fbpx

Kak Long│“Hari Bapa” Wujud Hasil Perjuangan Kaum Wanita?

Menyingkap kembali sejarah, sambutan ini bermula di Fairmont, West Virginia, Amerika Syarikat pada Julai 1908. Ianya diuruskan oleh Puan Grace Golden Clayton bagi mengingati kematian 210 orang bapa yang merupakan mangsa tragedy di letusan lombong di Monongah, West Virginia pada 6 Disember 1907. Malangnya iakurang mendapat sambutan kerana bercanggah dengan sambutan lain di daerah sekitar, menyebabkan ia tidak didaftar secara rasmi.

Sekitar tahun 1909, Cik Sonora Smart Dodd telah sekali lagi mengulangi idea ini, tetapi idea ini bukanlah cedukan dari idea Clayton, sebaliknya beliau mahu sesuatu dilakukan untuk mengenang bapanya, William Jackson Smart, seorang veteran perang saudara yang ditinggalkan oleh isterinya dan membesarkan enam orang anak secara bersendirian di sebuah ladang kecil di Spokane, Washington. Sambutan Hari bapa yang pertama juga diadakan di situ pada 19hb. Jun 1910 dengan mengambil sempena tahun kelahiran William Smart bapa tunggal tersebut.

Pada 1916, semasa sambutan Hari Bapa diadakan di Spokane, Presiden Woodrow Wilson mencadangkan agar sambutan ini dijadikan sebagai salah satu sambutan rasmi tahunan tetapi ditolak oleh Kongres ketika itu. Usaha ini dicuba kembali oleh Senator Margaret Smith dengan mengemukakan usul menuduh Kongres menganaktirikan sambutan Hari Bapa selama 40 tahun dengan tidak meletakkannya sebagai sambutan rasmi berbanding Hari Ibu.

Pada 1966, Presiden Lyndon B Johnson mengemukakan tuntutan agar Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga Jun setiap tahun sebagai Hari Bapa. Akhir sekali pada tahun 1972, Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa sambutan Hari Bapa secara rasminya seperti yang dicadngkan pada tahun 1966. Sambutan ini diteruskan sehingga ke hari ini.  Di Malaysia dan 88 negara lain, ianya disambut pada hari Ahad minggu ke tiga bulan Jun setiap tahun.

Nah siapa kata peranan bapa tidak kurang pentingnya. Dan paling mengejutkan sekali asalnya Hari Bapa ini diperjuangkan oleh seorang wanita! Pada zaman moden ini, kita lihat kaum bapa bukan sahaja berperanan mencari nafkah malah banyak melibatkan diri dalam menjaga keluarga, sama seperti kaum ibu. Jadi, apa kata kita raikan juga pengorbanan mereka sebagai tanda menghargai jasa mereka terhadap kita sama seperti kita meraikan ibu kita. ?

Jumpa lagi di minggu hadapan! Selamat Hari Bapa!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.