fbpx

Kak Long│5 Scam Online Paling Hangat Tahun Ini!

1. Macau Scam – Panggilan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Modus operandi yang digunakan scammer ialah dengan menghubungi mangsa melalui panggilan telefon (dan yang terbaru menggunakan nombor telefon pejabat!) dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai LHDN, seterusnya menyatakan syarikat atau perniagaan mangsa masih mempunyai tunggakan cukai yang mesti dilunaskan.

Mangsa yang terkeliru dengan panggilan ini kebiasaannya membuat penafian dan seterusnya panggilan akan disambungkan pula kepada individu yang menyamar sebagai polis, pegawai dari Bank Negara atau pegawai dari agensi penguatkuasa yang lain dan memaksa mangsa untuk membuat laporan rasmi.

Mangsa seterusnya dikaitkan pula dengan kegiatan pengubahan wang haram, pengedaran dadah atau kegiatan jenayah yang lain sehinggakan mangsa menjadi panik dan mereka diminta untuk menyerahkan maklumat perbankan termasuklah nombor TAC atau OTP.

Mangsa mula menyedari mereka ditipu apabila mendapati wang dalam akaun mereka telah dipindahkan ke akaun bank pihak ketiga dan suspek tidak dapat dihubungi semula.

Kak Long sendiri pernah kena beberapa kali dan kebiasaannya Kak Long letak je telefon, sebab setau Kak Long LHDN tak buka hari Ahad atau waktu malam- waktu biasanya mereka hubungi nombor telefon Kak Long!

2. Scam KWSP

Umum mengetahui duit KWSP merupakan wang simpanan untuk hari tua. Kebiasaan yang kita baca melalui berita, golongan yang dah pencen dan yang dah mengeluarkan simpanan mereka ini yang menjadi sasaran scammer.

Semenjak Covid-19 melanda serta PKP, beberapa siri pengeluaran wang KWSP telah dibenarkan oleh kerajaan untuk kelangsungan hidup rakyat, seperti i-SInar, i-Citra dan i-Lestari, ramai yang menjadi sasaran scammer melalui taktik berikut:

  • Panggilan daripada “Ejen KWSP”

Scammer  akan mengaku mereka adalah ejen KWSP untuk membantu anda melakukan pengeluaran dan meminta butir peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nama penuh anda. Sekiranya anda mendapat panggilan daripada seseorang yang claim dirinya sebagai seorang ejen KWSP, anda boleh letak terus telefon. KWSP tak pernah melantik mana-mana ejen untuk menguruskan simpanan anda.

  • Penipuan melalui SMS

Sama ada SMS yang memberi pautan kepada laman web palsu KWSP atau SMS yang mengandungi nombor OTP walaupun anda tidak memohon sebarang pengeluaran, ia bermaksud scammer sedang log masuk menggunakan data peribadi anda. Abaikan, dan hubungi pihak KWSP untuk memastikan sama ada aplikasi tersebut adalah milik KWSP ataupun tidak.

3. Love Scam

Kes terbaru adalah seorang warga emas dari Pulau Pinang yang kehilangan duit RM3.9 juta oleh kononnya seorang “Oppa” yang berjanji untuk menjaganya di masa tua! Berhati-hati lah dengan aplikasi temujanji dalam talian atau sosial media, di mana anda amat mudah di”dekati’ oleh sesiapa saja dengan profil palsu!Modus operandi nya kebanyakan sama, scammer akan berpura-pura berminat untuk bercinta dengan dan akan berkomunikasi dan membina kepercayaan dengan mangsa dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. Antara taktik licik yang digunakan adalah seperti:

  • Ada Kecemasan Kewangan

Profil bukan main ya, konon Pilot, atau Engineer¸ tapi katanya perlukan anda untuk masukkan duit untuk kecemasan (contohnya hal ahli keluarga sakit, modal perniagaan kurang, sakit teruk dan perlukan wang untuk hospital dan macam-macam lagi) Bila dah jatuh cinta dan sayang, kebiasaannya orang yang diperdaya ni senang percaya dan tentunya risau bila buah hati berada dalam kesusahan kan? Sudah tentu sanggup buat apa saja untuk menyelamatkan buah hati tu!

