fbpx

Kak Long│Fenomena Kepala Air: Ketahui Punca & Cara Mengelak Bahaya

Kepala air atau sumber sungai bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai, di mana tanah yang lemah mendapat beban atau diganggu dan tepu dengan air, mengalir ke cerun sebagai tindak balas graviti apabila hujan lebat.

Kebiasaannya, aliran puing ataupun debris flow ini bermula dari hulu di kawasan pergunungan, mempunyai halaju (hala laju) yang tinggi iaitu 14 hingga 15-meter sesaat terutamanya di kawasan ekopelancongan, dan menyebabkan perubahan morfologi signifikan di sepanjang dasar sungai dan lereng gunung

Aliran air ini boleh terjadi apabila berlaku hujan yang sangat lebat dan ianya berupaya membawa segala macam kelodak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.

Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:

  • Keadaan langit yang gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai, Ada kalanya akan kedengaran bunyi letupan kuat, sama ada akar pokok tidak stabil, menyebabkan tanah pecah dan pokok tumbang. Apa yang berlaku kemudiannya kayu dan sisa akan menuju ke arah mereka.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).

Cara mengelak bahaya fenomena kepala air:

  • Rujuk kepada ramalan cuaca sebelum merancang kunjungan ke kawasan eko pelancongan bersama keluarga.
  • Bersedia dengan peralatan keselamatan
  • kenal pasti kawasan dikunjungi berisiko ataupun tidak

Selain sentiasa waspada sewaktu melakukan aktiviti di kawasan hutan yang berhampiran sungai, anda juga harus sentiasa memastikan diri anda dan yang tersayang dilindungi dengan pelan perlindungan yang menyeluruh. Di EZTakaful kami mempunyai pelbagai pelan perlindungan yang menawarkan perlindungan tinggi dengan jumlah sumbangan yang kecil. Lawati www.eztakaful.com.my dan daftar dengan hanya satu klik sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.