cara Daftar Undi Pos Online.

Berikut dikongsikan cara untuk mendaftar sebagai pengundi pos online di Portal SPR.

Sini Kak Long kasik screenshot gambar dengan step by step supaya senang korang nak hantar undi secara pos ni.

1) Layari laman web dan klik PERKHIDMATAN DALAM TALIAN.

2) Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.

3) Di bahagian kiri, anda akan nampak bahagian PERMOHONAN UNDI POS. Klik pada bahagian tersebut.

4) Sila lengkapkan maklumat Bahagian A dan semak maklumat dengan teliti. Lengkapkan setiap bahagian dan isikan nombor telefon dengan lengkap. Setelah lengkap, tandakan (/) pada kotak pengakuan dan klik DAFTAR.

5) Isikan no TAC yang dihantar ke e-mel anda.

6) Sahkan maklumat seterusnya.

7) Selesai. Anda boleh memuat turun Borang 1B untuk simpanan rekod masing-masing.

Sumber: Astro Awani, mySPR

Rasanya sampai sini saja coretan Kak Long, kita jumpa lagi minggu depan! Dan jangan lupa sambil check mySPR online tu, check juga website www.EZTakaful.com.my sebab kat sini korang boleh sign up banyak pelan perlindungan yang menarik untuk korang seisi keluarga, dah la murah, mudah je nak sign up melalui online! Check it out sekarang juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.