fbpx

Kak Long│Emas Untuk Pelaburan? Atau perhiasan semata?

1. Membeli Emas Dengan Niat Untuk Dijual Dalam Masa Terdekat

Beli emas untuk pelaburan jangka panjang! Tahukah anda nilai gadaian emas biasanya ditolak 20-25% dari harga semasa, jadi kalau anda baru membeli emas pada bulan April dengan harga RM295/g dan menjualnya pada bulan Mei (harga semasa masih kekal RM295/g), anda cuma akan mendapat RM295/g x 75% = RM221.25. Dah rugi lebih RM70 kan?

Umum mengetahui harga emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun, sebab itu yang arif tentang pelaburan emas akan menunggu sehingga harganya betul betul tinggi atau 100% kali ganda dari harga asal untuk mendapat untung yang maksimum, yang mungkin mengambil masa 5 ke 10 tahun.

Kesimpulannya, jika anda tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung keperluan, dan berniat menjual emas yang baru dibeli, adalah lebih baik sekiranya duit itu disimpan untuk keperluan dan simpankan dulu niat membeli emas.

2. Membeli Emas “Besi”

Kebelakangan ni, banyak betul berkongsi cerita mereka ditipu, “terbeli” besi yang disalut dengan emas. Di sini Kak Long ingin menekankan pentingnya ilmu membeli emas perhiasan. Ramai pengguna tidak sedar bahawa gelang emas jenis “bangle”yang dibeli mereka mempunyai spring besi untuk menguatkan struktur gelang kerana sifat emas 916 adalah lembut dan mudah lentur.

Jadi biasanya apabila dijual semula, harga besi akan ditolak dan cuma berat emas akan diambil kira. Pelanggan yang tidak biasa berurusan emas sudah tentu akan rasa terkejut dan ditipu.

Paling selamat adalah membeli jongkong emas atau rantai emas sekiranya anda ingin membeli semata-mata untuk pelaburan, kerana emas “bangle” ini lebih kepada fesyen dan dibeli oleh golongan “bangsawan” yang tidak kisah tentang kandungan besi untuk tampil cantik dan moden!

3. Melabur kepada skim pelaburan emas yang tidak wujud

Ramai yang masih terpedaya dengan pelaburan emas yang menjanjikan pulangan tinggi dalam waktu yang singkat. Contohnya labur RM1000, dan dapatkan pulangan 100% dalam tempoh sebulan.  Atau laburkan RM1000, dan dapatkan faedah tinggi setiap minggu selama sebulan cth RM500 seminggu.

Scammer ni kebiasaannya menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan sudah tentunya mereka adalah golongan pertama yang akan tampil menawarkan janji manis kepada penerima-penerima RM10k KWSP secara one off ini.

Jadi, kalau buka Facebook dan nampak skim-skim pelaburan emas yang “too good to be true” ni cepat-cepat tutup dan abaikan tau!

Tapi, pelaburan yang sudah tentu sahih dan terjamin adalah ’pelaburan’ ke atas perlindungan diri anda dan yang tersayang. Dengan pelaburan wang yang rendah, anda akan mendapat jumlah perlindungan yang tinggi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka seperti kematian atau hilang upaya akibat kemalangan. Nak tahu lebih lanjut? Layari www.eztakaful.com.my dan pilih pelan yang bersesuaian dengan keperluan dan poket anda, pendaftaran juga cukup mudah dan 100% dijamin tanpa perlu menjalani pemeriksaan perubatan!

Kita jumpa lagi minggu depan, dan sebelum Kak Long mengakhiri blog ini, Kak Long ingin ucapkan Selamat Berpuasa!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.