Kak Long│Pantang Larang Masuk Hutan

Baru-baru ni Kak Long berkesempatan untuk balik kampung di Kuching, Sarawak dan kebetulan sekarang ni tengan musim durian. Mak kata kat dusun kampung, durian dah berlumba-lumba jatuh. Excited betul Kak Long dengar, belum panas punggung duduk kat rumah Kak Long dah sarung kasut but dan ajak mak dan kawan masuk dusun yang terletak dalam 3 kilometer dari rumah.

Perjalanan dalam lebih setengah jam melalui denai dan sungai kecil. Bila lihat sungai kecil tu, Kak Long teringat mak pernah pesan, kalau-kalau tersesat dalam hutan, ikut saja arah sungai mengalir gerenti akan jumpa balik jalan pulang.

Jalan punya jalan, dalam lebih kurang 30 minit kami sampai. Punya la tinggi semak-semak diselang seli dengan rimbunan pokok liar dan buluh, jadi kami duduk sekejap buat unggun api untuk menghalau nyamuk.

Dah siap unggun api, Kak Long bagitau mak nak pergi periksa pokok durian di sekitar dusun kami yang berkeluasan lebih kurang 3 ekar. Mak pesan lagi “Jangan lupa mintak izin!” – mengikut kepercayaan orang-orang tua kampung Kak Long, kalau tak biasa masuk hutan kena kasi salam dulu atau minta “izin” lebih kurang macam ni “Tok, cucu mintak izin nak masuk hutan”. Percakapan juga kena jaga dan jangan sesekali bercakap besar atau riak sebab dikhuatiri berlaku sesuatu yang tidak diingini. Baca doa!

Bergelimpangan buah durian yang baru dan lama. Gembira betul bila nampak durian depan mata sebab kat KL susah nak dapat!

Lagi satu Kak Long teringat, kalau tengah jalan dalam hutan dengan kawan, tiba-tiba nampak kawan jalan lajuuuu je panggil nama dia 3 kali, Kalau dia tak jawab, jangan ikut. Confirm tu bukan kawan korang tapi jelmaan! Silap-silap korang yang sesat nanti.

Sambil-sambil melihat pokok durian mana yang berbuah, lebih kurang 10 pokok macam tu Kak Long ternampak satu busut tanah yang tinggi kat salah satu perdu pokok durian. Kak Long diam saja tak nak tegur. Ada sebabnya Kak Long nak pesan, kalau nampak benda pelik-pelik dalam hutan, jangan tegur. Kak Long nak cerita lagi satu pengalaman Kak Long masa kecil dulu bermalam kat dusun durian, tengah berjalan menuju ke pondok ternampak lampu pelita menyala. Kak Long punya ramah mulut tanya “Oi, siapa tu?” Sekali lampu pelita makin dekat dan Kak Long tengok “orang” tu badan separuh je jalan takda kaki! Bayangkan tak cukup tanah Kak Long berlari sambil menjerit ke arah pondok sambil gigil-gigil cerita kat nenek.

Pondok dusun kami yang simple. Cukup lah untuk berteduh dari hujan panas sambil tunggu durian hehe

Itu saja Kak Long nak kongsi. Tapi, jangan pula percaya bulat-bulat karang orang ingat Kak Long kasi ajaran sesat. Kak Long cuma berkongsi berdasarkan pengalaman dan amalan mengikut pesanan orang tua-tua di mana Kak Long membesar. Tempat lain mungkin berbeza pantang-larang dan kepercayaannya.

Seperti biasa, angan lupa layari Facebook EZTakaful atau layari laman web EZTakaful dan dapatkan pelan perlindungan kemalangan yang kami tawarkan dengan jumlah manfaat sehingga  RM1 juta, dari serendah RM10 sahaja sebulan! Anda juga mempunyai pilihan untuk menyesuaikan pelan anda dengan manfaat-manfaat tambahan yang mampu memenuhi cita rasa dan keperluan perlindungan anda.

Jumpa lagi minggu depan. Salam Ceria!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

WhatsApp +6017 3526122

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.