fbpx

Kak Long│5 Tempat Makan Bertemakan Nature Yang Cantik & “Instagram Worthy”!

1. BBQ Lamb Kemensah, Selangor

Restoran ini menawarkan konsep Dining In The River. Kalau kebiasaanya berkelah di tepi pantai atau sungai, tetapi disini anda boleh menjamu selera di dalam sungai. Menunya terdiri daripada BBQ ayam, lembu,kambing, itik yang dipanggang menggunakan dapur kayu khas diperbuat dari batu-bata- di mana ia mampu memuatkan sekitar 30kg daging panggang dalam satu masa. Selain itu, terdapat juga pilihan menu lain seperti makanan laut dan menu barat.

Anda disarankan untuk membuat tempahan lebih awal sebab bila Kak Long datang ke sini, ramai sangat pengunjung dan ada yang beratur lama untuk mendapat tempat duduk kerana tidak membuat tempahan.

Alamat: Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari dari 10 pagi hingga 7 malam

Sumber: Google

2. Laman Tebu Aidil, Selangor

Laman Tebu Aidil ni berada di tengah sawah di tepian parit air dengan tarikan utamanya deretan pokok-pokok tebu yang menjadi port viral instaworthy. Di sini anda boleh menikmatilaksa, air minuman, kepak ayam bakar dan banyak lagi dengan harga serendah RM2 ke RM5 sahaja.

Jangan lupa untuk mencuba air tebu yang menjadi tarikan utama kerana rasanya sangat segar dan pekat, segelas cuma RM2 je! Tempat ni sangat terkenal dan mungkin susah juga nak ambil gambar sebab sentiasa padat dengan pengunjung, jadi kena pandai cari tempat untuk bergambar.

Alamat: Kampung Parit Empat, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari dari 2.30 petang hingga 7.30 malam

3. Tamarind Spring, Kuala Lumpur

Kalau nak rasa pengalaman makan di villa mewah dan have have kata orang zaman sekarang, Tamarind Spring adalah jawapan yang tepat. Reka bentuk restoran ini memang sangat cantik dilengkapi kolam renang, taman dan laluan masuk yang sangat menarik! Makanan yang disajikan adalah berkonsepkan masakan Indocina dan disajikan menggunakan resepi dan chef yang pakar berasal daripada Chiang Mai, Thailand. Jadi, tidak hairan kenapa rasanya memang asli. Antara makanan yang boleh didapati di sini ialah cendol durian, sambal udang, dan macam-macam lagi.
Restoran ni telah beroperasi lebih dari sedekad tau, dan masih mengekalkan kualiti masakan dan keunikan tempatnya!

Alamat: Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak, 68000 Ampang, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Khamis: 6.00pm – 10.00pm, Jumaat: 6.00pm – 11.00pm, Sabtu & Ahad: 12.00pm – 3.00pm; 6.00pm – 11.00pmm

Sumber: Google

4. Hilltop Cuisine, Kota Warisan Sepang

Di sini anda boleh menikmati menjamu selera di atas bukit sambil disajikan pemandangan yang sangat menarik. Antara tempat makan yang Kak Long rasa memberikan aura malar segar dan romantik. Menu terdapat di sini adalah spageti, kambing bakar, salad, pasta dan banyak lagi dengan harga berpatutan, saiz sajian dan rasanya pun sangat menarik.

Alamat: Hillltop cuisine, Persiaran Warisan, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 3.00 petang – 11.30 malam

Sumber: Google

5. D’Rebung @Banghuris

Menariknya di restoran D’Rebung ini, anda berpengalaman untuk merasai suasana makan di bawah rimbunan pohon buluh rebung madu. Pemandangan kat sini santai dan redup, terasa macam berada di Jepun pula.
Di restoran D’Rebung ini, anda boleh menikmati pelbagai jenis menu yang unik misalnya: Hidangan tradisi kenduri orang Jawa, Nasi Ambeng dalam dulang, kulit lembu masak lemak
Rebung madu masak lemak cili api, Sambal mentaram dan banyak lagilah! Harga pun sangat murah, sedulang nasi ambeng cuma RM 10.90!

Tempat letak kereta di sini sangat luas, yang ni Kak Long puji sangat pengurusan tempat ni. Siap ada “busker” untuk menghiburkan pengunjung dengan alunan lagu tradisional.

Alamat: Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Kampung Hulu Chuchoh, 43950 Sungai Pelek, Selangor
Waktu Operasi: 11 pagi – 4 petang, tutup setiap Isnin & Jumaat

Sumber: Google

Nanti hujung minggu boleh lah anda bawa kawan-kawan atau ahli keluarga keluar makan sambil meluangkan masa bersama sama di samping menghilangkan penat Lelah setelah seminggu bekerja.

Tapi jangan lupa kalau travel ramai-ramai ni, pastikan diri anda dan yang tersayang dilindungi sepenuhnya. Lagi-lagi apabila anda berada di jalanraya, penting untuk mempunyai pelan perlindungan kemalangan diri untuk memastikan anda menikmati perjalanan anda dengan minda yang tenang. Di EZTakaful, anda boleh dapat pelan perlindungan yang tinggi dengan harga yang sangat berpatutan, mudah je, hanya perlu layari www.eztakaful.com.my dan mohon secara atas talian tanpa perlu pemeriksaan perubatan atau soalan kesihatan!

Sampai jumpa lagi di minggu hadapan dengan topik menarik yang lain, jaga diri dan jangan lupa amalkan SOP!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.