fbpx

Kak Long│Deepavali Tidak Lengkap Tanpa 5 Hidangan Istimewa Ini!

1. Ladoo

Kak Long masih ingat pertama kali Kak Long cuba manisan ni, terus jatuh cinta! Ladoo ialah pemanis mulut yang paling penting pada hari Deepavali, dan ianya adalah makanan istimewa bersaiz bola golf yang berwarna-warni. Ada banyak jenis ladoo untuk dipilih, iaitu bebola minyak sapi, ladoo buah kering, ladoo kekacang, dan yang paling biasa dihidang ialah ladoo berperisa air gula seperti ladoo air mawar, yang pastinya akan memberi rasa semanis syurga kepada deria rasa anda.

2. Jalebi

Jalebi pula adalah kuih kecil berwarna kuning cerah dan seakan-akan kek funnel. Ia diperbuat daripada adunan tepung kosong yang digoreng dalam bentuk pretzel atau bulat, dan kemudian direndam dalam air gula safron untuk mendapatkan warna kejingga-jinggaan. Untuk menjadikan lapisan luar kuih itu rangup, ia direndam di dalam air gula safron lalu dikeringkan. Kuih ini mempunyai tekstur yang kenyal dengan lapisan luar yang bergula.

3. Payasam

Payasam ialah puding enak berasaskan susu yang berasal dari sub-benua India dan diperbuat daripada gandum hancur atau pun vermiseli bercampurkan susu dan gula. Ia kemudian diberi perasa seperti buah pelaga, buah kismis, safron, kacang gajus, kacang pistasio dan buah badam, dan selalunya dihidangkan ketika waktu makan atau sebagai pencuci mulut. Hidangan ini memberikan sentuhan baru ke atas puding klasik biasa bagi menggamit selera anda.

4. Murukku

Murukku ialah perkataan Tamil yang bermaksud “berpintal.” Makanan tradisi yang sering dikaitkan dengan Deepavali, Murukku adalah salah satu makanan ringan istimewa yang boleh dijumpai di hampir setiap rumah penganut Hindu semasa perayaan Deepavali. Murukku adalah snek goreng penuh rasa yang diperbuat daripada campuran lentil hitam, tepung beras dan perasa seperti cili dan biji karom (ajwain) untuk memberikan rasa yang hebat. Yang luar biasanya, walaupun kerepek rangup ini digoreng, ia tidak berminyak langsung.

5. Idlii

Idli merupakan makanan sampingan dalam menu hidangan kaum India ketika perayaan Deepavali.

Ia mempunyai pelbagai jenis seperti sanna, rave atau sambar idli. Idli kebiasaannya dimakan bersama ‘sandhini’ atau kari ayam, kari dhal dan lain-lain. Bahan utama untuk menghasilkan idli adalah vigna mungo dan juga nasi. Jangan risau, vigna mungo itu adalah sejenis kekacang.

Kemungkinan tahun ini merupakan tahun yang meriah bagi kaum India untuk menyambut Deepavali setelah dua tahun tiada sambutan besar-besaran akibat pandemik Covid-19, jadi terlebih dulu Kak Long ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua kaum India yang menyambutnya di Malaysia.

Mungkin ramai yang akan pulang ke kampung pada waktu perayaan ni, jadi jangan lupa pastikan anda dan keluarga sentiasa dilindungi. Di EZTakaful, kami menyediakan pelbagai pelan untuk melindungi anda dan tersayang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, disesuaikan mengikut keperluan dan bajet anda. Lawati laman www.EZTakaful.com.my untuk keterangan lanjut!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.