fbpx

Kak Long│5 Port Cantik Sekitar KL Untuk Gambar Instagram (Dan Free!)

1. River of Life

Kawasan yang dulunya lesu, sekarang semakin segar dengan pilihan latarbelakang untuk mendapatkan gambar yang cantik. Antaranya pemandangan berlatarbelakangkan masjid, bangunan mural dan juga ada kawasan di jambatan sungai bila malam.

Cuma, anda harus berhati-hati kerana di sini banyak orang gelandangan berkeliaran yang mungkin juga menjadi asbab kenapa Kawasan ini berbau hancing air kencing. Tempat ini juga agak sesak kebelakangan ini dengan pengunjung dan penunggang basikal terutamanya di hujung minggu, jadi jika anda inginkan privasi dan gambar yang tidak di “photobomb” dengan pengunjung lain mungkin anda boleh datang di hari biasa.

Stesen LRT: Hentian Pasar Seni/ Hentian Masjid Jamek

2. Muzium Mata Wang Bank Negara

Siapa sangka muzium mata wang pun boleh jadi port bergambar? Ada 2 kawasan paling popular untuk mendapatkan gambar rare di sini — tangganya dan juga galeri dalamnya.

Stesen LRT: Hentian Bandaraya. Kemudian gunakan jejantas melintasi Sungai Gombak untuk sampai ke sini.

3. Saloma Bridge

Tarikan terbaru ini menghubungkan Kampung Baru dengan KLCC. Dan jambatannya amat cantik terutamanya di waktu malam dengan sinaran lampunya yang berwarna warni.

Dan yang paling penting lepas puas bergambar di sini, boleh terus ke Kampung Baru jalan-jalan cari makan pulak sebab Kampung Baru memang terkenal sebagai syurga makanan!

4. Nu Sentral

Siapa sangka, tangga Nu Sentral ini antara tangga paling terkenal di Kuala Lumpur dan paling banyak dimuat naik ke Instagram, bukan sahaja tangganya cantik, malah paling mudah untuk dituju. Tips: Kalau nak gambar cantik dan kurang orang, datang pagi-pagi.

Dan dah letih bergambar, boleh rehat kat Family Mart. Duduk sama-sama, pekena oden Korea atau yoghurt!

5. Taman KLCC

Yang ni mungkin ramai yang tahu dan cebik kat Kak Long dengan alasan “Alah, tempat pelancong!”, tapi kita patut bangga sebab bukan mudah nak dapat gambar cantik berlatarbelakangkan KLCC, perlukan skil dan kemahiran tau. Cuba tengok galeri atau album anda, ada tak gambar berlatarbelakangkan KLCC dan bandingkan dengan gambar yang dimuatnaik oleh orang lain di Instagram, (cari je tandapagar/hashtag KLCC), anda mesti terpesona!

Stesen LRT: Monorail KL Sentral / LRT KL Sentral

Kena ingat, kalau berjalan-jalan tu jangan lupa sentiasa memastikan keselamatan diri dan yang tersayang, tambahan pula bila berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam, risiko kemalangan terjatuh atau diragut adalah tinggi. Berhai-hati dan lebih baik sekiranya anda mempunyai pelan perlindungan diri yang membayar pampasan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Di EZTakaful, anda boleh membeli pelan yang menawarkan perlindungan yang tinggi, dengan harga mampu milik! Cuma layari www.EZTakaful.com.my dan daftar dengan hanya satu klik, hari ini juga!

Jumpa lagi di minggu hadapan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Ada sebarang pertanyaan?

Call 1300 82 0010

SMS ez< jarak>w< jarak><nama anda> ke39993*

*Perkhidmatan ini adalah percuma. Caj telco standard mungkin akan dikenakan.