Kak Long│Merentas lautan Teh & Strawberi di Cameron Highland

Terdapat 2 jalan untuk ke Cameron Highland daripada Kuala Lumpur iaitu melalui Tol Tapah atau Tol Simpang Pulai.

Melalui Tapah, bukitnya sangat curam dan selekohnya amat tajam dengan jalan yang bengkang bengkok. Tidak disarankan untuk memandu melalui jalan ini jika anda tak biasa. Dan ini juga sebab kenapa selama bertahun-tahun ni Kak Long tak pernah jejak kaki ke Cameron Highland sebab fobia.

Melalui jalan baru Simpang Pulai, ianya masih jalan berbukit tapi tidak curam dan jalan bengkang-bengkoknya tidak seteruk Tapah. Namun perjalanan melalui jalan ini adalah sejam lebih lama dari melalui Tapah. Dan bersedia juga untuk melalui kesesakan terutamanya di musim cuti sekolah seperti sekarang.

Kak Long memandu sendiri melalui Tol Simpang Pulai, bergerak dari KL pada pukul 10.30 pagi dan sampai ke Tanah Rata Cameron Highland pada pukul 3 petang. Lebih kurang 4 jam lebih tempoh perjalan gitu.

Tempat pertama yang Kak Long pergi adalah Bharat Tea Plantation ataupun Cameron Tea Valley yang terletak di Tanah Rata.

Percaya atau tak, sebelum sampai ke sini Kak Long tanya penjaga tandas di Tanah Rata mana satu lokasi yang patut Kak Long pergi. Dia yang sarankan tempat ni dan memang tak menyesal!

Bila sampai ini lah pemandangan yang menyambut kedatangan Kak Long. Punya la luas lautan pokok teh ni dan sungguh hijau, tenang saja mata memandang. Bayaran masuk adalah RM2 seorang.

Tangan tu jangan gatal nak petik daun teh kalau tak nak kena saman!

Tempat tinjau dan rehat ladang teh jika anda tidak mahu berjalan melalui laluan-laluan bertanah di antara pokok teh.

Restoran nya yang sentiasa penuh dengan pengunjung, dan di sini anda boleh menikmati makanan dan minuman berunsurkan teh yang unik yang tidak mungkin anda dapati di tempat lain.

Kedai cenderamata jika anda ingin membawa balik pelbagai jenis dan perisa teh untuk dijadikan cenderahati kepada keluarga dan kawan-kawan. Antara perisa yang terdapat di sini adalah oren, strawberi, lemon, dan blackcurrant.

Hentian seterusnya adalah Big Red Strawberry Farm yang terletak di bandar Brinchang. Banyak taman strawberi di sekitar Cameron Highland tapi Kak Long pilih taman ini selepas menyemak Google dan lihat ia mendapat rating tertinggi dari pengunjung. Tempat ini dibuka dari pukul 8.30 pagi sehingga 6.00 petang dan yang paling best tu anda boleh memetik sendiri strawberi yang anda ingin beli!

Pintu masuk ke taman sayuran. Sangat cantik dan meriah dengan pengunjung.

Anda bukan sahaja boleh melihat pokok strawberi tetapi juga sayur-sayuran organik yang ditanam secara hidrofonik.

Deretan pasu pokok strawberi dengan buah strawberi yang bergantungan.

Haaa! Ni yang best! Anda boleh memetik sendiri strawberi bagi yang dah lama berangan-angan macam Kak Long tu.

Tempat ini mempunyai restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman berasaskan strawberi. Macam yang Kak Long pesan ni merupakan ice blended strawberi, waffle strawberi dengan aiskrim dan stawberi dengan fondue coklat.

Banyak lagi tempat menarik yang Kak Long boleh lawati tapi sebab hari pun dah gelap dan Kak Long pula tak berapa mahir memandu jauh, Kak Long buat keputusan untuk balik dan mungkin buat kunjungan lain di lain hari pula.

Amacam? Berminat tak nak pergi bagi siapa-siapa yang first timer macam Kak Long? Kalau ya, rancang perjalanan anda lebih awal dan jangan lupa masukkan sekali pelan perlindungan supaya fikiran tu lebih tenang untuk bercuti. Layari Facebook EZTakaful atau layari laman web EZTakaful kerana kami menawarkan manfaat-manfaat perlindungan sehingga  RM1 juta, dari serendah RM10 sahaja sebulan di mana anda juga boleh membuat pendaftaran serta merta secara atas talian!

Jumpa lagi di minggu hadapan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

WhatsApp +6017 3526122

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.