fbpx

Kak Long│Hidden Hill, Kundasang – Penginapan mewah mesra poket!

Dan Kak Long terasa sangat “WOW!” bila akhirnya menjumpai rumah penginapan ni setelah menempuh 2.5 jam perjalanan dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu yang memenatkan serta jalan yang sangat sempit dan berliku! Ingin Kak Long ingatkan, jalan masuk ke rumah penginapan ini sangat curam diliputi hanya tanah serta berbatu-batu, waktu malam pula jalan sangat gelap, jadi sesiapa yang datang ke sini pastikan kenderaan anda melebihi 1.5cc dan ada pemandu yang biasa melalui jalan sebegini. Namun Kak Long berani jamin, bila anda nampak je rumah ni, automatic hilang semua penat di ganti dengan rasa teruja. Berbaloi dengan kepayahan! Lihat sahaja Kawasan yang bersih dan rumah yang tersergam indah ni.

Kak Long sampai sangat lewat melebihi masa yang ditetapkan, namun ada pekerja yang sedia menunggu dan tidak merungut langsung. Senyum sepanjang masa dan sangat membantu, siap bawakan beg pakaian ke bilik penginapan. Bila sampai ke bilik, berganda-ganda rasa bunga di hati melihat kecantikan rumah ala Jepun yang minimalist tapi lengkap dengan hiasan dinding, dapur memasak, meja makan, ruang tamu, bilik tidur yang kemas , bilik air yang lengkap. Di sini TV, peti sejuk dan mesin basuh tidak disediakan namun Kak Long tak kisah sebab waktu bercuti, kita tak perlu pun semua tu sebab kita nak merehatkan minda sambil meluangkan masa bersama yang tersayang kan?

Cuaca di sini cerah sangat awal, pukul 5.50 pagi dah terang benderang, jadi Kak Long berdiri di luar balkoni sambil minum kopi dan menghirup udara segar. Mata memang sangat terpukau dengan keindahan pemandangan hutan dan Gunung Kinabalu, tak henti-henti Kak Long senyum sendiri dengan rasa hati yang sangat puas sebab memilih tempat penginapan ini. Anda lihat sendiri gambar pemandangan ni, Kak Long sarankan anda pergi dan lihat sendiri dengan mata anda sendiri betapa cantiknya Kundasang tika matahari baru memunculkan diri. Hilang masalah serta merta!

Selepas mandi, Kak Long rasa malas nak keluar jadi cuma berjalan sekitar rumah penginapan sambil mengambil gambar kenangan. Rupanya di tingkat bawah ada restoran kecil Jepun yang menyediakan hidangan sushi (kalau rasa malas nak memasak) dan ada juga studio Yukata di mana pengunjung boleh menyewa kimono atau baju Cosplay selama sejam untuk mengambil gambar. Hanya RM38 seorang atau RM 17 sekiranya anda adalah penginap di sana, sangat sangat berbaloi! Apa lagi, sebagai seorang wanita dan kaki gambar, rugi lah kalau Kak Long tak ambil kesempatan ni kan?

Pendek kata, Kak Long sangat-sangat puas hati dan rasanya jumlah yang dibayar untuk penginapan ni sangat murah untuk layanan servis dan kelengkapan yang disediakan di sini. Tiada apa yang buruk nak dikatakan, kecuali mungkin kerana bekalan elektriknya kurang apabila semua rumah penginapan penuh  dihuni, bila nak mandi tu, pemanas air tidak begitu berfungsi dengan baik . Tiada masalah, jerang je air panas kalau nak mandi air panas, sebab Kundasang sangat sejuk  terutamanya di waktu malam!

Memandangkan perjalanan ke sini agak merbahaya, Kak Long sangat bersyukur mempunyai perlindungan kemalangan diri dari EZTakaful, jadi bila bercuti tu takde rasa susah hati sangat sekiranya apa-apa berlaku dalam tempoh percutian. Jadi jangan lupa bila bercuti ni, selitkan perlindungan diri dalam senarai percutian anda , mudah je. Cuma pergi ke www.EZTakaful.com.my dan klik pelan perlindungan yang menepati keperluan anda dan daftar dalam talian. Mudah!

Ini saja perkongsian Kak Long kali ini, mungkin minggu depan Kak Long kongsi pula pengalaman Kak Long tentang aktiviti dan tempat makan di sekitar Kundasang buat anda yang bercadang berkunjung ke sini. Jumpa lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.