fbpx

Kak Long│Mengimbau Kenangan Tanpa Gadget (dan Covid-19!)

Sudah tentu, banyak bahan bacaan terdapat secara online. Tetapi takkan sama dengan nikmat membelek dari satu halaman ke halaman yang lain sambil  menanda bahan bacaan dengan penanda buku pelbagai rekabentuk menarik.

Kalau kita lihat sekarang ini, media sosial dan gadget banyak mengambil alih peranan dalam kehidupan. Bagi Kak Long, ada baik dan ada buruknya, tapi apa yang pasti, bagi Kak Long yang paling tak best adalah bagaimana ia membantutkan pergaulan terutamanya di kalangan kanak-kanak. Kalau korang perasan, di mana-mana anda pergi masing-masing mata tertancap di skrin telefon pintar atau ipad/tab walaupun keluar beramai-ramai. Hatta duduk semeja pun “bercakap” pakai WhatsApp!

Menyebabkan Kak Long rasa syahdu dan rindu zaman dulu masa tahun 80-an dan 90-an. Nak tahu apa yang kami lakukan masa zaman kanak-kanak?

1. Main Dam Ular

Pemain dia selalunya terdiri daripada 2 hingga 4 orang, baling dadu dan tengok berapa petak korang perlu lalui. Paling nak menangis dan sampai ada yang tepuk lantai kalau kena petak ular yang paling panjang, dari petak 87 menggelongsor turun ke petak 24 terus!

2. Gubah bunga pakai straw / penyedut minuman

Bukan main lagi dulu habis straw kat kedai kena borong pakai duit belanja sekolah, sambil duduk-duduk dengan kawan beramai-ramai belajar buat bunga pakai straw. Banyak juga budak lelaki yang buat sebab nak kasi kekasih hati, kiranya nilai sentimental la kan sebab hadiah buat sendiri.

3. Main Teng-teng

Lukis bentuk teng-teng atas jalan kampung je guna kapur kalau jalan tar dan kalau atas padang pasir, guna ranting je sebagai penanda. Dia punya seronok melompat-lompat nak lawan pencapaian kawan tak payah cakap la, kadang-kadang sampai terjatuh dan bila balik, baju dan seluar comot kena piat telinga dengan mak.

4. Baling selipar

Selipar dibuat bentuk segitiga guna 3 belah selipar. Pemain kena baling dengan sebelah lagi selipar. Bukan sahaja melatih otot menjadi kuat sewaktu melakukan hayunan selipar malah dapat olahraga percuma bila kena lari.

5. Buat kad nama bergambar dan kumpul kad nama kawan-kawan

Masa ni ada majalah dan kedai yang menawarkan khidmat printing kad nama dengan pelbagai warna dan rekabentuk pilihan, tak perlu Facebook atau Instagram pun masa ni. Siap boleh letak gambar Artis pujaan ya! Masa ni siapa kumpul paling banyak memang popular sangat!

Sesungguhnya tahun 2020 ni segala-galanya berubah. Bukan saja buku buku fizikal dan majalah hampir hilang ditelan zaman, malah kemahiran social juga semakin pupus. Namun itu mungkin pendapat Kak Long saja ya. Pendapat anda mungkin berbeza. ?

Itu saja nukilan Kak Long untuk hari ini, semoga anda semua sentiasa kekal duduk rumah dan jaga diri anda ya! Berjumpa lagi di minggu hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.