fbpx

Kak Long│Momen Indah Di Cappadocia, Turki

Turki terdiri daripada dua benua, sebahagian besar negara yang didiami 80 juta penduduk iaitu 97% keluasannya terletak di Benua Asia dan selebihnya terletak di Benua Eropah.

Cappadocia pula adalah sejauh 12 jam perjalanan menggunakan bas dari pusat bandar Istanbul. Dan di Cappadocia, tak sah kalau tak menaiki belon udara panas yang merupakan salah satu aktiviti paling terkenal di sana. Harga yang Kak Long bayar sewaktu Kak Long berada di sana adalah sebanyak USD 250 bersamaan dengan RM1,162. Betul, memang mahal bagi golongan B40 macam Kak Long malah tak dinafikan antara ayat-ayat yang Kak Long dengar bila Kak Long membuat keputusan nak cuba belon udara panas ni adalah

 “Alah! Buat apa nak bazir duit naik belon, lebih baik beli barang souvenir”

“Baca review dulu dalam Google, banyak cakap tak berbaloi!”

“Cuba tengok dalam Google tu, cantik lagi ambil gambar pemandangan belon dari bawah berbanding dok dalam belon tu berhimpit tak nampak apa”

“Kawan aku baru balik dari Turki dan naik belon udara panas ni, memang menyesal habis lah perabis duit naik benda alah ni”

Tapi… Kak Long pekakkan telinga. Dah lama Kak Long pendam impian untuk ke Cappadocia, Turki jadi biarlah sekali ni Kak Long naik belon udara panas sebagai memori seumur hidup sebab Kak Long pun tak tahu kalau nanti punya masa atau bajet untuk ke sini lagi. Lagipun pepatah mengatakan, tak cuba tak tahu, betul tak?

Jadi pada keesokkan harinya tepat pukul 5 pagi, ejen yang menawarkan perkhidmatan belon udara panas ni tiba di hotel untuk membawa kami ke tempat pelepasan belon udara.

Awal sangat? Ye, Kak Long bangun seawall 4 pagi untuk bersiap dan dalam masa yang sama takut terlepas van. Ingin diingatkan, belon panas ini dijadualkan untuk berlepas tepat pukul 7 pagi. Masa antara pukul 7 hingga 8 pagi merupakan masa yang paling sesuai untuk menerbangkan belon kerana angin yang tenang. Jika tiupan angin melebihi 117 km/j, pihak berkuasa akan menghentikan aktiviti penerbangan belon udara.

Waktu menunjukkan 6.30 pagi sewaktu kami sampai nak nampak belon udara sedang diisi angin. Masa ni rasa excited tu memang lain macam.

Belon dah start menegak dan bersedia untuk dinaiki. Bakul atau gondola ni muat untuk 8 ke 28 orang, dan pastikan anda terutamanya yang perempuan, pakai seluar sebab anda kena memanjat bakul ni. Terkial-kial juga Kak Long yang berbadan plus size ni nak panjat sampaikan tertendang penumpang lain!

Satu lagi Kak Long nak ingatkan, jangan terlalu meletak harapan yang tinggi bahawasanya anda akan dapat berposing kat dalam bakul ni nanti kerana, bakul ini dibahagikan kepada 6 bahagian dan amat sempit. Muat muat je untuk 4 ke 5 orang berdiri. Rendahkan harapan anda, dan insyaAllah anda tidak akan merasa kecewa melihat keadaan sewaktu menaiki belon ni.

Siapa kata pemandangan belon dari bawah lebih cantik? Sebenarnya bila belon udara panas mula naik, anda akan teruja melihat belon-belon udara panas yang lain naik sama, macam lihat mentol lampu yang terapung di udara kerana pelbagai warna dan tahap ketinggian. Tak dapat Kak Long bayangkan dengan kata-kata bila lihat keindahan pemandangan tu!

Pilot atau pemandu penerbang belon udara panas juga amat berpengalaman, dan bukan saja menerbangkan belon udara panas ke tahap tinggi, malah sesekala dia akan turun agar kami dapat melihat landskap batu-batu yang terkenal di Cappadocia. Ada tikannya, pilot macam sengaja mengusik kami dengan mendekatkan belon ke arah batu yang tajam, jadi terjerit-jerit la penumpang ketakutan kerana bimbang belon udara bocor di cucuk batu tajam tersebut. Tapi jangan bimbang, mereka tahu apa yang mereka lakukan dan Kak Long yang gayat ni pun boleh enjoy dok dalam bakul tu tanpa rasa takut.

Paling best bila matahari mula naik, Subhanallah! Tak perlu Kak Long huraikan, tapi anda tengok sendiri keindahan alam ciptaanNya pada waktu ini

Setelah 1 jam, belon akan mendarat. Masa ni memang rasa sedih sangat ☹ Rasa nak dok lama-lama atas tu. Bila sampai di bawah, dilihat krew sudah pun menyediakan meja dengan gelas camphagne tapi jangan risau, air yang dihidangkan jus sahaja, tidak mengandungi alkohol. Ia sebagai menandakan ucap selamat kerana selamat mendarat dan juga di upacara ini anda akan diberikan sijil. Ye, naik belon udara panas pun dapat sijil ye!

Kesimpulannya, biar apa yang orang lain katakan, jika anda pergi ke sini, cubalah pengalaman menaiki belon udara panas. Gambar atau penulisan Kak Long tidak cukup untuk menggambarkan perasaan sebenar dan keindahan yang dilalui sewaktu berada di udara. Terlalu indah dan satu-satunya memori yang Kak Long akan sentiasa syukuri dan simpan dengan kemas di lipatan memori.

Tipu kalau Kak Long tak risau masa berada di atas, ada tikanya Kak Long terfikir apa akan terjadi jika tiba tiba belon terhempas akibat masalah teknikal atau cuaca buruk? Tiada sebarang parachute atau apa apa alatan keselamatan pun, dan dengan keadaan batu-bata di Cappadocia, Tuhan saja tahu apa akan jadi sekiranya bencana benar berlaku. Sebab itu Kak Long sentiasa pastikan walau di mana Kak Long berada, Kak Long kekal dilindungi dengan pelan perlindungan kemalangan diri yang komprehensif dari EZTakaful, Bukan saja had perlindungannya yang tinggi malah harganya amat berpatutan. Senang je nak mohon, cuma klik www.EZTakaful.com.my dan penerimaan adalah serta merta tanpa pemeriksaan perubatan!

Jumpa lagi di minggu hadapan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.