fbpx

Kak Long│Kesan Positif PKP dan Norma Baharu

Sebut pasal PKP dan norma baru ni, Kak Long tergerak hati nak tulis balik definisi norma baru , sebab masa Kak Long pergi salah satu pusat beli belah haritu, ada satu restoran (nama dirahsiakan) punya la ramai duduk makan dekat-dekat dan kebanyakan tak pakai penutup muka pun! Yang berbaris menunggu giliran masuk pun begitu, dengan barisan yang panjang dan jarak masing-masing lebih kurang 5 inci je! Geleng kepala Kak Long tengok ye!

Jadi, dalam bahasa mudahnya norma baru ini adalah 3 SERANGKAI

Amalkan:

  • Kerap Basuh Tangan
  • Amalkan Penjarakkan Sosial
  • Memakai Penutup Hidung & Mulut

Elakkan:

  • Tempat Sesak
  • Tempat Sempit & Bertutup
  • Bersembang Dengan Jarak yang Dekat

Dan kenapa Kak Long kata PKP dan norma baru ini bawa kesan positif.

Walaupun wabak ini seperti menyusahkan kehidupan, ada juga nilai positif yang dapat dilihat. Di mana ia mendidik rakyat semua orang untuk mengubah tabiat kebersihan demi menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Sekarang semua dah pandai cuci tangan apabila menyentuh apa-apa saja permukaan, cakap pun tak payah dekat-dekat sampai boleh nampak air liur tersembur.

PKP telah menyaksikan ramai yang kehilangan pekerjaan, dan ramai pula yang beralih mencari rezeki secara online atau,  dan mendapat keuntungan yang melebihi gaji! Ianya juga mendidik rakyat untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan IT, walaupun sebelumnya kekunci komputer pun tak kenal.

Dan tak payah disebut tentang betapa kreatif nya semua rakyat Malaysia setelah di “paksa” duduk rumah. Ada yang selama ini tak reti memasak, dah boleh menyediakan juadah bertaraf chef hotel ? Ada yang menemui hobi baru menanam pokok bunga sambil mengeluarkan peluh kerana kunjungan ke gym dan berjogging adalah dilarang sama sekali. Ada yang memanfaatkan masa itu untuk khatam Al Quran, alhamdulillah!

Malah Kak Long sendiri pun berjual sedikit kuih muih dan laku kemain sebab semua orang duduk rumah makan je kerja kot, hahah! Gurau ya. Cuma Kak Long nak, semua sentiasa menjaga kesihatan, mungkin ada yang juga kehilangan pekerjaan dan terbeban dengan kos hidup, semoga akan ada sinar untuk anda dan kekal positif sentiasa.

Itu saja yang Kak Long nak bualkan minggu ni, kita jumpa lagi di minggu hadapan dengan topik yang lain pula. Jaga diri!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.