fbpx

Kak Long│Little Rimba

Terletak di No.1, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan dibuka dari Selasa-Ahad, 7.30pagi-6.30 petang. Tel: 03-7733-6177.

Bagi yang familiar dengan Kawasan Taman Tun Dr Ismail, Lorong Datuk Sulaiman mempunyai deretan kafe dan restoran yang mana antaranya sangat popular seperti Thursdvys, Quar/Tet dan Rendezbrews. Dan kawasannya sangat tenang dikelilingi oleh kawasan perumahan dan kehijauan pokok-pokok yang merimbun.

Little Rimba merupakan salah satu anak syarikat terkenal Wondermilk di samping restoran Rimba & Rusa yang terletak di Surian Kota Damansara.

Berkonsep minimalist, persekitaran di Little Rimba sangat bersih dan teratur. Tempat duduk mungkin boleh memuatkan dalam 40-50 pengunjung dalam satu masa.

Selain makan dan minum, mereka juga menjual di kaunter bayaran terdapat deretan kemas pelbagai balang biskut dan kuih-muih untuk dijual, selain ramuan dan sos memasak termasuk serunding daging di jual di sudut berdekatan kaunter membayar.

Beg tote yang comel juga dijual di sini. Sesuai untuk pengunjung yang datang dari luar negara dan ingin membawa pulang ole-ole sebagai tanda ingatan.

Pelbagai kek sebagai juadah pencuci mulut, semuanya dibekalkan oleh Wondermilk. Nanti Kak Long bagitau review nya ya…baca sampai habis dulu.

Pernah makan Salted Egg Fish Skin yang popular di Singapore tu? Yang ni rasanya lebih kurang tetapi diperbuat daripada hirisan kentang dan berharga RM27. Pendapat Kak Long, harganya berbaloi sebab isinya sangat banyak dan semua orang pun tahu ramuan salted egg (telur masin) renyah dan mahal. 4.5/5 bintang

Menu paling laris, Nasi Lemak Cinta dengan Ayam Goreng Berempah RM15.00

Nasi Ayam Abu Suhaimi, RM15.00

Review? 4 bintang untuk Nasi Lemak Cinta dan mungkin 3 bintang untuk Nasi Ayam Abu Suhaimi. Nasi Lemak Cinta mengingatkan Kak Long kepada Nasi Lemak Village Park, Damansara Uptown tetapi mungkin masih tidak dapat menandingi rasanya.

Dan 3 bintang saja untuk Nasi Ayam Abu Suhaimi sebab walaupun nasinya cukup rasa, tetapi ayam rasa agak sejuk dan keras. Dan nampak macam ayam rebus biasa, di tuang dengan kicap.

Satu lagi, waktu menunggu sangat lama, lebih dari 25 minit! Bagi sesiapa yang memang dah sangat lapar, lupakanlah Little RImba atau anda boleh duduk dan mengunyah keropok Salted Egg sambil menunggu macam Kak Long.

Kedondong Sour Plum (RM5.20) dan Sirap Limau (RM3.30)

Review? Boooolehhlah macam yang biasa kita minum di kedai mamak cumanya harga di kedai mamak jauh lebih murah.

Carrot Cake dan Victoria Sandwich.

Okay, yang ni agak  mengecewakan Kak Long. Rasa kayu manis dalam Carrot Cake tu sangat ketara, sepatutnya Carrot kek gebu dan lebih kepada rasa kekacang, krim nya juga biasa-biasa saja. Victoria Sandwich paling mengecewakan kerana rasanya lebih kurang kek span keras dan tawar, dilapisi strawberry dan krim mentega.Tetapi, ini Cuma review Kak Long berdasarkan apa yang Kak Long pesan ya. Mungkin anda mahu mencuba menu lain seperti pasta, lontong, assam laksa, soto ayam dan aneka manisan lain yang mungkin lebih baik dari apa yang Kak Long pesan. Kak Long tak serik dan mungkin bagi peluang untuk mencuba makanan lain, mana tahu review lain kali boleh kasi 5 bintang  kan?

Jangan lupa ikuti blog Kak Long di minggu hadapan untuk lebih banyak tips-tips gaya hidup, sambil tu anda boleh layari Facebook EZTakaful atau layari laman web EZTakaful kerana di EZTakaful kami menawarkan manfaat-manfaat perlindungan sehingga RM1 juta, dari serendah RM10 sahaja sebulan! Menarikkan? Anda juga boleh memohon perlindungan untuk diri anda dan keluarga secara atas talian, mudah dan pantas!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.