fbpx

Kak Long│Covid-19: Jangan Pentingkan diri Sendiri!

Sedih, masih ada segelintir masyarakat yang bebal dan masih menganggap situasi yang dihadapi negara ini masih di tahap tidak membimbangkan. Duduk minum kopi, makan sarapan dan berborak-borak sesama kawan di kedai makan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sumber: Borneo Post

Tinjauan Kak Long di lebuhraya semalam menyaksikan deretan kereta yang panjang dan trafik bergerak perlahan, mungkin ada yang mengambil kesempatan ini untuk balik kampung. Kasihan mereka pelajar institusi pengajian tinggi yang mungkin ingin pulang kerana institusi mereka di tutup, maka terpaksa ibu bapa atau saudara berusaha mengambil mereka untuk di bawa pulang tetapi terperangkap dalam trafik bersama mereka ini yang pentingkan diri sendiri sedangkan tiada keperluan penting untuk pulang kampung.

Boleh lagi pergi bersenam, berlari dan berbasikal. Belum lagi Kak Long sebut pasal menyerbu pasaraya dan kedai-kedai runcit untuk membeli barang keperluan sampai bertroli-troli, adakah ini semua perlu sedangkan kita cuma dikenakan sekatan pergerakan hanya untuk 2 minggu?

Sumber: My Metro

Ada juga majikan yang memaksa pekerja untuk bekerja walaupun mereka bukan golongan “Frontliner” dan ada yang tidak mahu membayar gaji pekerja sepanjang tempoh perniagaan di tutup.
Bagi mereka yang masih ingkar, tahukah anda “Mana-mana orang yang melanggar peruntukan peraturan ini melakukan kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, sebelum warta ini dikeluarkan, Seksyen 11(4) Akta 342 dibaca bersama Seksyen 24(a) akta sama menegaskan, sesiapa yang melanggar garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan bagi mengawal penularan wabak Covid-19 dengan semua sektor awam dan swasta ditutup kecuali perkhidmatan perlu.

Dan akibat sikap sambil lewa rakyat Malaysia ini, Perdana Menteri kita pada hari ini sekali lagi membuat perutusan untuk merayu semua orang untuk duduk di rumah dan tidak keluar kecuali membeli barang keperluan dan mendapatkan rawatan.

Kak Long sedih dengan sikap dan mentaliti rakyat Malaysia. Bila tiada kekangan dibuat, mereka mengecam kerajaan lambat bertindak. Dan bila kerajaan bertindak, golongan ini ingkar dan bila dijangkiti wabak, tahu pula menyusahkan barisan hadapan kita!

Apa kata pada saat genting ini kita bersama-sama berusaha mengurangkan beban terutamanya pihak hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang bekerja siang malam untuk merawat pesakit. Ini bukannya masa untuk anda mementingkan diri sendiri kerana sikapkan pentingkan diri sendiri ini lah yang menyebabkan wabak ini semakin menular!

Mulai hari ini, mari kita sama-sama “DUDUK DIAM-DIAM DI RUMAH” dan bersama-sama berusaha mengurangkan jumlah COVID-19 ini. Perubahan bermula daripada ANDA!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.