fbpx

Kak Long│Hutang: Wajib Dibayar Walau Tidak Ditagih

Mungkin anda pun pernah berada dalam dilema apabila berhadapan dengan orang yang meminta pinjam duit, terutama sekali kalau ia melibatkan saudara mara rapat, adik beradik atau kawan baik yang kita sangka kita kenal luar dan dalam. Kalau tak tolong, kesian. Tapi bila dah diberi pinjam, liat betul nak membayar balik. Sampaikan kita pula yang terasa seperti mengemis nak tuntut balik hak kita seperti kes kawan Kak Long ni.

Kak Long mengaku, Kak Long pun pernah sesak dan meminjam, tapi Kak Long pastikan bila waktu gaji, hutang tu adalah perkara utama yang Kak Long langsaikan. Kalau tak sekaligus, Kak Long pastikan akan tetap bayar dalam ansuran yang termampu (namun hanya sekiranya orang tersebut bersetuju). Orang kata biarlah RM10, RM20 asalkan selesai. Sangat takut kalau menangguhkan hutang, tahu tak kenapa?

Islam amat mengambil berat soal membayar hutang kerana ia merupakan hak si pemberi hutang sebagaimana yang dirakamkan dalam sebuah hadis daripada Ibnu Umar,

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (pada hari kiamat nanti) kerana di sana (akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” – Riwayat Ibnu Majah.

Demikian keadaan orang yang mati dalam keadaan masih membawa hutang dan belum juga dilunasi, maka untuk membayarnya akan diambil daripada pahala kebaikannya.

Jadi. bayarlah hutang sedikit demi sedikit, jangan sampai orang yang meminjamkan anda duit itu, dapat tahu anda sedap-sedap makan steak, makan sushi, melancong pergi Australia dan kasi heboh satu dunia yang anda beli baju dengan harga “kayangan”. Sedangkan orang yang beri pinjam duit itu mengikat perut menunggu gaji dan pakai baju bundle saja.

Dan jangan pula anda menyuruh pemberi hutang yang mencari kamu atau mengingatkan anda untuk membayar hutang. Macam kes Kak Long ni, terasa tebal muka nak minta balik duit bila orang tu buat tak tahu sampailah dia tukar nombor telefon dan tidak dapat dihubungi.

Kalau anda masih belum mampu untuk membayar hutang itu, anda kena hubungi orang yang kamu hutang untuk memberitahu dia bahawa anda masih ingat tentang hutang itu dan janji akan membayarnya.

Ingat, apabila kita mati, hutang tetap wajib dibayar oleh waris. Sudahlah tidak meninggalkan harta yang banyak, perlukah kita bebankan pasangan, anak-anak dan cucu-cucu dengan hutang kita?

Kita mungkin tak tahu bila tiba-tiba ajal kita tiba, kerana kemalangan terutamanya amat sukar dijangka. Itulah juga pentingnya mempunyai pelan takaful yang dapat membantu melunaskan hutang apabila kita telah tiada kelak, di www.EZtakaful.com.my terdapat begitu banyak pelan komprehensif untuk menepati citarasa dan bajet anda. Pendaftaran juga begitu mudah, hanya dengan satu klik sahaja, pendaftaran anda akan diterima tanpa sebarang pemeriksaan perubatan!

Itu saja coretan Kak Long untuk minggu ini. Kita jumpa lagi di minggu hadapan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.