fbpx

Kak Long│Duduk di Rumah is Fun!

Movement Control Order (MCO) atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru saja dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Ramai yang menyokong dan ramai yang mengeluh. Yang mengeluh tu, antaranya mereka yang tak biasa “mereput” di rumah, jadi Kak Long cadangkan, apa kata korang yang bosan tu, cuba buat resipi viral ni di rumah?

1) Dalgona coffee

Sumber: HongKong Tatler

Resipi ni asalnya dari Korea dan viral di sana, masa MCO ni tiba-tiba penuh pula FB kita dengan pelbagai resipi Dalgona Coffee ni. Tapi awas ya, siapa yang tak biasa minum kopi akan merungut pening dan tak boleh tidur! Bagi Kak Long yang kuat minum kopi ni, resipi ni memang terbaiklah!

Bahan-Bahan:

  • 3 sudu kecil Serbuk kopi/Nescafe
  • 4  sudu kecil gula
  • 4 sudu kecil air panas
  • Susu segar
  • Ais (pilihan)

Cara-Cara:
Ambil bekas dan campurkan 3 sudu kecil serbuk kopi, 4 sudu kecil gula, 4 sudu kecil air panas dan pukul dengan whisk utensil/mixer sehingga pekat dan likat. Setelah sebati tuangkan dalam susu segar. Kalau nak sejuk, letakkan ais ?.

2) Roti Gardenia Goreng

Sumber: Google

Sekarang ni roti Gardenia paling laku keras, jadi kalau beli banyak-banyak dah dekat tarikh luput dan tak tau nak buat apa dengan roti tu, baik buat resipi ni. Memang sedap buat kudapan tengok TV!

Bahan-Bahan:

Tepung Bestari(asli)
**nak guna yg pedas @ lada hitam pun boleh…ikut citarasa
Potong roti jadi jejari.

Cara-Cara:

  1. Buat bancuhan tepung basah & kering, kemudian asingkan ( 2 bekas tepung, 1 basah & 1 kering )
    **Kalau guna tepung bestari ni, tak perlu tambah telur, dah cukup semua dalam tepung tu termasuk garam perasa bagai.
  2. Masukkn roti dalam tepung basah..salut2 sebati dan letak pulak tepung kering…..gaul2 rata biar semua roti kena…
  3. Goreng lah! Sampai warna brown…angkat…tos minyak pada tisu dapur tu…
    Siap! Jom cari sos & mayo! Yummy!

3) Donat Gebu Gebas Viral

Sumber: Resipi Ibunda

Siapa yang tak suka donat? Sedangkan kalau tengok TV, polis Mat Salleh pun makan donat cecah kopi. Heheh!

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil Yis mauripan
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar majerin
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan air atau secukupnya untuk mencanai doh

Cara-caranya:

  1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
  2. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung.
  3. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga licin atau tidak melekat ditangan.
  4. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  5. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
  6. Biar sebentar donut naik 15-20 minit dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  7. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.

Okay cukup la kot 3 resipi viral ni, sebab MCO sampai 14 haribulan je. Nanti semua cop Kak Long menggalakkan orang ramai menambahkan berat badan pulak! Nanti korang dah cuba, share lah hasilnya dengan kami ya?

Okay setakat ini saja, nanti kita jumpa lagi di minggu hadapan dengan topik yang lain pula. Ingat ya, dok diam-diam kat rumah tu!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.