fbpx

Kak Long│5 Tarikan Di Putrajaya

1. Tasik Putrajaya

Tasik buatan manusia berkeluasan 650 hektar ini terletak di tengah-tengah Putrajaya. Bukan sahaja menjadi landskap bandar tetapi juga berfungsi sebaga penghawa dingin semulajadi. Di sini anda boleh melakukan aktiviti riadah, memancing, permainan sukan air dan pengangkutan air seperti Cruise Tasik Putrajaya.

Gambar Ihsan dari FB Cruise Tasik Putrajaya

2. Taman Botani Putrajaya

Terletak di Presint 1, berkeluasan 93 hektar dan terbahagi kepada 5 bahagian – Explorer’s Trail, Palm Hill, Floral Gardens, Sun Garden and Lakeside. Ia juga menempatkan lebih 700 spesis bunga dari dalam dan luar negara.

Oleh kerana keluasannya, jika anda malas berjalan kaki anda boleh menyewa basikal atau menaiki tram, Waktu beroperasi dari 9 pagi sehingga 7 malam setiap hari.

Titian Kanopi yang terdapat di Taman Botani di mana anda bersiar-siar sambil boleh menghirup udara segar dengan pemandangan yang hijau

3. Taman Wetland

Wetland Putrajaya juga merupakan taman wetland buatan manusia pertama di Malaysia. Taman Wetland terdiri daripada Taman Wetland (138 hektar) dan kawasan sekitar wetland (1977 hektar).
Wetland mempunyai menara pemerhati setinggi 18 meter, nurseri tanaman, denai semula jadi, kolam flamingo, kawasan berkelah serta tarikan menarik yang lain.

Menara Tinjau yang terdapat di Taman Wetland

4. Perdana Putra dan Seri Perdana

Tak lengkap rasanya lawatan ke Putrajaya tanpa melihat Bangunan Pejabat Perdana Menteri yang cantik berkubah hijau yang memaparkan unsur-unsur Islamik ini. Ia terletak hanya bersebelahan dengan Masjid Putrajaya dan Dataran Putra. Waktu lawatan yang dibenarkan untuk orang awam adalah pada: 8 pagi sehingga 12.30 tengahari dan 2 petang sehingga 4.30 setiap Isnin hingga Jumaat.

Seri Perdana pula merupakan kediaman Perdana Menteri yang mempunyai konsep bangunan seakan-akan sama dengan Perdana Putra.

Perdana Putra. Gambar Ihsan laman web Perdana Putra
Seri Perdana. Gambar Ihsan laman web Seri Perdana

5. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PICC

Terletak di Presint 5, ia merupakan pusat konvensyen utama di di Putrajaya dan terletak di Taman Puncak Selatan. PICC meliputi kawasan seluas 135,000 meter persegi, atau kira-kira 1.3 juta kaki persegi.

Selain menjadi tuan rumah Persidangan ke-10 Pertubuhan Negara-Negara Islam, PICC juga menjadi tempat persidangan untuk acara keselamatan berisiko tinggi, yang dianjurkan oleh kerajaan atau sektor swasta. PICC pernah menampilkan banyak tetamu penting termasuk pemimpin luar, tokoh-tokoh korporat yang penting seperti Bill Gates dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Steve Ballmer. Oleh kerana lokasinya yang strategik di atas bukit di Putrajaya dan menghadap tasik yang indah, ia juga telah menjadi salah satu tempat yang paling popular dan tapak “panas” untuk penggambaran filem terutamanya untuk iklan komersial.

Tempat ini juga menempatkan restoran yang menyediakan makanan menyelerakan dan menjadi tarikan pengunjung di bulan Ramadhan untuk berbuka puasa.

PICC yang indah di waktu malam. Gambar Ihsan Laman Web Ikahwin

Banyak lagi tempat menarik di Putrajaya namun Kak Long tak cukup ruang kolum nak tulis, mungkin akan buat Bahagian ke 2 pula nanti. Tempat di Putrajaya semuanya cantik dan menarik, dan perjalanan Cuma 25km dari Kuala Lumpur, boleh lah bawa keluarga berjalan-jalan di hujung minggu atau bawa kawan-kawan yang datang dari luar KL atau luar negara datang melawat.

Namun, jangan lupa lindungi diri anda dan keluarga dengan perlindungan kemalangan diri supaya anda boleh menumpukan kepada keseronokan aktiviti dan bukannya merasa risau setiap kali anda melangkah! Layari laman EZTakaful kerana di sini kami menawarkan pelbagai pelan-pelan perlindungan kemalangan diri yang sangat komprehensif dengan bayaran pampasan tunai sehingga RM1 juta dengan sumbangan bulanan serendah RM10 sahaja!

Itu saja blog Kak Long untuk hari ni, kita bertemu lagi di minggu depan. Salam Ceria!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.