  • Barang Ditahan Kastam

Ini taktik yang paling lapuk tapi masih ada juga yang terpedaya sampai hari ini. Kebiasaanya, scammer ini akan beritahu dia telah membeli hadiah yang lumayan untuk anda bernilai berpuluh atau beratus ribu ringgit, tapi barang tersekat di kastam dan meminta anda meminta anda untuk membuat pembayaran supaya barang boleh lepas di kastam. Bermula dengan bayaran ratusan ringgit, kemudian bertukar kepada ribuan ringgit dan seterusnya berpuluh ribu malah beratus ringgit!

Ingat, scammer di luar sana memang mensasarkan kutipan wang yang besar. Jadi, anda bila nak bercinta secara online tu, berhati-hatilah dan tinggalkan saja pasangan online anda apabila dia mula meminta wang.

4. Skim Cepat Kaya

Skim ini menjanjikan pulangan yang sangat masyuk dan tak masuk akal. Bunyi macam menarik tapi anda jangan terpedaya sebab skim cepat kaya ini selalunya indah khabar dari rupa.

  • Multi-Level Marketing (MLM)

Juga dikenali sebagai skim piramid, skim ini merupakan strategi kewangan yang digunakan untuk menggalakkan pelabur sedia ada merekrut pelabur baharu. Ini bermakna pelabur hanya perlu melakukan pelaburan yang kecil dan mendapat pulangan yang tinggi. Apabila tiba masanya, scammer akan melarikan semua duit pelabur-pelabur MLM ini. Habis semua wang, hilang begitu saja.

  • Pelaburan Emas

Ni Kak Long pun pernah kena sewaktu awal-awal zaman kegemilangan pelaburan emas sekitar 2013-2014, katanya hanya perlu laburkan nilai bersamaan dengan beberapa gram emas, dan dapat pulangan tiap minggu atau /bulan. Pulangan mingguan atau bulanan bersamaan dengan jumlah pokok pelaburan (cth: Melabur RM1000, tiap minggu terima RM1,000 sampai beberapa bulan) Biasanya, pelabur akan menerima pulangan beberapa minggu dan bila kabur mata dan mula menambah pelaburan sampai berpuluh atau beratus ribu, di sini lah masalah akan bermula. Tukang intro lari dan duit pun lesap! Ramai yang terkena, malah Kak Long lihat sekarang ni masih banyak lagi scam emas ni wujud kat media sosial jadi hati-hati ya!

5. Taktik Terbaru Scam Shopee

Siapa tak kenal Shopee, platform e-Dagang yang terkenal dan sangat popular pada masa ini. Jangan tak tahu sekarang ni scammer pun menyasarkan mangsa atas tiket nama Shopee tau. Pernahkah anda menerima teks mesej yang mengatakan Shopee atau platform beli-belah dalam talian lain menawarkan peluang pekerjaan, ganjaran wang tunai atau cabutan bertuah?

Semua ini adalah scam.

Shopee baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa mereka tidak merekrut atau mengadakan sebarang peraduan cabutan bertuah melalui SMS. Shopee juga berkata mereka bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memerangi penipuan dalam talian ini dan memastikan pelanggan mereka lebih selamat semasa membeli-belah dalam talian.

Antara Langkah-langkah berjaga-jaga yang anda boleh lakukan bila berasa ragu-ragu diri anda ditipu, anda boleh melakukan perkara berikut:

  • SEMAKMULE – Serahkan nombor telefon yang menghantar teks atau nombor akaun bank yang dilampirkan padanya untuk menyemak sama ada mereka terlibat dalam sebarang jenayah komersial.
  • Talian Maklumat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) – Hantar mesej WhatsApp JSJK PDRM di 013-2111222. Ia boleh dilakukan dari 8:00AM hingga 12:00AM setiap hari.
  • CCID Scam Response Centre – Hubungi CCID di 03-26101559 atau 03-26101599. Talian dibuka setiap hari dari 8:00AM hingga 8:00PM.

Tapi kalau anda membeli perlindungan dari www.eztakaful.com.my, Kak Long berani kerat jari mengatakan mereka bukanlah scammer, malah menawarkan perlindungan dengan had tinggi yang sangat komprehensif untuk anda dan yang tersayang dengan harga yang boleh kata tak masuk akal murah! Tak percaya, cuba layari laman web tersebut!

Kita jumpa lagi di minggu hadapan , jangan lupa Jaga Diri dan Amalkan SOP!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.