fbpx

Kak Long│Berbelanja Sakan Dengan RM2!

Kebetulan Kak Long berada di Subang kawasan Persiaran Subang Permai sebab nak jumpa kawan dan ternampak satu kedai bernama Eco yang nampak meriah dan terpampang besar-besar “RM2” depan kedai.

Apa lagi la perempuan kan, kalau dah nampak jual murah je gatal kaki nak jenguk tengok walaupun tak berniat nak beli apa-apa. Tapi Kak Long ralat sikit tak dapat nak ambil gambar sebab bateri handphone dah kong tapi Kak Long cari dari sumber google/internet supaya anda boleh excited sekali macam Kak Long dan pengunjung-pengunjung lain.

Kak Long tengok je kedai ni teringat restoran KFC. Warna lebih kurang! Kredit imej: Google

Konsepnya seakan – akan kedai Daiso (Kedai RM5 dari Jepun) tapi bagi Kak Long kat Eco-Shop lagi hebat. Selain semua barangan berharga RM2 setiap satu, pilihannya sangat banyak dan memang kita perlukan untuk kegunaan harian, Mungkin anda cakap, alaaaaa. Kedai murah mesti jenama pun ntah apa-apa kan? Anda silap, barang kat sini kualiti tetap ada dan yang lebih best tu ada yang laaaaagi murah dari pasaraya terkemuka!. Tak percaya meh tengok:

Snek, makanan dan minuman ringan yang berjenama berganda-ganda murahnya di sini berbanding harga di pasaraya
Kredit imej: Google
Alat tulis, barangan keperluan pejabat dan sekolah bukan jenama cikai. RM2!
Kredit imej: Google
Permainan kanak-kanak, RM2 mana nak cari??
Kredit imej: Google.
Peralatan dapur dan memasak. Penyapu yang Kak Long tengok harga RM8 satu kat pasaraya, kat sini Kak Long boleh beli 4 penyapu dengan harga yang sama! Kredit imej: Google

Banyak lagi yang boleh anda jumpa kat dalam ni, contohnya sabun basuh pinggan, sabun basuh baju, keperluan diri macam syampu rambut dan syampu badan, ubat gigi dll. Pendek kata, kedai ni terlampau hebat di mata Kak Long berbanding kedai-kedai di luar sana.

Tapi Kak Long warning awal-awal tau. Kalau boleh tu sebelum datang buat list apa yang anda perlukan dan bawa duit cukup-cukup je sebab gerenti kalau anda masuk tu ada kemungkinan anda akan berasa nak suruh tauke tu tutup kedai dan borong semua barang yang ada dan anda mungkin balik dengan hanya tinggal seposen je dalam beg (macam kes Kak Long la huhu ntah apa-apa yang diborong sampai balik tu nak bayar tol pun kena pinjam duit orang sebelah)!

Jangan tak tau Eco-Shop ni punya banyak cawangan seluruh Malaysia kalau nak tau mana yang paling dekat tekan je link ni http://welcome.eco-shop.com.my/ . Malas Kak Long nak type banyak-banyak kang tido pulak korang baca.

Sekali lagi Kak Long nak bagitau, Kak Long tak ditaja untuk menulis pasal kedai ni tau dan Kak Long ikhlas nak tolong korang menjimatkan belanja. Barang baik kena la share kan?

Sama juga seperti Kak Long selalu share kebaikan membeli perlindungan diri EZTakaful manfaat-manfaat perlindungan sehingga RM1 juta, dari serendah RM10 sahaja sebulan di mana anda juga boleh membuat pendaftaran serta merta secara atas talian! Caranya? Mudah saja. Layari Facebook EZTakaful atau layari laman web EZTakaful. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.