fbpx

Kak Long│Keunikan Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Terletak di Presint 5, berkeluasan 4 ekar dan dikelilingi oleh Tasik Putrajaya, lokasinya amat ideal kerana anda boleh melawat kesemua tarikan di Putrajaya dalam masa beberapa minit sahaja menggunakan teksi atau memandu sendiri. Mari lihat keindahan hotel ini dan kemudahan-kemudahan menanti pengunjung-pengunjung.

Pemandangan luar hotel di waktu malam, mengingatkan Kak Long kepada reka bentuk Minangkabau. Keseluruhan hotel ini dilimpahi dengan sinaran lampu, amat mudah untuk pengunjung-pengunjung mengecam hotel ini jalan utama.

Kubah di tengah-tengah kawasan hotel.

Kolam renang yang menghadap Tasik Putrajaya. Di waktu malam, cahaya lampu kolam ini bertukar cahaya di antara biru, hijau, merah dan putih. Amat cantik.

Kolam renang di tengah-tengah kawasan hotel juga dikenali sebagai “Shimmer Infinity Pool”

Menara jam yang unik. Di waktu malam, Menara Jam ini kelihatan gah disinari lampu-lampu yang terang.

Seakan-akan kampung terapung dengan bumbung atap, di sini terletaknya Restoran The Village yang menyajikan makanan Mediterranean moden dan Asian kontemporari.

Kawasan ruang legar yang moden

Bilik suite

Antara salah satu bilik hotel yang sangat bersih, kemas dengan rekaan moden. Minimal tetapi tampak mewah.

Bilik gimnasium untuk mereka yang mementingkan kecerdasan

Jangan tak tahu, hotel ini juga menawarkan kemudahan ruang lounge karaoke sekiranya anda ingin bersantai atau melepas gian menyanyi bersama kawan-kawan atau keluarga.

Ruang Lounge Eksekutif untuk berehat-rehat sambil menikmati minum petang.

Menarik kan? Sekiranya anda tidak mahu bermalam, anda boleh datang ke sini untuk menjamu selera di restoran-restorannya, atau menempah perkhidmatan spa yang mempunyai ulasan 5 bintang dari pengunjung-pengunjungnya. Sebarang tempahan atau pertanyaan lawati laman web mereka di http://www.pullmanputrajaya.com. 

Jangan lupa juga untuk melayari laman EZTakaful kerana di sini kami menawarkan pelbagai pelan-pelan perlindungan kemalangan diri yang sangat komprehensif dengan bayaran pampasan tunai sehingga RM1 juta dengan sumbangan bulanan serendah RM10 sahaja!

Itu saja blog Kak Long untuk hari ni, kita bertemu lagi di minggu depan. Salam Ceria!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.