fbpx

Kak Long│Korang Mungkin Tak Tau 5 Destinasi Percutian Ini Wujud di Malaysia!

1. Sea Horizon Resort, Johor: Glamping di Tebing Laut yang pertama di Malaysia!

Glamping yang bermaksud “Glamour + Camping” tentunya menjadi pilihan percutian bagi mereka yang sukakan alam sekitar. Istimewanya tempat ini,  ia mempunyai 2 buah dome berbentuk igloo untuk diinapi. Di mana korang boleh merenung ke luar melihat suasana pantai atau melihat bintang-bintang di waktu malam.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuk berbasikal, kayak, trekking, paragliding dan banyak lagi! Oh, dan korang kena cepat tau sebab dome igloo ini sentiasa penuh sampaikan berbulan-bulan baru dapat menempah!

Sea Horizon Resort

Lot 901, Kuala Sedili Besar, 81900 Kota Tinggi

Web: seahorizon.my

Foto ihsan Google

2. The Dusun, Negeri Sembilan

Terdapat 5 buah rumah dusun di mana 4 diperbuat sepenuhnya daripada kayu dan 1 berkonsepkan villa Jepun yang moden dan ada dua kolam infiniti untuk dikongsi yang menghadap rimbunan kehijauan hutan rimba. Dapat bayangkan tak betapa tenangnya suasana The Dusun ni?

Korang juga boleh membuat trekking ke air terjun berdekatan, melawat taman rusa dan burung, dan bagi yang datang beramai-ramai dengan rakan atau keluarga boleh membuat BBQ malam-malam. Oh, satu je Kak Long nak pesan. Sini takde WiFi, line internet jangan berharap sangat, tapi bagi Kak Long sangat okay sebab masa ini lah nak betul-betul bercuti dan jauh dari gangguan kerja atau medsos kan?

The Dusun, Negeri Sembilan

3437, Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Web: thedusun.com.my

Foto ihsan Google

3. Embun Luxury Villa, Janda Baik

Satu lagi tempat yang tersenarai dalam wishlist Kak Long. Dengan kolam renang persendirian dalam setiap bilik, dengan pemandangan hamparan kehijauan yang sangat menenangkan perasaan sangat sesuai untuk percutían keluarga ataupun pasangan yang inginkan percutían yang jauh dari hiruk pikuk ibu kota.

Pun sesuai untuk yang kuat berangan sebagai wanita elitis macam Kak Long…rasa macam have-have sangat perasaan bila duduk sini…

Embun Luxury Villa, Janda Baik

Hulu Sum-Sum, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Web: embunvillas.com

Foto ihsan Google

4. Bukit Larut / Maxwell Hill Perak

Kalau rasa Cameron Highland atau Genting Highland terlampau sesak tapi korang masih inginkan tempat yang sejuk dengan suhu 15 ke 20 degree, datanglah ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan. Pengunjung perlu menaiki jeep yang disediakan berikutan kedudukannya kira-kira 1,250 meter di atas paras laut.

Tempat penginapan juga disediakan bagi mereka yang ingin merasai percutian dalam suasana kedinginan semula jadi. Disediakan hiking trail untuk mereka yang ingin menerokai kawasan Bukit Larut. Flora dan faunanya juga masih kekal terpelihara.

Jalan Bukit Larut, Taiping Perak

Foto ihsan Google

5. Masbro Village, Melaka – Rumah warna warni ala Melbourne Australia!

Kalau korang dah biasa dengan hotel berwarna warni di Brighton Bridge Melbourne, Australia, korang kena cuba tempat ni! Walaupun nampak kecil, sebenarnya setiap rumah boleh memuatkan sehingga 6 orang dan tempat ni sangat sesuai untuk yang rajin selfie  dan tempat ini juga terkenal sebagai tempat untuk mengabadikan gambar perkahwinan!

Bila dah musim Covid dan sempadan masih tak dibuka, tempat ini mungkin boleh jadi tempat melepas gian melancong untuk kaki travel  macam Kak Long.

Masbro Village, Melaka

Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput,, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka

Web: masbrovillage.com

Foto ihsan Google

Tapi jangan kecam Kak Long dan ingat Kak Long ni menggalakkan orang keluar dari rumah tau! Kak Long cuma berkongsi tempat-tempat menarik yang mungkin korang boleh pergi bila waktunya sesuai, tak ramai orang dan bersesuaian dengan bajet. Kak Long harap semua sentiasa mengamalkan SOP yang disarankan oleh kerajaan dan sentiasa berjaga-jaga di mana juga korang semua berada. #kitajagakita

Semoga kita berjumpa lagi di minggu hadapan dengan topik menarik yang lain!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.