fbpx

Kak Long│Depresi/Kemurungan: Kedukaan Bertopengkan Senyuman

Depresi berat, atau gangguan depresi major, adalah diagnosis klinikal untuk penyakit mental yang merupakan bentuk depresi biasa yang memiliki gejala yang lebih parah. Bagi kebanyakan orang, suasana hati tertekan bersifat sementara atau ringan, dan diakibatkan oleh beberapa penyebab.

Kriteria klinikal untuk didiagnosis seperti yang dipetik dari brightquest.com menyatakan antara gejala depresi adalah:

  • Suasana hati yang tertekan dan sedih
  • Kehilangan minat dalam aktiviti normal, atau ketidakmampuan untuk mempunyai perasaan gembira
  • Perubahan nafsu makan dengan penurunan atau penambahan berat badan
  • Kesulitan tidur atau tidur lebih dari kebiasaan
  • Kepenatan melampau
  • Cepat terganggu emosi dan bergerak tanpa hala tujuan, atau sebaliknya, tidak mahu bergerak langsung
  • Perasaan tidak berharga, malu, atau bersalah
  • Kesulitan untuk berfikir, tiada konsentrasi, dan fokus pada tugas
  • Berpikir tentang kematian atau bunuh diri
Niece Waidhofer, a model dan pempengaruh dari New York dengan jutaan pengikut di media sosial membunuh diri pada umur 31, ahli keluarganya tidak sedar tentang keadaan mental beliau kerana beliau dilihat sebagai seorang yang ceria dan mempunyai segala-galanya
Ayu Wulantari, antara pempengaruh media sosial Indonesia yang mempunyai beratus ribu pengikut dan sentiasa memberi tips penjagaan kesihatan diri telah membunuh diri dengan terjun dari tingkat 4 bangunan hotel. Beliau dilihat sentiasa ceria dan tidak menunjukkan tanda depresi.
Luo Xiao Mao Mao Zi pempengaruh media sosial membunuh diri dengan menogok racun ketika bersiaran langsung

Diagnosis depresi biasanya boleh didapati apabila seseorang itu mengalami beberapa gejala di atas, atau setidak-tidaknya gejala 1 dan 2 yang berlangsung selama dua minggu atau lebih.

Depresi juga membuat orang yang anda kenali dan mungkin yang tersayang sentiasa memikirkan tentang keinginan untuk membunuh diri dan melukakan diri sendiri. Ini tidak bermakna mereka akan bertindak berdasarkan pemikiran itu, tetapi jangan abaikan sebarang kemungkinan. Tanda-tanda seseorang mungkin berisiko untuk bunuh diri meliputi:

  • Berbicara tentang membunuh atau melukai diri sendiri
  • Berperilaku dengan cara yang berbahaya dan sembrono
  • Berbicara tentang putus asa tentang pertolongan atau orang-orang menjadi lebih baik tanpa mereka
  • Memiliki obsesi berkenaan kematian
  • Tiba-tiba berubah dari depresi berat menjadi rasa tenang dan damai

Kak Long teringat beberapa waktu dulu, ada seorang kenalan Kak Long sentiasa memuat naik status Facebook yang pelik, kadang kadang meluah perasaan dengan kerap dan kadang-kadang memuat naik gambar yang tidak menggambarkan dirinya yang sebenar. Ramai memberi komen negatif mengatakan dia meminta simpati, cuba meraih perhatian, memintanya menyahaktifkan Facebook. Dan pada suatu hari Kak Long dapat khabar dia menggantung diri ☹ Tahukah kita bahawasanya, ada perbezaan “meraih simpati/perhatian” dengan “meraih pertolongan”? Kita sepatutnya menjaga adab dalam pertuturan dan penulisan kerana kita tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh seseorang itu!

Cara Menangani Seseorang dengan Depresi

Rawatan penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif

  • Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’
  • Terapi elektrokonvulsif (ECT)
  • Psikoterapi
  • Kaunseling

Untuk orang yang mengalami depresi, mungkin sukar bagi mereka untuk meminta bantuan. Ada rasa malu dan bersalah, dan juga perasaan buntu sehingga rasanya seolah-olah tidak ada jalan keluar, dan jua merasakan tiada siapa yang peduli tentang mereka.

Saat berurusan dengan seseorang dengan gejala depresi, penting untuk mendorong bantuan dengan cara yang tenang, penuh sokongan, dan tidak menghakimi. Adalah digalakkan untuk sentiasa berkomunikasi dengan kawan kawan atau anggota keluarga tentang kegusaran atau kebimbangan.

Namun sekiranya, anda atau yang tersayang merasakan malu atau tidak mahu berkongsi dengan orang yang dikenali, jangan risau kerana anda boleh menghubungi mana-mana talian berikut yang sudi membantu mendengar permasalahan anda dan membimbing anda

Talian bantuan sokongan yang diwujudkan seperti MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392; Talian Kasih 15999 / Whatsapp Talian Kasih di 019-2615999 (bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumah tangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di Whatsapp 0111-9598214 dan Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.