fbpx

Kak Long│Cashless Mudahkan Hidup?

1. Membantu mengawal belanjawan

Setiap transaksi yang ada, akan direkodkan jadi kita tahu di mana aliran masuk dan keluar duit kita. Dan terutamanya e-wallet, kita kena pastikan ada duit yang mencukupi baru kita boleh berbelanja atau membeli barang yang diingini. So, kalau takde duit, kita boleh dok diam-diam dan simpan keinginan nak beli tu sampai duit mencukupi. Bagi Kak Long ini bagus sebab kadang-kadang kita selalu membazir membeli benda yang tak perlu terutamanya perempuan bila nampak sales kan?

2. Mudah, Cepat & Selamat

Sekarang cuma imbas dan bayar! Mudah dan tak perlu kelam kabut cari duit dalam dompet nak bayar, atau nak kira balik baki yang dipulangkan sama ada cukup ke tak. Anda pun akan tahu secara automatik berapa jumlah yang ditolak apabila bank atau e-wallet menghantar notifikasi ke telefon anda. Sekiranya ada pembayaran salah atau berganda dibuat anda boleh je terus hubungi pihak bank atau e-wallet untuk memberitahu mereka tentang kesilapan tersebut.

3. Ganjaran

Persaingan sangat sengit di antara bank dan syarikat e-wallet ni jadi mereka kebiasaannya menawarkan ganjaran yang hebat untuk menarik minat orang ramai agar menggunakan perkhidmatan e-wallet mereka. Kak Long pernah dapat hadiah jam tangan Apple dari sebuah bank sebab banyak guna apps e-wallet diorang! Bukan tu saja, boleh dapat mata ganjaran atau pulangan wang tunai, sangat berbaloi berbanding guna tunai!

Dan dari segi negatifnya pula ini pendapat Kak Long…

1. Terasa miskin bila tak dapat nak beli goreng pisang…

Semua tahu tak semua orang tech savvy atau ada telefon pintar! and benda e-wallet ni bukannya digunakan 100% di Malaysia ni, dan ada peniaga yang masih menggunakan tunai terutamanya peniaga warung atau gerai-gerai di kaki lima. Jadi bila dah terbiasa tak bawak tunai, dan tiba tiba teringin nak beli kuih di gerai tepi jalan, cuma mampu terliur je sebab walaupun harganya RM1, dalam dompet kita langsung takde duit dan nak keluarkan duit pula, ATM jauh!

2. Scammer dan e-wallet technical glitch!

Seram sekrang bila dengar tiba-tiba duit hilang dari e-wallet atau bank, kebiasaan yang kita dengar apabila kita salah tekan link dari mesej yang dihantar oleh scammer atau bila kita sendiri bagi maklumat time diorang telefon. Bukan tu saja, bayangkan time anda bercuti dan kena bayar hotel atau lain lain perkhidmatan yang dah dibook selama percutian tu, dan time time tu jugak la internet takde, atau phone ada problem, atau tiba-tiba bateri telefon habis! Memang sesak dada dibuatnya. Dan jangan lupa kadang-kadang tu tengah buat transaksi tiba-tiba transaksi tu tergendala, dan bila buat pembayaran semula, jadi double transaction. Satu kerja nak call bank atau syarikat e-wallet dan nak dapatkan duit tu balik kadang ambil masa berhari-hari!

3. Pendedahan maklumat peribadi

Bila kita mendaftar untuk perbankan internet atau e-wallet, sudah tentunya kita perlu masukkan butir-butir peribadi. Jadi risiko untuk pendedahan maklumat diri tetap ada, terutamanya bila ada hacker atau penggodam yang mencuri maklumat kita untuk tujuan penipuan atau penyelewengan. Ini juga antara sebab terdapat kes di mana duit di bank atau e-wallet tiba tiba hilang, jadi berhati-hati apabila berkongsi maklumat di mana-mana apps!

Baik atau buruk, rasanya tak menghalang kita untuk menggunakan e-wallet, lagipun di zaman serba moden ni kita kena menyesuaikan diri dengan teknologi, kalau tak kita akan ketinggalan betul tak? Cuma kita sekarang kena sentiasa peka dan lebih berhati-hati apabila melakukan transaksi. Bagi Kak long, Kak Long sangat suka e-wallet, cuma sedih tu terasa bila tengah teringin nak makan kuih gerai tapi tak dapat beli sebab satu sen pun Kak Long takde dalam dompet!

Di www.eztakaful.com.my, pembelian perlindungan untuk diri dan yang tersayang cukup mudah! Hanya di hujung jari anda tanpa perlu soalan lazim atau pemeriksaan perubatan. Harganya pun amat berbaloi disesuaikan ikut bajet anda dengan had perlindungan yang tinggi, sign up je atas talian hari ini!

Jumpa lagi minggu depan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.